Setiap tahun, Bunga Tekoma akan kembang mekar di sekitar daerah Parit Buntar. Mungkin anda tak berapa biasa dengan nama Bunga Tekoma ini, tetapi bila sebut Sakura, mungkin ramai sudah boleh andaikan tentang betapa menarik dan cantiknya bunga ini apabila berkembang.

Bunga Tekoma sudah dikenali secara umum di Malaysia sebagai bunga 'Sakura'. Ada banyak tempat di Malaysia yang dihiasi dengan pokok-pokok bunga Tekoma ni, salah satu tempat tersebut adalah di tempat saya ni, iaitu Parit Buntar, Perak.

Berakhirnya Musim Bunga Tekoma (Sakura Malaysia)

Musim Bunga Tekoma (Sakura Malaysia)
Saya pernah cerita mengenai musim bunga Tekoma di Parit Buntar sebelum ini. Tapi kali ini agak terlewat saya nak cerita memandangkan musim bunga Tekoma telahpun berakhir di sini. Pun begitu, saya sempatlah juga snap beberapa gambar untuk tatapan anda.

Landskap sekitar Parit Buntar bertukar menjadi sebuah bandar taman apabila musim bunga Tekoma kembang mekar ni tiba. Ada dua warna yang menjadi penghias, iaitu bunga Tekoma Merah Jambu dan Tekoma Putih. Ia akan berkembang samada secara serentak atau berjujukan di sekitar pekan Parit Buntar yang turut terkenal sebagai lokasi memancing udang galah Sungai Kerian.
[Dah Baca?] Bunga Bakawali Yang Mistik Berharga Rm50 Sekuntum
Bunga Tekoma atau nama saintifiknya, tabebuia rosea akan berkembang setahun sekali sesuai dengan cuaca semasa. Saya selalu nampak pokok Tekoma akan keluarkan bunga merah jambu dan putih apabila cuaca agak panas kering. Sebaik sahaja hujan turun pada hari sebelumnya, bunga-bunga ini akan berkembang dengan sangat banyak pada hari berikutnya.
Musim Bunga Tekoma (Sakura Malaysia) di Parit Buntar
Bunga Sakura Malaysia ini akan menjadi lebat dan penuh pada pokoknya apabila dalam musim kemarau. Hampir tanpa daun, pokok Tekoma penuh dengan bunga-bunganya yang memekar.
[Dah Baca?] Taman Flora di Bukit Fraser, Pahang
Memang cantik. Hmm tapi ada harganya tu ... huhuhu .. sebaik sahaja ia berkembang selama beberapa hari, bunga-bunga ini akan gugur dan menyebabkan pemandangan sekitar menjadi huduh. Ini disebabkan oleh bunga-bunga Tekoma yang telah layu berwarna kusam mewarnai lantai pokok.
Musim Bunga Tekoma (Sakura Malaysia)
Musim Bunga Tekoma (Sakura Malaysia)
Ia sedikit mencacatkan pandangan kalau pokok Tekoma ini berada di kawasan lapang, apatah lagi apabila hujan turun pada hari sebelumnya tu.

Kesian tengok pakcik-pakcik majlis daerah nak kena sapu dan bersihkan bunga-bunga Sakura Malaysia yang gugur ni....

Bila tiba musim bunga ni, pasti ramai akan ambil kesempatan untuk merakamkan keindahannya dengan aksi-aksi seolah berada di luar negara mirip macam berada di Jepun... haha.


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement