In Sha Allah, dalam blog post ini ... saya akan mudahkan anda lagi untuk fahami tentang cara-cara mendapatkan WTD daripada Jabatan Akauntan Negara.
Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)?
Untuk mendapatkan WTD ini, anda perlulah terlebih dahulu menyemak samada anda layak, boleh dan mempunyai wang tak dituntut menerusi Jabatan Akauntan Negara. Jika anda pasti ada wang yang tidak dituntut daripada mana-mana agensi seperti bank, syarikat insurans/takaful, pelaburan dan sebagainya, anda perlu dapatkan kepastian akan kewujudan wang tersebut daripada agensi atau sumber terbabit.
Dan sumber terbabit itu pula mestilah punyai pengesahan bertulis mengenai penyerahan wang tersebut kepada pihak Jabatan Akauntan Negara. Tanpa bukti ini, anda tidak boleh mendapatkan WTD terutama datangnya dari institusi kewangan seperti bank dan syarikat insurans/takaful.
So, jelas?
Ok. Jadi, perkara penting paling utama perlu anda lakukan sebelum menuntut wang berkenaan ialah membuat semakan. Bagaimana nak buat semakan?
Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat secara rasmi menerusi Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara. Cara membuat semakan adalah cukup mudah. Apa yang perlu anda buat ialah pergi ke mana-mana kaunter Pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri di Malaysia.
Anda kemudiannya perlu menyerahkan kad pengenalan anda untuk semakan WTD dibuat. Semakan WTD akan dibuat oleh pegawai berkaitan menerusi sistem simpanan Wang Tak Dituntut. Jika anda menyemak untuk seseorang yang telah meninggal dunia, anda perlu bawa sijil kematian selain pengesahan anda sebagai waris.
Pegawai berkenaan kemudian akan tunjukkan anda jumlah WTD dan sumber ianya datang seandainya ada.
Langkah dan Proses Untuk Tuntut WTD dari Jabatan Akauntan Negara
Secara amnya, proses atau langkah untuk mendapatkan Wang Tak Dituntut ini adalah seperti berikut:1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, sila klik Sini.
2. Bawa kad pengenalan diri atau passport. Pegawai Jabatan Akauntan akan buat semakan WTD atas nama anda jika ada.
3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, sila bawa samada sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
4. Jika ada wang tak dituntut atas nama atau waris, sila isi borang UMA-7 dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk salinan kad pengenalan dan surat pengesahan bank berkenaan, selain buku bank anda yang aktif bertujuan memudahkan bayaran balik melalui kredit terus (bank-transfer).
5. Anda wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh surat pengesahan akan diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.
6. Hantar borang UMA-7 berserta dokumen ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Wang WTD anda akan dimasukkan secara terus ke akaun bank anda seperti dinyatakan dalam borang dalam tempoh 30 hari.
Diharap artikel tentang tatacara untuk dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) ini jelas buat anda. Jika anda berhajat untuk membuat semakan, sediakan dulu dokumen berkaitan agar proses menjadi lebih cepat dan pantas.
Jika ada, ehemmm .... jangan lupa buat sedekah jariah dan beramal benda baik dengan wang diperoleh. Jangan lak enjoy sampai tak ingat dunia. Adalah lebih baik juga, andai selain bersedekah, anda buat pelaburan masa hadapan.
Sgt senang difahami. Tq
ReplyDeleteTerima kasih ... alhamdulillah
Deleteperkongsian yg bermanfaat...jemput singgah www.hakimramli.com
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.