Perghh, saya baru ni berkesempatan temani isteri saya shopping di Pasar Kemboja Parit Buntar. Ni Pasar Kemboja Original yang di Jalan Sempadan, bukan kat Buntar Factory Outlet (BFO) yang juga banyak jual pakaian peniaga Pasar Kemboja.

Ramai betul orang ... ketika ini, lagi seminggu nak berakhir bulan puasa. Berpusu-pusu orang ramai datang, malah ada yang datang dari jauh untuk shopping pakaian dan keperluan Hari Raya di sini.

Sakan Peniaga Lelong Baju Raya di Pasar Kemboja Parit Buntar

Sakan Peniaga Lelong Baju Raya di Pasar Kemboja Parit Buntar
Saya mulanya tak ada niat pun nak pergi ke Pasar Kemboja. Saya dah jangka, seperti tahun-tahun sebelum ini, Pasar Kemboja akan dikerumuni orang ramai untuk shopping pakaian Hari Raya. Bila dah dekat penghujung Ramadan ni, selalunya peniaga di situ akan buat jualan lelong. Kalau biasa baju kurung dengan jenama tertentu dijual pada harga RM100 lebih, leh dapat sehingga 70-90 peratus diskaun.

Saya bukan apa, tak suka bersesak-sesak ni, apatah lagi di kawasan tumpuan ramai golongan perempuan .. hahahaa ... nanti senggol-senggolan pulak .. haishh .... bulan puasa kot.

Kesian kat isteri saya. Takkan nak pergi bawa baby Najmi yang masih kecil pulak kan? So, saya pun ikut temankan isterilah. Tak keluar dari kereta, duduk je dalam kereta bersama Najmi. Lagipun, cuaca sekarang ni agak panas. Nak bersesak dalam Pasar Kemboja .. uhh memang tidaklah.
[Dah Baca?] Lubuk Tudung dan Telekung Berjenama Harga Murah
Lepas hampir sejam isteri saya keluar mencari apa yang nak dicari di dalam Pasar Kemboja, isteri saya kembali.

"Abang.. pergilah jalan .. nak ronda-ronda Pasar Kemboja, kata nak cari seluar pelikat .." kata isteri saya.

Hmm.. memang saya ada terniat nak cari sehelai dua seluar pelikat ni, memandangkan yang ada pun dah agak lusuh. Nak pakai waktu malam semasa kat kampung nanti, tak adalah nak pakai seluar pendek je ... lagipun raya kan ... kan .. huhu.

Jadinya, saya pun keluarlah ...

Dan saya sempat rakam gelagat pengunjung yang datang ke Pasar Kemboja. Awal pagi, jam 7:30 pagi pun dah ramai orang dah. Kebanyakkannya perempuan .. dari yang tua sampailah golongan yang muda belia, berdahi lincin .. hehehe... aummm ... opps puasa kot.

Video Kemeriahan Pasar Kemboja Parit Buntar Bila Dekat Raya

Tontonlah ye, klik .... leh tengok gaya peniaga di Pasar Kemboja Parit Buntar dok sakan melelong baju kurung raya ... berkerumun orang weihhh ...



Kalau anda teringin nak ke sini, boleh hubungi saya ... saya leh je jadi tour guide anda .. hehehee. Oh ya. tujuan saya asalnya nak cari seluar pelikat di Pasar Kemboja Parit Buntar menemui kegagalan. Pusing kiri kanan, pandang atas bawah semua yang dijual hampir 99.1 peratus adalah untuk perempuan.

Uhh diskriminasi betul, susah betul nak cari baju raya untuk lelaki yang murah murah ni .. adeh. Jadinya, kaum lelaki datang sini, selalu lepak kedai kopi berhampiran je la ..haha.

Kalau makcik-makcik macam emak dan emak saudara saya datang sini, derang acapkali ke Pasar Kemboja sebab nak cari telekung sholat yang lawa-lawa. Sebab kata mereka, kalau kat kedai dijual antara RM80 - RM100 lebih, tapi kat Pasar Kemboja ni, leh dapat dalam RM30-RM50 sepasang. Tu yang ada datang dari Singapura borong telekung kat sini.

Rambang mata weih.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kadang2 yang lelong lebih elok dari yang baharu hehe..wow penampakan neelofa hehe

    BalasPadam
  2. Meriahnyaaa.
    Klau ada geng shopping memang seronok ni. Hihi

    BalasPadam
  3. nanti bila singgah kampung Tok kat Kuala Kurau boleh la kot cari Pasar Kemboja ni..

    BalasPadam
  4. Part diskaun yang sangat menarik tu. Kalau pergi mesti ambil juga sepasang dua pakaian

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement