Semasa majlis Makan Malam Bersama Blogger (#TheBloggersDinner), saya telah diberikan kesempatan untuk menginap di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan hotel bertaraf lima bintang dan agak popular di kalangan mereka yang mempunyai lifestyle ala rich and famous.

Hotel Concorde Kuala Lumpur adalah sebuah hotel yang terletak di Jalan Sultan Ismail. Ia sangat terkenal sebagai sebuah destinasi hotel penginapan untuk para pelancong yang datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan bisnes. Itulah sebab ia dikenali sebagai 'an internationally renowned business class hotel in Kuala Lumpur, Malaysia'.

Pengalaman Menginap di Hotel Concorde Kuala Lumpur, Hotel Business Class Bertaraf Antarabangsa

Pengalaman Menginap di Hotel Concorde Kuala Lumpur, Hotel Business Class Bertaraf Antarabangsa
Apabila saya diberitahu bahawa saya diberikan peluang untuk menginap di hotel ini, saya dan keluarga memang agak teruja. Mana tidaknya, hotel ini mempunyai reputasinya yang tersendiri. Pun begitu, di sebalik reputasinya dan dikenali antarabangsa sebagai sebuah hotel yang terbaik di Kuala Lumpur, harga penginapan di sini tidaklah terlalu mahal.

Harga Penginapan di Concorde Kuala Lumpur

Harga bilik hotel di Concorde Kuala Lumpur
Aha, anda boleh menginap di hotel bertaraf lima bintang ini bermula dari MYR262 - MYR300 semalam untuk bilik penginapan superior. Manakala untuk bilik jenis deluxe, harga penginapan semalam bermula dari MYR366 semalam. Untuk bilik keluarga yang lebih selesa, iaitu jenis deluxe family, harga ditawarkan di laman web rasmi Concorde Kuala Lumpur adalah bermula dari MYR432 semalam.

Jika anda mahu merasa lebih keselesaan menginap di hotel ini, mungkin anda boleh cuba penginapan premier executive yang bermula dari MYR469 semalam. Bilik yang sangat luas, mempunyai segala kemudahan terbaik terutama untuk mereka yang datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan bisnes.

Hotel Concorde Kuala Lumpur menawarkan 581 bilik penginapan dengan 5 kategori iaitu superior, deluxe, premier room serta classic dan presidential suites. Anda boleh pilih mana yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
Anda boleh lihat butiran dan info hotel ni di laman web rasminya di sini - Concorde KL
Tapi .. itu adalah apa yang anda boleh nampak di laman web rasmi Concorde Kuala Lumpur, bagaimana dengan pengalaman saya sekeluarga yang menginap selama semalam di sini?

Pengalaman Menginap Bersama Keluarga di Deluxe Room Concorde KL

Saya dan keluarga telah ditempatkan di bilik jenis deluxe.
Keadaan bilik Hotel Concorde Kuala Lumpur


Pemandangan bilik deluxe Hotel Concorde KL
Bilik ini berkeluasan 33.45 kaki persegi dan dilengkapi dengan satu katil bersaiz king. Kedudukan bilik sangat best sebab ia mengadap kolam renang. Jadinya, ia sesuai untuk keluarga saya disebabkan anak-anak memang nak layan mandi kolam renang di hotel ini. Senang nak lihat dari atas bilik sahaja.

Bilik dilengkapi kemudahan asas yang agak baik. Capaian Wifi pula diberikan untuk lebih daripada satu peranti, dengan kelajuan maksima 50Mbps. Agak bagus kalau merasakan mahu menggunakan internet untuk tugasan tertentu, lebih-lebih lagi seperti saya yang perlukan akses internet berkelajuan tinggi hampir sepanjang masa. Blogger sepenuh masa ni .. mana boleh lekang dengan internet ni .. haha.

Okay, apabila kami check-in masuk bilik .. apa kata anak saya?

Zikri: "Abah .... uhh tak la besar mana .. karpet pun lama ni Bah .."

Maira: "Abah.. busuk bau rokok la bilik ni ... euwww ...."

Memanglah, hotel lama kot di Kuala Lumpur. Jadi, saya memang expect ada benda yang akan nampak seperti satu kekurangan pada bilik hotel ini. Pun begitu, ia tetap sebuah bilik penginapan yang agak baik untuk saya sekeluarga.

Walaupun usia hotel agak lama, perabot dan keadaan bilik masih nampak baik. Ada yang boleh diperkemaskan lagi.
Kemudahan dalam bilik deluxe Hotel Concorde KL
Harga bilik hotel untuk sebuah hotel yang terletak di lokasi strategik Kuala Lumpur, pada pendapat sayalah ... agak berpatutan. Ada hotel baru yang berdekatan, harga penginapannya berganda lagi mahal dari Concorde KL ini... huhu.

Mungkin tidak sesuai untuk satu percutian buat sebuah keluarga, seperti dinyatakan awal tadi, ia sebuah hotel kelas perniagaan (business class) seperti yang pernah saya review untuk hotel Best Western Petaling Jaya.

Hotel yang berada di dalam kelas ini selalunya mempunyai bilik standard bersaiz kecil tetapi lengkap dari segi kemudahan untuk urusan bisnes.

Mungkin Tidak Sesuai Untuk Percutian Keluarga

Seperti Concorde Kuala Lumpur, bilik standard mungkin tidak penuhi citarasa sebuah penginapan keluarga yang mahu berseronok di dalam hotel, tetapi untuk tujuan bisnes .. kemudahan seperti restoran dan lounge di hotel ini boleh dikatakan punyai kelas tersendiri.

Ketika di hotel ini semasa event The Bloggers Dinner ..

Saya sempat habiskan waktu selama sejam lebih dengan penulis TheVocket di ruang restoran Melting Pot Cafe hotel ini. Layanan memang cukup bagus, dan suasana pula sangat menyenangkan di sebalik kedudukan hotel ini di Jalan Sultan Ismail yang agak sibuk.

Malah, ketika bersantai di ruang Crossroad Lounge bersama pemilik MisiViral. tuan Norman Danish dan rakan blogger +Adzril Maizan terasa seperti berada di sebuah kelab eksekutif untuk golongan the riches and famous .. haha .. walhal saya blogger kampung je ...

Di Sebalik Komen Anak-Anak

Apapun, walaupun anak saya si Zikri buat sedikit komen yang tak berapa best, dia dan Maira tetap berasa seronok berada di hotel ini. Kata mereka ... hotel ini mempunyai kolam renang yang best untuk kanak-kanak ... :)

Oh ya, breakfast juga cukup best. Banyak juga pilihan makanan yang ada. Tidaklah rasa bosan melihat menu sarapan hotel ini. Makanan untuk sarapan cukup mewah, dan ruang makan juga luas. Isteri saya yang masih berpantang makan tertentu pun dapat nikmati hidangan sarapan yang ada, tak perlu nak cari makanan luar.

Promosi Hotel di Bali

Kesimpulan

Kesimpulannya, kalau anda mahu berada di Kuala Lumpur untuk urusan kerja atau bisnes, hotel ini adalah pilihan yang agak baik. Ia menawarkan pelbagai kemudahan untuk keperluan bisnes anda di sini.

Untuk mendapatkan harga penginapan dengan diskaun menarik, cubalah anda lihat promosi di Trivago, Traveloka mahupun Agoda. In Sha Allah, ada yang sesuai dengan bajet jika fikir anda nak merasa pengalaman menginap di Concorde Kuala Lumpur.

Semoga bermanfaat.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Perggh, terbaikla bro....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eceh .. ni mesti dah biasa menginap sini ni kan kan ..?

      Padam
  2. wow..concorde tu..memang power..5 star lagi tu..tahniah..:D

    BalasPadam
  3. tak pernah lagi sampai ke concorde hotel

    BalasPadam
  4. tengah2222 bandaraya - memang best

    BalasPadam
  5. luas jugak bilik die..hotel lama tapi klu kekalkan servis mmg puas hati

    BalasPadam
  6. memang betul la,kalau untuk family mungkin tak bersesuaian berbanding untuk bisnes kan.dapatlah menikmati hotel betaraf 5 bintang ni

    BalasPadam
  7. Eh, murah je ingat mahal sangat. Nanti nak cuba la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak murah kalau dibandingkan dengan taraf hotel lima bintang lain, tapi bila aspek saiz bilik diambil kira, agak mahal juga tu utk orang biasa

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement