Jadi, dalam post ini, saya akan paparkan satu video yang menunjukkan bagaimana anda boleh membelanjakan 10SGD untuk juadah berbuka puasa yang sedap.
Apa Yang Boleh Anda Beli di Bazaar Ramadan di Singapura Dengan SGD10?
Ok, video yang akan saya kongsikan kepada anda ini adalah daripada Vocket Makan. Kalau anda rakyat Malaysia yang pergi ke Singapura samada bekerja atau beli-belah, tentu tahu harga barangan dan produk di Singapura agak mahal, apatah lagi jika dibandingkan dengan duit Malaysia.Namun, hakikatnya ..
Hmm .. inilah yang saya mahu tunjukkan kepada anda menerusi video di bawah. Dengan hanya 10SGD, blogger dan youtuber cantik Bella Zahir dari Vocket Makan berkongsi pengalaman sebenar berada di Bazar Ramadan Geylang Serai, bazar Ramadan paling famous di Singapura.
Berapa Nilai SGD10 di Bazar Ramadan Singapura?
Oh ya, sebelum itu... untuk mengingatkan anda; SGD10 adalah bersamaan dengan MYR42 (1SGD = MYR4.2) ketika post ini ditulis. Pun begitu, anda wajar berfikiran bahawa apa yang akan dibelanjakan oleh Bella Zahir di Bazar Ramadan Geylang Serai, adalah sama dengan berbelanja RM10 di Bazar Ramadan USJ (sekadar contoh).[Dah Baca?] Gaji Sebagai Tukang Cuci di Singapura Adalah MYR3,164 SebulanEnjoy video di bawah dan ikuti suasana dan pengalaman Bella mencari juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Singapura ... agaknya apa yang dapat dibeli ehh dengan SGD10 tu .. huhu...
Video Bella Zahir Belanja SGD10 di Bazar Ramadan Singapura
Orait. Dah tonton sampai habis kan? Jadi, apa pandangan anda mengenainya? Kalau ikut beberapa komen di channel YouTube Vocket Makan .. uhh banyak juga yang berikan input untuk beli makanan berbuka puasa di Bazar Ramadan di Geylang Serai ni.
Daripada video di atas, apa yang berjaya Bella beli dari Bazar Ramadan Geyland Raya ...
- Roti John SGD5.50
- Manggo Slush SGD2.00
- Kuih Topioca SGD2.50
Maka, berjayalah Bella dengan berbelanja sebanyak SGD10 untuk dapatkan makanan berbuka puasa yang boleh dikatakan cukup baik tu. Ada menu utama, air dan kuih. Orait la kan ...
Gempar Pasal Sate Daging Kucing di Bazar Ramadan Singapura
Di Singapura, walaupun Bazar Ramadan itu seolah eksklusif untuk orang Islam, namun baru-baru ni gempar bila berlegar mengenai isu sate daging kucing dan sate daging anjing dijual di Bazar Ramadan Geylang Raya.Malah, saya dimaklumkan juga bahawa berita palsu ini turut tular di media sosial Indonesia. Rata-rata rakyat Indonesia tidak mempercayainya atas banyak sebab.
Pun begitu, siasatan telah dijalankan oleh pihak berkuasa Singapura dan disahkan ianya palsu dan telah diputar-belit. Moga ia jadi pengajaran.
Baik buat macam Bella ni, terus gi Singapura untuk lihat, rasa, makan di sana. Jangan kita bercakap atas 'bisikan' WhatsApp sebab ia belum tentu ada kebenarannya. Sama-samalah anda dan saya ambil iktibar.
Ya cukup menarik.. Bajet cukup untuk sorang
ReplyDeleteallhamdulillah... boleh aje bella gun 10 dollar
ReplyDeleteTula kan, leh je guna duit usd10 tu
Deletewahhh murahnya...
ReplyDeleteHmmm ... Tapi kalau ikut kata bella,mhal juga makanan kat situ
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.