Tetiba satu hari tu, terasa nak sangat makan durian. Anda pernah jadi begitu tak? Tak semena-mena terasa nak sangat makan durian. Fuh ... terus terbayang durian sedap Durian Musang King. Tapi, kat tempat saya agak sukar nak mendapat Durian Musang King ni. Disebabkan nak sangat makan durian, maka saya pun pasang niat, nak beli durian ... tak kira berapa harganya sekilo.

Satu malam tu, semasa saya dan keluarga keluar makan tengahari, terjumpalah seorang brother ni jual durian di tepi jalan. Nampak macam ada dua jenis durian, satu saiz besar dan satu lagi saiz kecil. Dah niat nak beli, maka saya pun berhenti.

Merasa Beli Durian Kampung Dari Bentong - RM20 Sekilo

Durian Kampung Dari Bentong - RM20 Sekilo
Keluar je dari kereta, perghhh dah bau semerbak. Bagi setengah orang, bau durian tak berapa memberahikan, malah dianggap busuk. Pelancong asing contohnya, tak berapa gemar dengan baunya. Tapi, bila dah merasa makan isi durian yang kuning emas, leh buat mereka tak berhenti makan .. haha.

Dah berada depan brother tu, saya pun tanyalah ...

"Berapa sekilo ni bang?"

"RM20 sekilo bang ... isi puas hati bang, sedap ni bang .... sebiji pun in Sha Allah, abang akan rasa puas" kata brother jual durian tu.

Tertelan air liur juga saya. Mahal juga tu kalau dah RM20 sekilogram. Sebenarnya, saya dah expected harga buah durian akan semahal tu, lagi-lagi musim durian sekarang tak berapa banyak buah.

Sebelum tu, beberapa hari sebelum tu .. saya ada singgah di Rehat dan Rawat Gunung Semanggol. Memang banyak peniaga berbaju hijau PLUS jual buah durian, rambutan dan manggis. Kata peniaga di situ, musim durian tahun ni tak berapa nak menjadi.

Durian Kampung Batu Kurau RM10 Sekilo

Ada jual durian kampung, kata peniaga di RnR tu, durian kampung dari Batu Kurau. Harganya RM10 sekilogram. Sebab mulut manis saya, dapatlah juga merasa seulas buah durian kampung dari Batu Kurau.

Jadi, apabila brother tepi jalan tu beritahu saya harga durian saiz besar yang dijual adalah RM20 sekilogram.... saya terima dengan redha .. haha.

"Buah dari mana ni?" tanya saya.

Penting ooo tahu asal usul durian ni, sebab anda boleh jangka bentuk dan rasa isi buah durian tu. Aha .. ini tips yang harus anda gunakan kalau nak beli durian tepi jalan, mesti tanya dulu asal usul buah tu, jadi nanti anda boleh bandingkan.

"Buah dari Bentong bang .. durian kampung ni .. bukan durian kacuk ... sedap ni bang .. " kata brother tu.

"Uhh jauhnya datang ..." kata saya.

"Sini tak berapa ada la bang, yang ada pun tak banyak ... yang ni saya jual puas hati bang, isi sedap .. ambillah sebiji .." kata brother tu lagi.

Pastu, saya ternampak buah durian yang agak kecil saiznya. Hmm dalam hati saya, aha .. mesti harga dia lagi murah.

"Yang tu berapa tu .. ?" sambil panjang je muncung saya tunjukkan durian bersaiz kecil.
"Tu RM25 sekilo bang ..." kata brother tu.

Uhh terkejut saya. Mahal weihh ... mahal dari durian yang saiz besar yang dah dikenen-kenen sejak tadi oleh brother tu.

"Tu durian apa tu .. ala lupa la nama dia .. aha .. Durian Duri Hitam ... tu lagi sedap bang" kata brother.

Ya, memang biasa saya dengar Durian Duri Hitam ni rasanya sedap. Tapi tak pernah mencuba lagi. Uhhh ... dalam hati saya, teringin betul nak beli dan merasa durian jenis tu. Bila tengok isi dalam wallet ... nampaknya kena pendam dulu hasrat tu.
[Dah Baca?] Durian Raja Kunyit - Durian Termahal di Malaysia
Tak nak hampakan diri sendiri, dan anak perempuan saya yang memang gemarkan durian, maka saya pun belek buah durian di depan saya.

"Cuba yang ni, tengok berapa" sambil angkat sebiji buah durian kampung dari Bentong. Agak sederhana saiznya, dan nampak macam berisi banyak.

"RM32" kata brother tu setelah meletakkan durian tu atas penimbang.

Saya terdiam sebentar sambil dok memikir.

"Buka sikit .." kata saya.

Wahh .. nampak kekuningan. 

Mintak Setuju Pada Isteri

Saya tunjuk harga pada isteri saya yang menanti di dalam kereta dengan jari sepuluh yang ada. Isteri saya angguk, tanda setuju.

"Ok bang, saya ambik ni .." kata saya pada brother jual durian tu.

Bawa masuk dalam kereta. Perghhh semerbank baunya. Tak sabar nak merasa isi dalam.

Sampai sahaja di rumah, saya terus buka durian kampung dari Bentong nan sebiji tu.

Nah ....
Durian Kampung Dari Bentong - Harga RM20 Sekilo
Isi Durian Bentong
Isi Kuning Durian dari Bentong Pahang
Alhamdulillah, semua isi elok. Biji kecil je. Puas hati kami anak-beranak makan walaupun hanya sebiji. Rasa berbaloilah kena bayar RM32. Melekat rasa dan bau di mulut.

Seronok makan durian yang cuma sebiji ni ramai-ramai. :)

Durian Bentong. In Sha Allah, lepas ni .. kalau tanya penjual durian, dan dia kata durian dari Bentong, saya mungkin akan beli lagi ... asalkan jangan sampai terlebih harga dari apa yang pernah saya beli ni.

Anda pernah merasa tak?

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ada orang kata durian musang king di Pahang berasal dari Kelantan (durian kunyit).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. memang berasal dari Gua Musang, Kelantan.

      Delete
  2. Hahahahha alhamdulilah kalau puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah bayar lagi mahal dari ni, tapi hampeh. Namun, anggap je rezeki. Allah dah tentukan yang tu, maka redha je ..

      Delete
  3. Kampung saya kat Bentong. Kalau tak boleh jumpa. Bukan senang nak jumpa blogger Otai ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian ni saya beli kat sini je .. :)

      Delete
    2. Wah pandai betul orang yang menjual tu. Pandai betul dia kembangkan bisnes. Strategi betul ..

      Delete
  4. Ya ampunnn dah ramai sangat dok uodate pasal sedapnya durian tetapi belum lagi ada yang offer makan durian free x-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. cuba-cubalah singgah kat mana mana gerai jual durian .. senyum2 sikit, puji2 sikit .. leh dapat kot merasa seulas dua .. hehehe :D

      Delete
  5. Dah la memang tgh craving durian...huwaaaaa......nak jugakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim dah ni. Tunggu durian datang tempat Cik Amanda je tu ..

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement