Ikan segar kat sini pun harganya tak berapa mahal. Boleh merasa makan ikan-ikan mahal dengan harga yang tak cekik darah. Dan satu lagi yang best, boleh borong aiskrim dari kilang.
Borong Aiskrim dari Kilang
Jika anda tinggal di Parit Buntar, walaupun bergaji kecil ... in Sha Allah, kehidupan akan rasa selesa. Ini nikmat Allah berikan kepada penduduk kawasan ini yang merupakan kawasan Parlimen PAS sejak dua penggal yang lalu....hehehehe....Oppss, saya bukan nak cerita pasal politik. Tapi nak beritahu hakikat dan fakta sahaja. Mungkin ada yang tak berapa nak gemar... huhu..
Kilang Aiskrim di Nibong Tebal, Penang
Ok, berbalik pada cerita asal. Di sini, ada satu kilang pembuatan aiskrim. Ia terletak di pekan Nibong Tebal. Tak jauh dari pekan Parit Buntar. Malah, dari rumah saya ... dalam lingkungan 10-15km sahaja.Tatkala anak-anak begitu teringin nak makan aiskrim, terutama ketika cuaca yang panas; isteri saya pasti akan ke kilang ini yang terletak di tengah-tengah pekan Nibong Tebal. Nama kilang ni ialah Kilang Aiskrim Aun Tong.
Kilang Aiskrim Aun Tong ni, dimiliki oleh seorang tauke cina yang dah tua. Sembilan puluh peratus pekerjanya adalah wanita Melayu yang hampir sebaya dengan usianya. Kalau tengok dari luar, tak ada rupa kilang pun. Tapi bila masuk ke dalam, ia sebenarnya sebuah kilang yang moden memproses dan menghasilkan aiskrim pelbagai perisa.
Dah acapkali juga beli secara borong aiskrim di kilang ni. Murah dan berbaloi.
[Dah Baca?] Borong Beli Barang Untuk Baby Baru - NajmiContohnya aiskrim batang perisa laici ni (gambar bawah). Sekotak ni ada dalam 24 batang, harganya cuma RM8 sahaja.
Untung Besar Jika Berniaga Aiskrim
Jadi, RM8 dibahagi dengan 24 batang, harga sebatang dalam RM0.33. Di kedai kampung biasa, aiskrim ni dijual dalam RM0.50 sebatang, ada yang jual sedhingga RM0.70 - RM1 sebatang. Banyak untung tu.Ada macam-macam perisa dan macam-macam jenis aiskrim yang dijual. Rasanya pula tak lah mengecewakan. Tak jauh bezanya pun dengan aiskrim berjenama terkenal yang dijual di kedai dan pasaraya.
Aiskrim jenis kon di kilang Aun Tong ni dijual RM17. Ada 24 kon dalam sekotak. Jadi, kalau jual RM1 satu kon, dah leh untung dalam RM7 sekotak. Ramai peniaga Pakistan dan Mynmar jual aiskrim ni depan sekolah, lagi yang jenis skop tu.
Bila dah borong aiskrim dari kilang ni, maka makan aiskrim pun cara borong jugalah. Uhh tak sampai 2-3 hari, semua aiskrim yang dibeli berkotak-kotak akan habis dimakan. Aduhhh ... pantang nampak ada batang aiskrim dalam peti sejuk, mesti laju je tangan nak ambil.
Tempat anda ada kilang aiskrim tak? Cubalah usyar-usyar. Bisnes aiskrim antara bisnes mudah dan paling menguntungkan.
Ketika saya belajar di IPT dulu, saya pernah jual aiskrim bila ada temasya dan hari terbuka. Waktu konvokesyen adalah waktu paling untung jual aiskrim ni, terutama ketika cuaca panas. Tak perlu modal apa-apa pun, cuma perlu sediakan tempat dan bekalan elektrik. Peti ais dan bekalan aiskrim akan disediakan oleh pihak kilang/pembekal.
Untungnya dapat dari beza harga jualan runcit dengan harga belian borong. Mana aiskrim yang dah cair atau lembik, pihak kilang akan ambil balik dan ganti yang baru tanpa kenakan sebarang caj.
Hmm ... tapi tu dulu, masa saya berniaga aiskrim dengan kawan-kawan kat IPT. Sekarang saya tak pastilah samada caranya masih sama. Jika lain pun, masih lagi satu bisnes yang untung dan ada permintaan.
Bisnes Aiskrim Antara Bisnes Modal Rendah Untung Besar
Bisnes aiskrim macam Bisnes Air Balang juga, boleh dapat untung besar kalau tahu cara dan kaedah yang betul. Permintaan kekal ada.[Dah Baca?] Kaya Raya Hanya Jual Air BalangBlog post kali ini bukan sekadar nak cerita pasal kisah saya borong aiskrim kat kilang, tapi tentang peluang dan ruang untuk tambah pendapatan yang ada di sekeliling anda. Jika nak cari sumber income tambahan, saya syorkan anda untuk berniaga. Jual aiskrim dan jual air adalah salah satu caranya.
Ramai dah kaya raya berniaga benda yang nampak kecil ni. Tak perlu pun jadi owner produk kosmetik ... huhu...
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.