Wow. Boleh beli motor baru dengan wang muka cuma RM2 sahaja! Lepas tu tak perlu ada penjamin dan anda tidak perlu memiliki lesen memandu.
Beli Motor Wang Muka RM2, Tanpa Penjamin dan Tak Perlu Lesen
Pada awalnya saya ingatkan satu gimik untuk tarik perhatian orang, tetapi selepas saya bertanya sendiri pada gadis yang mempromosikan jualan ini, rupanya memang kedai motorsikal tersebut tawarkan pembelian motor baru dengan wang pendahuluan atau wang muka cuma RM2 sahaja.Promosi Luar Biasa Untuk Miliki Motorsikal Baru
Dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan, slip gaji atau buku bank. Anda tak perlukan penjamin, anda tak perlu nak sediakan salinan lesen memandu. Uuiksss .. tak ada lesen pun boleh miliki sebuah motorsikal ehhh ...Bukan beli motorsikal second-hand ye, tetapi motorsikal baru yang masih kilat-kilat bersinar tanpa nombor pendaftaran. Fuh .. pastu boleh beli dengan wang muka RM2 dari pelbagai jenama motorsikal terkenal termasuklah Honda, Yamaha, SYM, Demak dan Modenas.
Promosi lain macam ni. Anak-anak saya pun macam tak percaya bila baca banner dan kain rentang promosi yang ada di situ.
Lokasi Kedai
Kedainya kecil sahaja. Ada dua kedai motorsikal bersebelahan dengan kedai ECO RM2 yang terletak di belakang restoran Mc Donalds Seri Iskandar, Perak. Alaa .. dekat tempat jual borong kain-kain dan karpet tu .....Ia satu promosi yang cukup menarik bagi saya. Nasib baiklah saya tak ada keinginan untuk miliki sebuah motorsikal baru. Kalau tak, mungkin saya dah rembat sebijikk .. hahaha...
Saya tak pasti samada kat tempat lain ada promosi macam ni. Namun, kalau anda nak beli motorsikal baru dengan wang muka serendah RM2, tanpa penjamin, tanpa cagaran, tanpa perlu ada pun lesen motorsikal .. bolehlah pergi ke lokasi yang saya maksudkan tadi.
Cuma saya nak ingatkan sahaja, hati-hati dengan tempoh bayaran bulanan yang dikenakan kepada anda. Saya diberitahu, motorsikal baru wang muka RM2 ini boleh dibeli dengan ansuran 5 tahun, dengan RM150 setiap bulan. Ini bermakna, jumlah sebenar anda bayar untuk beli motorsikal baru ini adalah dua kali ganda dari harga sebenar jika beli tunai! Huhu ...
selalunya macamtu..strategi perniagaan..sabo jela..
ReplyDeletekat sini dalam econsave duit muka RM1..huhuhu tapi tulah kena pandai buat kira-kira...kalau tak..memang tak sedar total sebenar yang di bayar untuk sebiji motor tu...huhuhuhu
ReplyDeletesng gila mcm tu...
ReplyDeleteHaaa kan, patutlah ramai ada motor tapi tak ada lesen
DeleteLoan aeon credit ni..
ReplyDeletemintk no telefon utk deal
ReplyDeleteMcm mna nk applay
ReplyDeleteUntuk kedai motor ni selalunya kena banyak survey dulu. Saya pun survey online supaya tak kena tipu kalau pi kedai terus
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.