Resepi Hasilkan Pes Tomyam Kaw. Saya antara peminat masakan Tomyam Thai. Kalau di rumah, nak masak sendiri .. saya akan beli Pes Tomyam keluaran Thailand. Ia memang ada dijual di pasaraya-pasaraya besar seperti Mydin, Tesco, Giant dan sebagainya. Malah, kat kedai runcit yang besar seperti Supermarket pun ada dijual pes tomyam ni.

Kalau tak memasak, dan orang lain tak rasa nak makan tomyam, saya akan ke kedai. Selalunya, saya akan pilih kedai favourite keluarga kami samada Balak Inn atau Selera Intan di Parit Buntar. Kadang kalau nak dapat makan udang besar-besar, kami akan makan Tomyam Sri Dayang .. fuh..

Resepi Hasilkan Pes Tomyam Kaw

Resepi Hasilkan Pes Tom Yam Sedap Pekat
Cara Nak Buat Pes Tom Yam Sendiri
Tapi itulah, kadang bukan semua orang suka makan di kedai, apatah lagi bila harganya tu agak kurang berpatutan. Ada yang kata, lebih baik buat tomyam sendiri guna pes tomyam sendiri.

Kalau buat pes tomyam sendiri, bolehlah adjust ikut kena dengan rasa dan selera, ye tak? Barulah nanti resepi tom yam anda power .. uhhh dap dap ...

Untuk itu, saya kongsikan satu resepi untuk menghasilkan pes tomyam yang pekat atau kaw. Resepi ini adalah resepi menghasilkan pes tomyam yang dikongsikan oleh Puan Norashikin Hasan. Ia antara resepi berkaitan pes tomyam yang paling popular di laman sosial, dan sudah dikongsi lebih daripada 15 ribu kali.

Bahan-Bahan Hasilkan Pes Tomyam

Bahan-Bahan Untuk Hasilkan Pes Tom Yam Kaw
Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
  • 2 biji bawang besar
  • 4 batang serai (letak lebih kalau serai kurus)
  • 2 biji cili hidup merah
  • 5 hiris lengkuas
  • 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
  • 4 sudu makan udang kering
  • 10 ekor ikan bilis (jika suka kalau nak lebih rasa kaw kaw seafood)
  • 4 inci belacan
  • 3 sudu cili kering siap kisar
  • Air asam jawa, gula perang, garam asli

Bagaimana Nak Menyediakan Pes Tomyam

Resepi Hasilkan Pes Tomyam Kaw
Cara Penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar sampai lumat.
    Cara Nak Sediakan Pes Tom Yam Sedap
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak. Guna api perlahan. Waktu ini bau tomyam akan naik.
  3. Bila pecah minyak, masukkan air asam jawa, dan gula perang. Kacau.
  4. Tutup api. Masukkan garam asli (saya suka pakai garam asli sebab ia bersifat detox, boleh buang toksin berlebihan dalan badan)
  5. Apabila pes dah sejuk masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Menurut Puan Norasyikin, mahu pes tomyam yang lebih pedas, masukkan beberapa biji cili api semasa memasak. Fuhh .... kalau saya, tentu banyak yang saya letak nihhh ....

Amacam? Nampak best tak? Cuba bandingkan dengan resepi penuh Tom Yam Thai yang pernah saya kongsikan tu. Baca terus di sini - Resepi Tomyam Asli Siam

15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Boleh cuba ni. Mungkin ada lari sikit rasanya kot tapi tak cuba tak tahu. Biasa tu saya pun beli pes tomyam Thailand yang dijual di Tesco je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak lebih rasa tomyam, daun limau purut tu leh tambah kot

      Delete
  2. Replies
    1. Sama-sama .... :) jangan lupa untuk cuba resepi Tum Yam ni .. hoho ..

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahaa... uhhh ... apalagi, teruslah cuba di rumah kalau dah ada bahan2 tu

      Delete
  4. Lepas nie, boleh la nak buat pes tomyam sendiri ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau selalu buat tom yam ok ni .. lagi2 lau berniaga restoran makanan yang ada jual Tum Yam Thai .. hoho

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement