Nak dibandingkan dengan umat sebelum ketibaan Nabi Muhammad S.A.W, sebelum hadirnya kitab Al Quran; umat sebelum itu rata-rata umur memang cecah ratusan dan ribuan tahun. Adakah umat Muhammad S.A.W tidak layak untuk memberikan ketaatan kepada Allah SWT sehinggakan dipendekkan umurnya?
Tips Daripada Ulama - Cara Mencari Malam Lailatulqadar
Dari sudut ibadah kepada Allah Taala, nampaknya satu kerugian sebab usia yang tak cukup panjang ini akan menyebabkan amalan baik yang dilakukan pun tak cukup setara dengan umat sebelum ini, walhal Allah S.W.T menyebut umat Islam di zaman ini adalah umat terpilih. Jadi, mana kelebihannya?
[ads id="ads1"]
Dek kerana inilah, Baginda S.A.W memohon kepada Allah S.W.T memberi peluang umatnya supaya dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka. Berdasarkan permohonan inilah Allah S.W.T telah menyediakan satu bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang penuh hebat, penuh berkat, penuh mulia... malam yang cukup special yang dinamakan Lailatul Qadar.
Maksud al-Qadar
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah S.W.T mula mentakdirkan agamaNYA dan memerintahkan NabiNYA bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.
Mari singkap beberapa pendapat dari ulama yang boleh dijadikan panduan dan tips untuk mencari malam Lailatul Qadar ini.
Ulama Berbeza Pandangan Mengenai Bila Malam Lailatul Qadar
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun.Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, Lailatul Qadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan.
Menurut pendapat ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam sama setiap Ramadhan iaitu malam 27 Ramadhan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, yang bermaksud:
Namun, dalil paling kuat mengenai Lailatul Qadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, yang bermaksud:
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadhan.
Tips Malam Lailatul Qadar dari Imam Al Ghazali
Imam Al Ghazali dan lainnya mengatakan: "Sesungguhnya dapat diketahui (Lailatul Qadar) dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadhan.
Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan.
Atau jika malam pertama jatuh pada malam Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan.
[Dah Baca?] 6 Formula Berdoa - Amalkan Jika Rasa Doa Anda Kurang Dimakbulkan Allah
Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan membawa kita, sebagai umat Islam sebagai umat yang tahu bersyukur akan nikmat yang telah Allah S.W.T berikan ini. Ia tidak didatangkan kepada umat sebelumnya, maka seharusnya Lailatul Qadar itu dicari, tetapi tidak mengabaikan amalan terbaik sepanjang Ramadhan.
No. | Hari | Malam |
---|---|---|
1. | Isnin | 21 |
2. | Sabtu | 23 |
3. | Khamis | 25 |
4. | Selasa / Jumaat | 27 |
5. | Ahad / Rabu | 29 |
[Dah Baca?] 6 Formula Berdoa - Amalkan Jika Rasa Doa Anda Kurang Dimakbulkan Allah
Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan membawa kita, sebagai umat Islam sebagai umat yang tahu bersyukur akan nikmat yang telah Allah S.W.T berikan ini. Ia tidak didatangkan kepada umat sebelumnya, maka seharusnya Lailatul Qadar itu dicari, tetapi tidak mengabaikan amalan terbaik sepanjang Ramadhan.
Sumber: Buku Adab Ramadan
Beribadah sahaja pada malam. 10 terakhir atau malam yang ganjil. Bilangamnya..
BalasPadamIn shaa Allah pasti bertemu malam lailatul Qadar.
Ya betul ... setuju sangat tu.
Padamgandakan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan... kerana kita tidak tahu malam yang mana adalah malam Lailatul Qadar
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.