Satu Syawal dah berlalu pergi. Ramai yang bergembira, berbahgia dan suka ria semasa hari lebaran 1 Syawal yang lalu. Kami sekeluarga pun turut berkongsi rasa ini. Lama juga 'bercuti' menulis post terbaru di dalam blog ini. Sedang memikir untuk mencari tajuk, saya terperasan yang saya belum kongsikan gambar raya saya sekeluarga tahun ini.

Aha .. tahun 2017 adalah tahun Barney and Friends, begitulah tema warna baju Hari Raya Aidilfitri 2017 kami. Tak sengaja sebenarnya, lepas dah beli baju raya baru isteri saya tersedar bahawa baju raya kami sama warna dengan warna Barney and Friends .. aduh.

Warna Barney Warna Baju Raya Kami

Warna Barney Warna Baju Raya Kami
Warna Barney Warna Baju Raya Kami
Ya, warna baju raya kami sekeluarga tahun ni adalah warna Unggu atau Purple. Memang warna sebijik sama dengan warna si Barney and Friends. Kebetulan pula, Barney tu nak datang ke Malaysia dalam bulan Julai ni.

Dengarnya ada teater muzikal Barney and Friends bakal diadakan, kalau tak silap sayalah di PICC Putrajaya, pada 7 hingga 9 Julai 2017. Hahaha ... gelak kami dibuatnya .. ehh kebetulan pula ...

Oh ya, baju raya saya dan anak-anak lelaki ... saya beli di kedai Gene Martino, Mydin Mall Parit Buntar. Memang memilih untuk beraya dengan warna sedondon. Isteri dan anak perempuan saya, si Maira pula beli baju raya di kedai yang lain, sebab tak ada yang sesuai buat mereka di kedai Gene Martino ni.
[Dah Baca?] Kontest Bergambar Baju Raya Sedondon, dan Menang Pakej Bercuti ke Bandung, Indonesia
Baju raya untuk baby Hasif Najmi pun terpaksa dicari di kedai lain. Uhh mana nak ada pakaian saiz baby kecil kat Gene Martino tu, lagipun harga untuk baju raya saiz kecil agak mahal ... tak padan dengan tempoh si baby Najmi nak pakai. Kejap je kang, dah tak muat .. mesti bijak memilih .. tak gitu?

Maka, isteri sayalah yang berusaha carikan baju raya warna sedondon. Tak dapat jumpa baju Melayu ... terpaksa cari pakaian alternatif dengan syarat warna kena warna Barney .. haha. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah S.W.T, jumpa juga untuk baby Najmi.

Tahun ni, saya sekeluarga beraya di hari pertama Raya ... di Batu Gajah, Perak. Saya dan anak-anak lelaki bersholat di Masjid Daerah Batu Gajah. Masjid yang penuh kontroversi sebelum ini .. haha. Dan tak sangka, ramai juga yang mengenakan baju Melayu berwarna Purple macam Barney... ehh macam kami.

Petang pula, saya dan keluarga terus ke kampung isteri saya di Parit, Perak.

Sebelum tu, sempat juga saya bawa emak saya dan keluarga beraya di rumah emak saudara berdekatan, selain pergi ke Kg Bukit Pekan, Kampar, Perak.

Gambar-Gambar Berhari Raya di Batu Gajah, Parit, Kuala Selangor

Semasa beraya ni, sempat jugalah saya ambil beberapa gambar menerusi kamera smartphone Oppo F9s saya .. huhu .. meh layan beberapa yang ada. Gambar yang nampak blur tu .. tu dari kamera smartphone Samsung .. kui kui kui...
Gambar Raya dan Warna Baju Raya Persis Barney
Gambar Raya dan Warna Baju Raya Persis Barney
Selesai gambar saya dan isteri dengan anak-anak .. giliran anak-anak pula bergambar memakai baju raya baru berwarna Unggu .. huhuhu ...
Gambar Raya dan Warna Baju Raya Persis Barney
Gambar Raya dan Warna Baju Raya Persis Barney
Gambar Raya Hasif dan Haseena
Di bawah ni pula beberapa gambar semasa beraya di rumah sanak-sedara .. huhu .. baru perasan tak banyak pula gambar yang diambil walaupun kamera tak perlu nak gunakan filem Kodak .. hahaha .. ntah kenapa, leh lak tak merajinkan diri. Apa daaa ....

Agak-agak kenal ke sesapa dalam gambar-gambar raya kami di bawah ni ... ehh .. sama  kaler la pulak baju raya ... adeh.
Gambar Raya di Batu Gajah
Gambar Raya di Batu Gajah
Gambar Raya 2017 di Batu Gajah
Masa raya kali ini juga, sempat juga bertemu beberapa rakan sekolah lama yang dah lama tak jumpa, khususnya yang tinggal sekitar Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sungai Besar, Selangor. Kami beraya ke sana pada hari raya ketiga sebab memenuhi undangan jemputan majlis perkahwinan keluarga salah seorang adik ipar isteri saya.

Beraya Dengan Adik di Tepi Jalan

Dan alhamdulillah, dapatlah juga saya beraya dengan adik saya yang kali ini tidak dapat pulang berhari raya di kampung disebabkan bertugas di Kuala Lumpur. Beraya di tepi jalan je kami ... haha .. pertama kali ni dalam sejarah berhari raya ..

Dapat jugalah jumpa anak saudara kembar saya tu yang dah makin membesar ...
Gambar Raya Aswal Hassan dan Keluarga

Beraya di Sawah Sempadan, Tanjung Karang

Gambar di bawah pula adalah dengan salah seorang sahabat kami (saya dan isteri), yang juga merupakan orang kuat ASTI (Alumni Sekolah Menengah Sains Teluk Intan). Nama mamat ni .. Mashudah Abdul Samad .. huhu .. dah tiga anaknya. Ini pertama kali bertemu dengan keluarganya yang asal-usulnya .. atau kampungnya di Sawah Sempadan, Tanjung Karang.
Foto Beraya di Sempadan Sawah, Tanjung Karang

Gambar Beraya Bersama Bekas Pelajar SSU, Sungai Besar

Beberapa gambar beraya isteri saya bertemu dengan rakan-rakan sekolah rendahnya semasa menetap dan bersekolah di Sungai Besar, Selangor ... ada yang kenal tak? Huhu ...
Gambar Raya 2017 Bekas Pelajar SSU, Sungai Besar, Selangor
Gambar Raya 2017 Bekas Pelajar SSU, Sungai Besar, Selangor
Gambar Raya 2017 Bekas Pelajar SSU, Sungai Besar, Selangor
Gambar Berhari Raya Bekas Pelajar SSU, Sungai Besar, Selangor
Foto Berhari Raya 2017 Bekas Pelajar SSU, Sungai Besar, Selangor
Tahun ni rasa macam percutian raya agak singkat pula, tak dapat nak beraya banyak rumah sanak saudara dan sahabat. Kalau ikutkan, memang banyak rumah nak beraya .. tapi masa tu penuh lak ... lepas tu cuti raya tak sama ... ada yang dah mula kerja seawal hari ketiga Hari Raya.

In Sha Allah, tahun hadapan, andai kami sekeluarga dipanjangkan umur .. nak ziarah lebih ramai saudara-mara dan sahabat zaman belajar dulu. Kami orang kampung mesti kena imarahkan suasana ziarah ni ...


Dah tua-tua ni, macam langkah pendek lak ... huhu..

Jangang lupa follow instagram saya ye di sini - http://www.instagram.com/hasrulhassan

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dah pakai warna ni dua 5 tahun lepas..so tahun depan dah boleh cari warna tema..hehehe

    ReplyDelete
  2. Barney pun Barney la. kalau tak mention, orang tak sedar pun pasal Barney. heheheh. Selamat Hari Raya HH !

    ReplyDelete
  3. Tak tau pun pasal barney and friends..tapi cantik juga color ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement