4 September 2017 diumumkan sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen negara muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2017 yang menutup tirainya, 30 Ogos 2017.
4 September Cuti Umum Sempena Kejayaan Sukan SEA KL2017
Berita ini mengesahkan desas-desus sebelum ini bahawa Malaysia akan bercuti kerana kejayaan cemerlang menjadi juara keseluruhan temasya sukan Asia Tenggara ini.
Malaysia diangkat sebagai juara keseluruhan untuk edisi ke 29 selepas mengutip 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa, sekali gus mengetepikan juara bertahan Thailand di kedudukan kedua.
Memetik daripada portal berita BERNAMA.
Memetik daripada portal berita BERNAMA.
"Saya bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak mendapat cuti umum.
"Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian atlet kita yang cemerlang, maka dengan ini saya bagi pihak kerajaan mengumumkan cuti umum pada hari Isnin ini," kata Perdana Menteri pada majlis penutup KL2017 dan Ambang Kemerdekaan Ke-60 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Di dalam majlis penuh gilang gemilang dan emosi tersebut, Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada semua atlet negara serta semua pihak yang memastikan kejayaan penganjuran Sukan SEA ke-29 ini.
Tahniah Malaysia
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat semua yang telah berjaya mengharumkan nama negara. Dan tidak lupa pada semua yang telah terlibat sebagai sukarelawan dan pegawai pertandingan yang bertungkus-lumus memastikan penganjuran kali ini berjalan lancar.
Alhamdulillah, saya suka benar dengan pengumuman cuti 4 September 2017 ini. Maka, dapatlah rakan-rakan semua berehat lebih panjang apatah lagi ia selari dengan cuti sempena Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada 1 September 2017.
Sekali lagi tahniah kontinjen Sukan SEA 29 Malaysia.
Yeyy dapat cuti. So balik KL selasa pagi lah citernya. Yuhuu ..
BalasPadamcuti panjang sangat kekadang sampai taktau nak buat apa..nak gi jalan, jalan plak jem
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.