Ketahui 3 Langkah Mudah Untuk Berniaga Tanpa Modal. Hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang telah saya peroleh hasil pembacaan saya mengenai teknik borong secara online dari China. Aha, ia mengenai bagaimana nak memulakan bisnes sendiri tanpa perlu anda mengeluarkan modal besar.

Sebenarnya teknik ini dah lama digunakan oleh peniaga-peniaga online di Mudah.com.my, di Lelong.com.my dan banyak lagi laman web shopping online.

3 Langkah Mudah Berniaga Tanpa Modal

3 Langkah Mudah Berniaga Tanpa Modal
Cara Mulakan Bisnes Tanpa Modal
Teknik ini memang sudah terbukti sejak sekian lama. Cumanya, ada risiko sedikit dari segi sumber untuk mendapatkan produk sebelum dihantar kepada pelanggan atau pembeli. Pun begitu, jangan khuatir sangat, ada jawapan penyelesaian kepada setiap masalah.

Sebelum itu, saya hendak anda tahu mengenai 3 teknik ini dahulu. Ia juga adalah teknik yang pernah saya gunakan semasa saya dan isteri memulakan bisnes menjual lampin sekitar tahun 2007-2008. Ya, teknik ni dah lama dipraktikkan, cuma mungkin ada rakan-rakan yang nak mula niaga tak sedar akan hal ini, atau mungkin tak tahu cara yang paling simple untuk melakukannya.

Langkah 1 - Berniaga Dengan Konsep Pre-Order

Langkah Mudah Berniaga Tanpa Modal
Anda ambil tempahan terlebih dahulu, sebelum anda mendapatkan produk tersebut. Ini adalah konsep yang dah lama dilakukan oleh ramai peniaga yang baru nak mula berniaga, khususnya dalam bisnes online tanpa modal.

Untuk ambil tempahan Pre-Order ini ada dua syarat:
  1. Anda dah tahu harga jualan dan harga belian secara borong. Jika anda tak tahu, agak sukar anda nak tentukan keuntungan anda nanti. Anda perlu tetapkan satu harga yang membolehkan anda untung tetapi pada masa sama, pelanggan tidak teragak-agak untuk menempah.
  2. Anda tidak boleh ambil Pre-Order terlalu banyak, mesti dihadkan untuk elak sebarang risiko berlaku, contohnya ketiadaan stok.
Menerusi langkah 1 ini, anda sudah mendapatkan modal anda untuk membuat tempahan barangan. Anda boleh mendapatkan tempahan Pre-Order ini samada secara online mahupun offline. Terpulang pada anda.

Langkah 2 - Buat Tempahan Produk Yang Dipesan Menerusi Pre-Order

Cara Mudah Berniaga Tanpa Modal
Seterusnya, selepas anda menerima senarai pelanggan untuk Pre-Order ini, anda mesti lakukan langkah kedua ini dengan seberapa segera. Anda kena bina keyakinan pelanggan anda. Lebih cepat mereka terima barang yang dipesan, lebih baik untuk bisnes anda.

Anda perlu cari laman web yang menawarkan harga barangan tersebut pada kadar harga borong paling rendah. Paling penting, cari dan buat tempahan menerusi laman web yang boleh berikan anda keuntungan maksima untuk produk Pre-Order tersebut.

Langkah 3 - Hantar Kepada Pelanggan

Disebabkan anda membeli secara borong, maka harga yang anda bayar tentulah jauh lebih murah, termasuklah juga dengan kos penghantaran. Malah, untuk certain item, anda mungkin akan dapat kos penghantaran secara percuma dengan syarat anda telah lepasi jumlah tempahan minima ditetapkan.

Maka, barang yang anda tempah secara borong akan tiba pada anda. Jangkamasa barang akan sampai adalah paling minima 2-3 minggu.
Hantar Kepada Pelanggan
Setelah mendapatkan barang yang telah anda tempah secara borong ini, maka langkah seterusnya ialah menghantar barang ditempah Pre-Order tadi kepada pelanggan. Pastikan anda telah kira kos penghantaran ini ke dalam harga Pre-Order.

Atau anda boleh hubungi semula pelanggan, untuk dapatkan harga pengeposan (tidak digalakkan).

Ok, sekarang anda dah tahu tentang 3 langkah mudah ini untuk anda memulakan bisnes tanpa modal anda. Dan anda boleh melakukan bisnes ini secara online tanpa memerlukan anda menyewa kedai atau ruang niaga.

Free Report Rahsia Borong Online

Nak tahu lagi? Anda boleh muat turun secara PERCUMA satu laporan yang dedahkan bagaimana tauke-tauke bisnes dapat untung jual produk borong ini di sini - Klik dan Download (isi nama dan email)


Bisnes ini boleh dilakukan hanya dari rumah sahaja. Asalkan rumah anda cukup besar untuk terima barangan yang telah dipesan secara borong.

Sekarang, anda tentu tertanya-tanya, di manakah tempat paling sesuai dan paling menguntungkan untuk anda membuat tempahan barang secara borong ini? Salah satu tempat yang boleh anda beli secara borong untuk bisnes anda ialah laman web TaoBao, selain AliExpress dan lain-lain.

Jika nak tahu cara nak memborong secara online di TaoBao, anda boleh dapatkan panduannya di sini - Panduan dan Rahsia Borong TaoBao atau klik banner imej di bawah.

Rahsia TaoBao

Oh ya, ada satu lagi cara paling best untuk anda berniaga online, terutama menerusi laman web AliExpress, anda boleh baca mengenainya di sini - Teknik Buat Duit USD Menerusi AliExpress

Semoga bermanfaat ...

Oh ya, jangan lupa muat turun laporan percuma tu, anda setidak-tidaknya akan dapat lebih ilmu tentang bagaimana nak memborong secara online dengan lebih selamat, muat turun sekarang sebelum 18 Ogos 2017 ... klik pautan diberikan dan isi nama serta email ye. Tak rugi pun .. sebab ianya percuma - Download Sini

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nak start tanpa modal tu memang agak sukar,modal tu kena ada juga sebenarnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sedikit sebanyak sebenarnya memang perlu ada. Tapi tak adalah sampai bebankan sangat

      Delete
  2. banyak juga risiko kalau buat bsnes preorder. risau betul kalau kena tipu dgn supplier.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  3. macam best sahaja buat perniagaan tanpa modal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Affiliate pun dikira perniagaan tanpa modal .. huhu

      Delete
  4. Paling penting modal ilmu tu..bile mula dengan modal rendah if gagal pun xla merana sangat.. Huhu..

    Yang penting kene belajar dan praktikkan ape yg dipelajari :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Tak praktikan mmg nanti akan makan diri

      Delete
  5. Rupanya boleh juga berniaga dengan gunakan modal minumum kan.. tiada alasan lagi kalau nak berjaya dalam berniaga ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement