Okay, saya tak mahu anda ditimpa nasib seperti saya. Paling tidak saya harapkan post ini akan bantu anda kenali jenis tepung, terutama sekali Tepung Gandum yang banyak digunakan dalam resepi dan masakan.
Mengenali 7 Jenis Tepung Gandum Yang Digunakan Dalam Resepi Kuih-Muih, Kek dan Pastri
Dalam banyak-banyak tepung, Tepung Gandum adalah yang paling famous sekali. Digunakan secara meluas untuk membuat kek dan roti. Ia adalah bahan utama, tanpa Tepung Gandum .. anda takkan dapat menghasilkan kek dan roti sepatutnya.
Makanan paling popular di Malaysia iaitu Roti Canai adalah hasil adunan Tepung Gandum. Jika betul adunan Tepung Gandum, maka akan terhasillah sebiji Roti Canai yang sedap. Sesetengah dari kita suka Roti Canai yang lembut, ada pula suka Roti Canai yang dimasak garing.
[ads id='ads1']
Sekarang mari sama-sama tambah pengetahuan berkaitan jenis-jenis tepung lainnya, cara nak bezakan dan kegunaan am tepung-tepung ini ye ... saya dapat kumpulkan 7 jenis semuanya .. :)
Tepung Gandum Am/Asas dan Bervitamin
Tepung Gandum adalah tepung asas dalam pembuatan kek dan roti. Dari namanya sahaja, dah tahu ia dihasilkan dari bijiran gandum yang dikisar. Ia ada beberapa jenis, iaitu Tepung Gandum yang bersih, putih/perang atau keras.
Ada jenis tepung ini yang telah dilabelkan untuk kegunaan tertentu. Tepung Gandum (Keras) misalnya, ia mengandungi kadar gluten yang tinggi. Tepung Gandum jenis ini membolehkan adunan jadi kenyal dan lebih anjal, sesuai untuk membentuk apabila membuat roti.
Tepung Gandum (Lembut) pula adalah Tepung Gandum yang sesuai untuk membuat kek. Ia mempunyai tekstur lebih halus, kerana kadar gluten yang rendah. Ia bukan sahaja lembut, tetapi tepung ini menjadikan tekstur adunan lebih rapuh. Ia juga terbahagi kepada Tepung Kek dan Tepung Pastri.
Tepung Gandum secara amnya juga terbahagi kepada dua, yang bervitamin dan yang asas (100% kisaran bijiran gandum). Tepung Gandum bervitamin ada dinyatakan pada setiap pek pembungkusan. Harganya lebih mahal dan warnanya pula adalah sedikit perang dari tepung gandum asas.
Saya selalu gunakan Tepung Gandum bervitamin ini, dan jenama yang sering saya gunakan ialah Tepung Gandum Cap Sauh.
Tepung Gandum Serbaguna
Tepung Gandum juga ada yang jenis Serbaguna. Tepung Gandum Serbaguna adalah tepung yang sudah dicampur bahan-bahan seperti serbuk penaik dan juga serbuk soda. Tepung ini adalah tepung yang dikhaskan untuk membuat resepi kuih-muih. Jenama yang selalu saya gunakan ialah Cap MFM.
Ia adalah antara jenis Tepung Gandum yang paling banyak digunakan oleh surirumah yang mahu hasilkan resepi kuih-muih mahupun kek dan biskut cara paling cepat.
Tepung Gandum Berprotein Tinggi
Kalau orang kampung macam saya, tepung jenis ini sering disebut sebagai Tepung Roti. Namun, kalau nak beli kat kedai runcit, kena panggil dengan nama jenama. Selalunya disebut Tepung Diamond atau Tepung Kuda, atau Tepung Rose.Ia tepung yang dikhaskan untuk membuat adunan roti. Kalau nak buat roti canai, donut, kuih cakoi dan seumpamanya .. boleh gunakan Tepung Gandum Protein Tinggi ini.
Selain tinggi protein, ia juga dah dicampur dengan kandungan vitamin seperti vitamin B, B12, mineral dan sebagainya. Elok ditambah yis dalam adunan Tepung Gandum Berprotein Tinggi ini untuk hasilkan adunan yang terbaik.
Tepung Gandum Protein Rendah
Selalunya digunakan untuk membuat kek. Tepung Gandum jenis ini adalah lebih halus dan lebih ringan. Banyak digunakan untuk membuat kek chiffon, biskut Tart, Pai, Pau dan Bahulu. Ini disebabkan ia berikan tekstur lebih lembut jika dibandingkan dengan Tepung Gandum Protein Tinggi. Ia ada campuran Tepung Jagung.
Ia juga tepung yang ditambah dengan vitamin dan mineral pada sukatan tertentu, berbeza sedikit dengan Tepung Gandum lainnya. Anda mudah nak kenal tepung jenis ini jika saya sebut Tepung Superfine. Jenama yang terkenal ialah Blue Key.
Tepung Naik Sendiri
Tepung Gandum yang telah dicampurkan dengan nisbah serbuk penaik yang tinggi. Ia tepung campuran ekspress untuk membuat kek dan roti. Jika anda nak hasilkan tepung jenis ini sendiri di rumah, anda hanya perlu tambahkan 3 sudu serbuk penaik pada Tepung Gandum 250 gram biasa dan ayak sebanyak 3 kali.
Tepung Gandum Tulen/Tepung Atta
Aha .. ni asli, 100% daripada bijiran gandum. Ia agak kasar dan tak sesuai untuk membuat kek dan kuih. Pun begitu, ada beberapa resepi yang gunakan Tepung Gandum jenis ni, misalnya Capati. Ia tidak boleh diayak sebab ia sejenis tepung yang berserat.
Ia adalah tepung yang berwarna perang, dan sangat mudah dikenali berbanding jenis tepung yang lain, terutama untuk kategori Tepung Gandum.
Tepung Biskut
Kalau sebut Tepung Biskut mungkin tak ramai yang kenal kot, tapi kalau sebut Tepung Cookies... pasti ada yang tahu, apatah lagi kalau anda memang kaki mencuba resepi biskut. Ia adalah Tepung Gandum yang ada campuran sedikit Tepung Jagung. Nisbahnya menjadikan Tepung Gandum Biskut ini lebih ringan dan memudahkan dalam resepi membuat biskut.
Ada sesetengahnya dicampur sedikit Tepung Beras supaya hasil biskut jadi rangup. Apapun, boleh sahaja dicampur Tepung Gandum Serbaguna untuk buat biskut, dengan syarat anda campurkan sendiri bancuhan dengan jenis tepung lain seperti Tepung Jagung dan Tepung Beras.
Oh ya, tepung ini tak dijual secara meluas, hanya boleh terdapat di kedai kek atau kedai roti.
Orait, ini adalah antara Tepung Gandum pelbagai jenis yang saya tahulah sebagai seorang House Husband.
Ada banyak lagi jenis tepung lain selain Tepung Gandum yang ada kegunaannya sendiri. Kalau kat dalam dapur rumah saya ni, ada Tepung Beras, Tepung Ubi, Tepung Jagung, Tepung Pulut, Tepung Kacang Hijau, Tepung Sagu dan juga Tepung Custard.
Kalau orang yang selalu buat kek, biskut dan kuih-muih mahirlah bab bab tepung ni. Apatah lagi kalau memang Chef Pastri ... :)
Beli Tepung Gandum Tanpa Benzoyl Peroksida
Agak sukar sebenarnya nak bezakan antara jenis-jenis tepung ni. disebabkan kebanyakkan dan hampir kesemuanya berwarna sama iaitu putih. Pun begitu, saya suka nak ingatkan, jauhkan diri anda dari menggunakan tepung yang ada Benzoil Peroksida, iaitu sejenis bahan peluntur untuk hasilkan tepung yang berwarna jernih, bersih dan putih.
Jika tepung anda gunakan macam pelik je warna putihnya, maka lihatlah samada ia ada bahan Benzoyl Peroksida ini. Ada kajian yang menyebut bahawa bahan ini tidak bagus untuk kesihatan (jangkamasa panjang).
Saya harap sedikit sebanyak post ini dapat membantu dan beri manfaat dalam mengenali jenis-jenis Tepung Gandum yang ada di pasaran. Saya tahu, ramai surirumah biasa terutama yang baru berkahwin dan berumahtangga tak tahu jenis-jenis tepung yang ada ... huhu ..
Kongsikan ye kalau rasa elok untuk bacaan orang lain.
Itu baru tepung gandum, belum masuk bab tepung jagung, tepung suji, tepung beras. Pendek kata kalau tak pernah ke dapur tu memang tak tahu la tepung ada banyak jenis.
ReplyDeleteselalu guna tepung gandum cap sauh
ReplyDeleteWalaupun dah lama jadi suri rumah... tak pernah ambil tahu pun. Yang tahu bezanya ikut nama jer =D
ReplyDeleteooo.banyak rupanye jenis tepung gandum ni
ReplyDeleteDulu selalu sgt guna cap sauh tp lepas dpt taw cap sauh nie menggunakan peluntur terus tobat nasuha xbeli dah. Byak tepung yg selamat seperti cap lily,faiza,bunga cempaka,bakers choice dan byk lg
ReplyDeleteSalm...klu kita guna kan tepung biskut masa buat adunan tu perlu x guna tpung jagung lagi...xbrpa fham la mhon penceragan..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tq sudi share.. jazakallah khairan..
ReplyDeleteMaaf saya sedikit keliru dalam part tepung high protein ada disebut tepung rose. Bukankah tepung rose itu lebih sesuai untuk dibuat biskut kerana campuran tepung jagung dan pastinya ianya low protein kan? Saya mohon pencerahan dari penulis
ReplyDeleteTepung Rose tu adalah Tepung RED ROSES, ia memang untuk buat roti.
DeleteIa tidak digolongkan dalam tepung low protein, boleh rujuk syarikat pengeluar di sini - https://www.mfm.com.my/core-businesses/flour/our-products/commercial-products/
patut guna buat biskut xsama jadi wlaupun sukatan sama..jenis tepung beza bukan sekadar jenama
ReplyDeleteGaya penyampaian bersimpang siur
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.