Bahaya Ambil Vitamin & Zat Galian Berlebihan. Ramai antara kita yang gemar ambil supplement. Yelah, sibuk la katakan, sampai pemakanan pun nak kena ada gantiannya. Uhh macam-macam ambil, vitamin itulah, inilah. Errrr apa tu ... jus inilah, jus itulah ... dari macam-macam jenama pulak tu.

Tapi awas, macam paracetamol gak, jika ambil lebih-lebih ... lagi pening kepala dibuatnya. Jadi gitulah kesannya dengan vitamin mahupun bahan mineral dari supplement.

Bahaya Ambil Vitamin dan Zat Galian Berlebihan

Bahaya Ambil Vitamin dan Zat Galian Berlebihan

Vitamin larut lemak umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi.
Bahaya Ambil Vitamin dan Zat Galian Berlebihan

Vitamin A yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kering/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan. Lemah badan dan pusingan haid tidak menentu adalah gejala biasa namun dalam keadaan yang teruk boleh menyebabkan sakit tulang serta pembesaran hati dan limpa.

Beta kerotin dalam dos yang tinggi pula boleh menyebabkan kulit bertukar warna oreng kekuningan dan bagi wanita yang mengandung boleh menyebabkan kecacatan.


Vitamin D yang diambil berlebihan boleh menyebabkan simpanan luar biasa kalsium pada tisu lembut, dinding salur darah dan buah pinggang. Ia juga merencat tumbesar pada kanak-kanak.

Pengambilan kalsium berlebihan pula boleh mengurangkan amaun penyerapan zat besi dan zink dan menyebabkan sembelit dan loya. Risiko terjadinya palpitasi adalah tinggi dan simpanan kalsium yang banyak pada buah pinggang boleh menyebabkan batu karang dan merosakkan buah pinggang.

Zat besi yang berlebihan pula menyebabkan ianya terkumpul dalam organ badan mengakibatkan kegagalan jantung, penyakit hati dan kencing manis. Pengambilan potasium/sodium menyebabkan ganggunan yang serius kepada rentak denyutan jantung dan merosakkan saraf/buah pinggang.

Jadi, hati-hati dengan pemakanan sampingan yang anda ambil. Sila baca label dan ikuti dos yang telah diberikan - jika boleh sila dapatkan nasihat doktor atau dietician.

Beringat sebelum terjadi mudarat ye ... ia juga ingatan untuk diri saya yang dah semakin tua ni. Bila makin tua, vitamin dan supplemen tambahan tentu menjadi antara diet bulanan samada hendak atau tidak.

Semoga bermanfaat buat semua.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ya sebab itu penting ikut dos dan ambil supplement yang ada kajian pihak ketiga.

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang baik. Terima kasih tuan tanah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement