Tips Adsense untuk blogger. Hari ini, saya nak kongsikan tips dan petua berkaitan Google Adsense. Ia tips pemula untuk mereka yang bercita-cita untuk mendapatkan sebuah akaun Adsense penuh (full account/bukan hosted).

Ramai blogger yang teringin sangat jana income secara sampingan menerusi blog mereka. Google Adsense adalah salah satu cara darinya. Ada banyak lagi kaedah untuk buat duit online menerusi blog, tetapi pada fikiran saya .. Adsense adalah cara termudah, dan paling syok kerana anda terima bayaran dalam USD.

3 Perkara Perlu Tahu Tentang Proses Mengaktifkan Adsense

Perkara Perlu Tahu Tentang Proses Mengaktifkan Adsense
Ramai di kalangan blogger baru yang memohon untuk mendapatkan akaun penuh Adsense tidak faham mengenai tahap dan proses untuk pengaktifan sesebuah akaun Adsense.

Untuk itu, saya berikan panduan serta tips berikut untuk difahami dan mungkin boleh diikuti untuk mendapatkan akaun Adsense penuh.

Proses Pertama

Selepas anda mendaftarkan diri anda untuk sebuah akaun Adsense, anda akan diminta untuk login pertama kali ke laman web Adsense. Sebelum anda boleh meletakkan sebarang iklan Google Adsense di blog anda, anda perlu melalui proses aktivasi akaun dengan melakukan 3 perkara berikut:
  1. Link blog (dengan nama domain sendiri) ke akaun Adsense anda.
  2. Menyediakan butiran alamat rumah atau pejabat untuk pembayaran income
  3. Verifikasi nombor telefon anda
Penting untuk anda melengkapkan 3 proses ini terlebih dahulu sebelum pihak Google Adsense mengaktifkan akaun penuh Adsense anda. Jika tidak, proses mengaktifkan akaun penuh Adsense anda akan terbantut dan terganggu. Ia akan melambatkan dan seterusnya boleh mengecewakan anda.

Tips untuk cepatkan proses - semasa daftar Adsense gunakan alamat email dengan nama domain anda, contohnya: editor@hasrulhassan.com atau owner@hasrulhassan.com. Selalunya, anda boleh dapat email seperti ini apabila anda beli nama domain anda. Kebanyakan penyedia servis daftar nama domain, akan berikan ia secara percuma. Kebarangkalian akan menjadi 3 kali ganda untuk akaun Adsense anda dipercepatkan proses verifikasi.
Penting - Apabila mengisi borang permohonan, pastikan anda meletakkan nama sebenar anda seperti nama di dalam akaun bank anda. Jika nama dalam akaun bank anda tertulis 'Hasrul Bin Hassan', maka isi 'Hasrul Bin Hassan', jangan tinggalkan 'Bin' tersebut. Kalau tidak, anda bakal hadapi masalah untuk proses automatik pindahan income Adsense ke akaun bank anda kelak!

Proses Kedua

Seterusnya, pihak Adsense akan secara automatik membuat review atau penilaian ke atas keseluruhan blog atau laman web anda (dengan nama domain sendiri). Penilaian akan dibuat samada ia tidak melanggar mana-mana terma, syarat serta polisi Adsense.

Selalunya, pakar dari Adsense akan ambil masa kurang dari sehari untuk membuat penilaian ini, pun begitu untuk sesetengah kes, ia mungkin mengambil masa lebih lama. Ada kes dalam rujukan saya mengambil tempoh sehingga 3 bulan untuk terima balasan email dari pihak Adsense.

Proses Ketiga

Perkara Perlu Tahu Tentang Proses Mengaktifkan Adsense
Setelah itu, pihak Adsense akan menghubungi anda menerusi email memberitahu mengenai keputusan review tersebut. Jika terdapat sebarang perlanggaran polisi atau ada yang tidak kena dengan blog atau laman web anda, mereka akan minta anda untuk buat ubahsuai atau pembetulan. Mereka jarang reject terus permohonan anda, jadi baca panduan yang diberikan di dalam email tersebut nanti.

Tahniah jika sudah lulus!

Seandainya permohonan anda diluluskan, maka langkah seterusnya ialah untuk set-up atau meletakkan iklan Adsense di dalam blog anda untuk mula menjana income online dalam USD.

Orait. Ada banyak jenis iklan Adsense yang boleh anda letakkan di dalam blog atau laman web anda, cadangan saya ialah ambil dan gunakan iklan jenis responsif yang mempunyai kadar klik lebih tinggi dari mana-mana jenis iklan Adsense yang disediakan.

[Baca] 9 Tips Adsense Perlu Diikuti

Untuk letakkan iklan Adsense di dalam blog, hanya ikuti saja panduan yang diberikan langkah demi langkah yang disediakan di dalam dashboard akaun penuh Adsense anda.

Point Penting Perlu Anda Ambil Serius

Point penting untuk melancarkan aktivasi akaun penuh Adsense anda:
  • Salin kod scripts Adsense yang disediakan dengan betul, jangan tinggalkan apa-apa.
  • Letakkan kod Adsense itu di blog atau laman web yang anda daftarkan. Jangan letak kod tersebut di blog atau laman web lain selagi akaun penuh Adsense anda belum disahkan atau diaktifkan sepenuhnya.
  • Letakkan iklan Adsense di bahagian yang sering terima trafik. Jangan letakkan iklan Adsense pada ruangan Contact Me, atau bahagian Disclaimer atau bahagian page lain. Paling mudah, anda letakkan kod Adsense tersebut samada di dalam post, di bahagian akhir post anda atau di bahagian sidebar blog anda. Boleh juga diletakkan di bawah header, tetapi kena pastikan jangan terlalu rapat dengan bahagian navigasi blog atau laman web anda. Banyak permohonan kena review banyak kali disebabkan iklan yang diletakkan sangat hampir dengan menu. Jangan sesekali buat pop-up, atau buat jenis iklan melekat tu ... selagi belum dapat akaun Adsense penuh. 
Untuk meringankan beban untuk fahami dan bagaimana untuk daftar serta mendapatkan akaun penuh Adsense, anda boleh dapatkan Panduan Adsense Revive secara online menerusi pautan berikut:



Hint: Gunakan kod diskaun "HasrulHensem" untuk potongan RM20 ye.

Semoga bermanfaat.

13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Terima kasih, harap ada yang ambil perhatian mengenai tertib dan langkah Adsense nak approved akaun penuh ni.

      Delete
  2. Pernah adsense bertapak 5 hari je . Lepas tue kena tarik balik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhh kenapa tu? Guna hosted-account? Selalunya kalau guna full-account, ia akan bantu untuk aktifkan balik, sbb dia akan email dan beritahu apa perlu di lakukan.

      Delete
  3. ntah bilalah mampu ada adsense ni

    ReplyDelete
  4. sudah berkali kali di reject semalam datang email adsense suruh apply lagi haha....adakah ini dinamakan cinta wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita link dengan Google Analytic, dia nampak blog banyak terima trafik dari carian, jadi dia akan hubungi untuk minta apply kembali. Sama macam Youtube, kalau video kita viral, dia akan minta kita untuk monetize.

      Delete
  5. dah reapply lepas kena banned..sampai sekarang x de balasan email dr google adsense..dah hampir 2 bulan..dah beli buku panduan adsense revive tu tp tak berjaya gak..tak tahu salah kat mn..hihi..www.kickstory.net

    ReplyDelete
  6. Terima kasih HH..
    Banyak menimba ilmu dari blog HH sehingga berjaya dapat akaun adsense..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  7. EN Hasrul....ada apa2 bayaran kah bila nak daftar adsense ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement