Tips ini saya sediakan sebab saya dapat rasa ada di kalangan suami yang hadapi kesukaran nak layan tetamu yang datang ketika isteri pantang bersalin dan nak tengok cahayamata baru lahir. Memang adat dalam masyarakat Melayu menziarah ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk ucap tahniah pada pasangan dan nak lihat bayi baru lahir.

Tapi, timbul masalah terutama buat si suami macam saya. Masalah apa? Masalah - apa nak dijamu pada tetamu, bagaimana nak layan tetamu yang datang? Takkan nak harap pada isteri yang dalam pantang bersalin pula, ye tak?

Tips Layan Tetamu Bila Isteri Pantang Bersalin

Tips Layan Tetamu Bila Isteri Pantang Bersalin
Ini cara saya layan tetamu yang datang ketika isteri saya pantang bersalin anak saya Hasif Najmi yang sekarang sudah berusia 6 bulan (lahir bulan Jan 2017). Idea ni muncul bila saya hadapi masalah nak sediakan makan minum untuk tetamu yang bertalu-talu datang ziarah.

Jadi, apa yang saya buat?

Buat Persediaan Sebelum Isteri Bersalin

Sebelum isteri saya bersalin, saya dah beli berkarton-karton air kotak, serta berbungkus-bungkus makanan segera seperti kerepek pedas, kerepek pisang, kerepek ubi, gula-gula (untuk kanak-kanak), makanan dalam tin, serta biskut.

Bila tetamu datang je, terus keluarkan air kotak dari peti ais dan kerepek-kerepek yang tersimpan rapi dalam bekas jenama Tupperware. Terus je hidang. Simple dan mudah bagi saya.

Mungkin sesekali, saya akan sediakan air macam teh atau kopi. Tapi, kalau dah ramai yang datang ziarah, susah juga tu .. Susah kenapa? Susah nak cari cawan cantik-cantik, pinggan mangkuk dan yang berkaitan.

Jika datang selang-selang masa ... ok lagi, tapi kalau yang datang tu bertalu-talu .. uhh kalut gak tu. Jadi, cara simple .. saya sediakan air kotak dan kerepek.
[Dah Baca?] Bahaya Mandi Air Panas Pada Ibu Hamil
Tapi, kenalah beritahu supaya tetamu sedar akan situasi anda sebagai suami yang mungkin tak mahir selok-belok dalam dapur .. apatah lagi nak memasak, menyediakan hidangan dijamah.

"Minta maaf semua, saya mampu sediakan air kotak dengan kerepek je .. nak masak bihun .. mee goreng .. karang tak luak pula .. " sambil berikan senyuman paling manis.
Tips Layan Tetamu Bila Isteri Pantang Bersalin
Tips Layan Tetamu Bila Isteri Pantang Bersalin

Selalunya tetamu akan ok, sebab anda sebagai suami yang sediakan dan hidang. Nampak anda sebagai seorang suami yang caring, dan hormat tetamu yang datang walaupun ada kekurangan. Inisiatif tu yang orang akan nampak.
[Dah Baca?] Bahaya Ikan Haruan Pada Isteri Pantang Bersalin
Jangan sampai tetamu datang, anda sebagai suami buat tak tahu je ... atau tak hidang apa-apa. Buat donno je walhal yang datang tu ada rasa kehausan dan dahaga. Paling tidak, sediakan atau hidangkan air .. in Sha Allah, mereka yang hadir akan faham situasi.

Lepas tu, jangan sesekali anda benarkan isteri anda yang baru bersalin baby baru untuk buat kerja-kerja ni ketika tetamu hadir... uhhh .. tak kesian ke apa?

Dua benda baik anda telah lakukan, iaitu hormati tetamu dan bantu isteri.
[Dah Baca?] Cuti Bergaji 4 Bulan Untuk Suami Jaga Isteri Lepas Bersalin
Dan katakan anda, sebagai suami tak ada di rumah, cara ini juga mudah untuk anak-anak lain nak bantu isteri anda melayan tetamu. Isteri juga tak perlu nak kerja keras. Hanya ambil air kotak dari peti ais, kerepek dari almari dapur .. setel.

Semoga perkongsian simple ini ada manfaat buat anda.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Perkongsian penting untuk panduan bakal bapa. Ada sedikit juadah pun dah ok, rasanya tetamu pun memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tetamu yang datang semua ok. Tapi rambut sama hitam, dalam hati tiada siapa yang tahu.

      Delete
  2. Ok la ne HH, tetamu yang datang faham bukan semua suami mahir selok belok dapur Puan Isteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe .. ok .. terima kasih. Errr puji saya ke ni? ekekeke

      Delete
  3. sebab tu penting kerjasama antara suami isteri

    ReplyDelete
  4. cool. salute la tuan HH kreatif gitu. betul lah tu.madam kalau boleh nak jamu guest dengan air kotak jugalah sekali sekala. erk!

    ReplyDelete
  5. elok lah ada panduan ni, harapnya ramailah suami atau bakal suami yang baca entri nih

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement