Tips memilih mana yang sesuai untuk masuk ke IPT. Saya nak kongsikan sedikit tips berkaitan pendidikan peringkat tinggi. Walaupun agak lari sedikit dengan kebiasaan saya menulis, tapi saya fikir ia penting untuk rujukan masa akan datang. Yelah, anak sulong saya sudah pun berada di tingkatan satu, kena setkan hala tuju masa depan dari sekarang.

Sebenarnya ramai juga lepasan graduan, mahupun yang sedang menuntut di IPT hadapi masalah untuk dengan subjek, matapelajaran atau kursus yang mereka ambil. Antara sebabnya ialah kesilapan memilih IPT yang sesuai dengan kursus, dan juga tersilap memilih kursus yang sesuai dengan minat dan latar akademik.

5 Tips Memilih Masuk ke IPT

5 Tips Memilih Masuk ke IPT
5 Tips Memilih Masuk ke IPT
Hari ini, saya nak kongsikan beberapa tips untuk elakkan bakal siswazah tersilap memilih IPT. Bukan semua IPT ada keupayaan untuk optimakan bidang dan pengkhususan. Contohnya, kalau anda berminat bidang guaman, takkan nak pilih masuk ke IPT yang memang terkenal dengan RnD pasal sains dan teknologi.

Walaupun IPT tersebut ada tawaran kursus atau program berkaitan guaman, namun fasiliti yang ada lebih menumpukan, atau lebih baik untuk sains dan teknologi; maka pada pendapat saya ... wajar diletakkan IPT tersebut di senarai akhir pemilihan kemasukan IPT untuk kursus guaman.

Bukan setakat itu sahaja, tips yang akan diberikan juga akan bantu bakal siswazah untuk berjimat, dan kurangkan kos belajar. Yelah, banyak manalah sangat biasiswa mahupun pinjaman pelajaran diberikan oleh kerajaan dan syarikat swasta ni.

Silap-silap kena daftar Jobdirumah untuk buat kerja sampingan ketika cuti ... huhu.

Ok. Jom lihat dan baca beberapa tips yang saya nak kongsikan ini sebagai panduan memilih IPT yang sesuai dengan anda.

Tips Pertama : Kelayakan Kursus

Dalam IPT ada kursus Diploma dan Ijazah. Mari lihat yang paling minima, iaitu Diploma. Hampir semua kursus diploma memerlukan syarat 5 kredit dalam SPM dan lebih dari 5 kredit di peringkat matrikulasi.

Secara logiknya lebih banyak kredit atau gred A akan membuka peluang lebih cerah untuk mendapat tempat. Ini kerana anda berdepan dengan saingan daripada rakan yang mendapat keputusan SPM lebih cemerlang. Subjek khusus yang berkaitan dengan kursus yang dipilih selalunya akan menentukan sama ada kita terpilih atau tidak.

Contohnya, pelajar yang pernah mengambil subjek IT semasa SPM akan lebih kompeten dan mendapat prioriti berbanding pelajar yang tidak pernah mengambil subjek tersebut.

Tetapi, tahukah anda bahawa ada IPT yang hanya meletakkan syarat minima 3 kredit trial SPM sahaja untuk melayakkan pelajar menyambung pengajian peringkat Diploma?


Tips Kedua : Akreditasi MQA (Malaysian Qualifications Agency)

Akreditasi ini merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Malaysia Qualification Agency (MQA) kepada kursus-kursus yang ditawarkan di IPT seluruh Malaysia.

Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF).

Penyelarasan ini bagi membantu pemohon mengenalpasti perakuan serta bagi menjamin masa depan sekiranya mengambil kursus yang ditawarkan.

Bagi mengenalpasti Perakuan Akreditasi setiap program IPTA / IPTS boleh rujuk di lamam sesawang berikut:

Tips Ketiga : Kemudahan Di IPT

Kemudahan dalam IPT
Antara perkara penting yang harus diambil kira selain kursus dan akreditasi ialah kemudahan IPT tersebut. Pasti anda tidak mahu belajar di IPT yang fasilitinya uzur dan tidak mencukupi, bukan?

Kemudahan pertama yang wajib dikaji ialah kemudahan pembelajaran secara praktikal. Kemudahan ini selalunya yang akan mengalami kekurangan kerana diguna pakai oleh pelajar lain. Pastikan kemudahan ini di dalam keadaan memuaskan terlebih dahulu.
Paling penting, ia mesti relevan dan mencakupi bidang serta pengkhususan yang anda belajar. Kalau tidak, anda mungkin perlu keluarkan kos tambahan nanti, seperti terpaksa mencari bahan rujukan atau tempat untuk mendapatkan bahan bagi kerja kursus atau projek.

Kemudahan lain yang harus dipertimbangkan termasuklah infrastruktur (ruang kuliah, makmal, bengkel, etc.) yang mencukupi, selamat dan selesa.

Juga, kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti kemudahan rekreasi, kaunseling dan aktiviti kokurikulum. Berada di IPT bukan setakat menjadi pelajar cemerlang dalam akademik, tetapi juga perkara lain. Malah, kemudahan ini secara tak langsung akan bantu anda dalam pembelajaran. 

Tips Keempat : Lokasi

Lokasi? Mengapa lokasi?

Cuba bayangkan IPT yang letaknya di kawasan terpencil yang susah untuk dilawati, dan IPT yang letaknya di tengah tengah bandar yang setiap 5 minit ada pengangkutan awam lalu. Anda perlu cari lokasi IPT yang pada umumnya ada kemudahan yang baik dari segi pengangkutan, apatah lagi jika anda memilih untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai mode utama pergerakkan anda.
Tips Masuk IPT - Panduan Memilih Yang Sesuai
Jika anda pilih lokasi yang agak jauh dan terpencil, kos untuk berada di IPT akan bertambah disebabkan tiada kemudahan pengangkutan awam yang bagus. Apatah lagi bila anda tidak diberikan kemudahan penginapan di asrama.

Salah satu pilihan yang baik ialah pilih IPT yang ada sediakan servis pengangkutan awam secara percuma, seperti bas dalam kampus atau servis bas balik kampung/destinasi tertentu.

Ya, sebab itulah pentingnya mengambil tahu di mana lokasi sesebuah kampus itu. Tak kenal maka tak cinta, bukan?

Tips Kelima : Jaminan Kerja

Sudah terlalu banyak IPT di Malaysia ini. Tapi, point terakhir yang paling penting perlu diambil kira dalam pemilihan IPT ialah Jaminan Kerja.

Bagaimana kalau saya katakan ada IPT yang mempunyai 90% kadar graduan bekerja 3 bulan selepas graduasi? Ada juga IPT yang menyerap terus graduan sebagai pekerja di syarikat internasional? Anda perlu tahu fakta-fakta penting ini. Dan sukacita diingatkan bahawa senarai IPT akan berubah dari semasa ke semasa, IPT yang berada top pada tahun 2016, tidak semestinya akan kekal top di tahun 2017.


Bagi kebanyakan orang yang mahu masuk IPT, mereka jarang membuat kajian dan penelitian soal-soal di atas. Pada mereka yang penting ialah dapat masuk U ... walhal bila dah buat keputusan untuk masuk U tertentu, dah daftar .. dah kira terikat dah, nak keluar atau tukar IPT .. boleh je, tapi sayanglah kerana perlu bazirkan masa, tenaga dan juga wang ringgit.
Tips masuk IPT di atas mungkin akan bantu untuk dapatkan keputusan yang bukan sekadar cukup makan. Ramai graduan serta lepasan IPT yang gagal untuk dapatkan kerja kerana latar akademik tak begitu kuat dan IPT pula tiada rekod yang baik untuk pelajar lulusan mereka yang diterima bekerja selesai tamat.

Majikan sekarang juga lebih tekankan soal keupayaan praktikal, seperti melihat kerja kursus, projek yang telah dibuat, tempat praktikal dan sebagainya. Perkara ini jika IPT tidak menyediakan kemudahan, akses dan peluang; maka susahlah pelajar nak cemerlang.

Ramai saya lihat belajar dalam bidang lain, tetapi kerja dalam bidang lain ... hehehe .. termasuklah saya sendiri. 
Jaminan kerja selepas tamat belajar

Namun, saya beruntung kerana saya dapat kerja di USM, dek kerana saya berkelulusan ijazah dari USM, setidaknya IPT saya telah bantu saya dapatkan kerja walaupun sekadar staff kontrak.

Oh ya, bukan bakal pelajar IPT sahaja patut ketahui tips ni, ibu bapa macam saya pun perlu tahu juga .. penting ni untuk bantu anak-anak memilih. Jangan harap 100% pada anak untuk buat keputusan masuk IPT, bantu mereka terutama dari segi buat kajian atau cari maklumat berkaitan perkara yang telah saya sebutkan di atas.

Moga bermanfaat.

Kredit artikel asal - http://jommasukipt.blogspot.my/

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya tak sempat untuk masuk IPT..

    ReplyDelete
  2. Jaminan kerja tu la yang paling saya tak pandai nak tengok dulu masa nak pilih IPT.... So adik-adik, sila la banyak buat research..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm itulah, sepatutnya dah boleh cari semasa pbuat praktikal.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement