Jika dah baca tentang MAPS Perak, anda tentu dah tahu dalam taman tema animasi pertama Asia ini ada beberapa zon. Salah satu zon yang menarik buat saya dan anak-anak ialah Live Action Zone. Dalam zon ini anda bakal dipersembahkan dengan aksi stunt secara live daripada Stunt Legends MAPS.
Aksi Stunt Legends Movie Animation Park Studios Perak
Live Action Zone adalah salah satu daripada enam zon yang ada dalam Movie Animation Park Studios Perak. Ia merupakan zon yang menampilkan persembahan stunt atau lagak ngeri membabitkan kereta dan motorsikal.Persembahan ini dijayakan oleh pakar lagak ngeri tempatan dan luar negara. Saya fikir lebih daripada 20 orang kot terlibat untuk menjayakan persembahan di Live Action Zone MAPS ni. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Stunt Legends.
Jika anda seorang peminat aksi lagak ngeri, zone MAPS ini mungkin satu yang menarik untuk anda jika berkunjung ke MAPS Perak.
Pertunjukkan aksi lagak ngeri atau stunt ini bukan dibuat sepanjang masa. Ada waktu telah ditetapkan, jadi anda kena alert. Pihak MAPS akan maklumkan kepada anda bila waktu berlansungnya pertunjukan live Stunt Legends ini.
Persembahan akan dimulakan dengan pengenalan siapa itu Stunt Legends. Ada dua pengacara antarabangsa yang akan mengacarakan sesi pengenalan ini. Mereka berdua akan memberitahu apa yang perlu anda buat pada setiap pertunjukkan sedang berlansung.
Kemudian, persembahan diteruskan dengan penampilan deejay dan dua lagi pengacara pertunjukkan.
Selepas itu, barulah muncul kereta dan motorsikal bersama Stunt Legends. Kemunculan memang mengujakan para penonton, di sebalik bunyi bingit yang agak kurang selesa pada pendengaran bayi dan anak kecil.
Baby Najmi, menangis sebaik sahaja pertunjukkan aksi lagak ngeri dibuat. Maka, terpaksalah isteri saya bawa keluar. Tinggalkan saya bersama anak-anak saya yang lain.
[Dah Baca?] Pengalaman Bercuti dan Menginap di Salak Denai, Chalet Dengan Kolam Mandi PeribadiTak dapat nak bercerita tentang aksi yang dibuat, saya kongsikan beberapa gambar semasa menonton pertunjukkan Stunt Legends ini ...
Gambar Aksi Stunt Legends di MAPS Perak
Jika anda seorang yang dah biasa dengan melihat aksi lagak ngeri, apa yang dipertunjukkan di Live Action Zone MAPS ini bukanlah sesuatu yang boleh membuatkan jantung berdegup kencang. Tetapi, untuk anak-anak, ia mungkin satu pengalaman baru buat mereka.Anak-anak saya cukup seronok melihat pertunjukkan ini. Malah, mereka ajak saya untuk tonton persembahan Stunt Legends ini di hari kedua kami masuk ke MAPS Perak.
Perkara Perlu Diambil Perhatian
Orait, sebelum saya akhiri cerita ... ada beberapa perkara perlu anda tahu sebelum bawa keluarga masuk melihat pertunjukkan stunt di Live Action Zone MAPS Perak ni.- Suasana akan bingit dengan bunyi deruan kereta dan motorsikal, maka tak sesuai untuk bayi dan anak kecil.
- Bau tengik petrol dan asap kereta akan penuhi udara sekitar. Jika ada topeng muka, silalah pakai.
- Jika anda bawa anak-anak ke zone ini, duduklah di bahagian belakang dan tidak terlalu dekat dengan aksi persembahan.
- Anda perlu seorang yang sporting untuk memeriahkan suasana pertunjukkan ini.
- Tak sesuai untuk anda tonton sambil makan minum .. hehehe...
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Wow. Memang menarik jyga nie..
ReplyDeleteMemang thril la kalau dapat tengok
mmg dalam list nk g MAPS - ada stunt man
ReplyDeletewah.gempak la..menarik, xnyah g luar negara dh
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.