Lagu raya ni memang klasik sungguh. Tak sangka ada yang menemuinya dan upload di YouTube. Masih kurang yang menontonnya lagi, walaupun dah viral di Facebook pada bulan Ramadan hari tu. Anda dah tengok ke?
Lagu Selamat Hari Raya 1936
Lagu ini dirakam sekitar tahun 1936 di Tanah Melayu. Jika mengikut tahun tersebut, makanya lagu ini sudah wujud dan didengar di corong radio ketika itu sebelum Perang Dunia Kedua. Untuk yang tidak tahu, Perang Dunia Kedua berlaku pada tahun 1945.Ini bermakna bahawa lagu Selamat Hari Raya ini dirakamkan lebih kurang 9 tahun sebelum perang berlaku dan melanda Tanah Melayu.
Tajuk lagu adalah Selamat Hari Raya dan dinyanyikan oleh Miss Aminah, seorang penyanyi dari Singapura. Pencipta asal lagu ini pula ialah Tengku Alibasha yang juga dikenali sebagai Che Ara Bangsawan. Maklumat ini bagaimanapun tidak ketahuan kesahihannya namun beberapa fanpage termasuk Sinar FM telah memuatnaik video ini dengan info yang terhad.
Jika anda belum dengar, bolehlah dengar lagu Selamat Hari Raya pertama dirakamkan di Tanah Melayu ini. Leh juga amati lirik-lirik lagu ini yang turut disertakan.
mmg unik betul lagu ni
ReplyDeleteSelamahari raya .
ReplyDeletebudak mana la yang bogel tu. unik lagu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.