Cara Ganti MyKad Secara Online. Baru-baru ini, saya ada kongsikan mengenai pengalaman mengejutkan mendaftarkan anak di JPN Parit Buntar. Kali ini saya nak kongsikan kepada anda mengenai satu pengetahuan yang baru tentang cara nak ganti MyKad dengan lebih mudah, iaitu secara online.

Kalaulah anda dapat lihat MyKad saya, memang sedih betul. Keadaan fizikal MyKad saya yang telah saya tukar semasa nak Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) dah nampak sangat uzur. Terkopak dan terbelah. Alhamdulillah, setakat ini cip 64K yang ada dalam MyKad masih boleh digunakan.

Cara Ganti MyKad Secara Online

Cara Ganti MyKad Secara Online
MyKad yang rosak boleh diganti dengan membuat permohonan mudah secara online. Saya baru tahu perkara ini apabila nak mendaftarkan kelahiran anak keempat saya di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) Parit Buntar sekitar bulan Mac 2017.

MyKad saya memang dah nampak uzur sangat. Bahagian tepi dah terkoyak, dan kepingan MyKad saya dah mula terbelah. Pegawai JPN yang melihat MyKad saya, menasihati agar ianya ditukar segera sebelum ia jadi lebih teruk sehingga tidak boleh digunakan.

MyKad Rosak Teruk Perlu Diganti

MyKad Rosak - Cara Buat Gantian Secara Online
"Encik .. teruk dah MyKad encik ni .. elok tukar" kata Pegawai JPN.
 "Nak kena ambil nombor dan isi borang ke ni encik?" tanya saya seolah saya zero pengetahuan mengenai cara penggantian MyKad.

Pegawai JPN angguk tanda setuju dengan persoalan saya. Lepas tu, Pegawai JPN beritahu saya.

"Buat online pun boleh encik ..." kata Pegawai JPN.
"Ohh buat online kat laman web JPN ke encik?" tanya saya untuk dapatkan kepastian betul.

"Boleh buat guna MyEG .. " jawab Pegawai tersebut.

MyKad Rosak Boleh Ganti Secara Online Menerusi MyEG

Cara Ganti MyKad Secara Online
Wahhh .. baru saya tahu bahawa ada perkhidmatan menggantikan MyKad yang baru secara online. Saya sebelum ini ingatkan bahawa nak ganti MyKad kena pergi ke kaunter JPN sahaja. Rupanya servis ganti MyKad rosak boleh dibuat dengan MyEG sahaja.

Untuk buat penggantian MyKad rosak secara online, boleh terus klik SINI.
Maka saya pun semak dan periksa laman web MyEG. Nasib baik saya dah daftar dengan MyEG dedulu, dan masih ingat login ID dan password. Jadi, tak jadi masalahlah nak masuk ke laman web MyEG ni.

Bila buka je laman web MyEG, rupanya banyak servis lain disediakan. Sebelum ni, saya gunakan laman web ni untuk bayar saman PDRM dan JPJ sahaja, selain semakan saman PDRM dan JPJ, boleh juga buat pembayaran Zakat, permohonan status kebankrapan, semak saman DBKL dan beberapa servis lain.
Hmm .. bila dah diberitahu boleh buat gantian MyKad rosak guna MyEG, saya pun buatlah permohonan secara online. Uishhh .. mudah sangat ..hanya isikan nama penuh seperti dalam MyKad, nombor kad pengenalan, tempat nak ambil MyKad gantian yang baru.

Lepas dah isi maklumat diperlukan, klik 'teruskan' dan buat semakan untuk pengesahan.

Untuk penggantian MyKad rosak dengan yang baru, anda akan dikenakan caj dalam MyEG seperti ditunjukkan di bawah ini.
Jika anda setuju dengan maklumat pembayaran bagi caj perkhidmatan gantian MyKad menerusi MyEG ini, maka klik je 'Teruskan' dan satu paparan untuk pembayaran akan muncul. Anda boleh bayar caj ini menerusi dua cara iaitu kad kredit atau menerusi online banking.

Selesai sahaja bayaran dibuat, anda akan dimaklumkan oleh MyEG transaksi berjaya menerusi email/SMS. Dan apabila permohonan anda untuk gantian ini telah siap diproses, anda juga akan dimaklumkan menerusi cara yang sama.

Mudah kan? Cuma kena caj sedikitlah untuk 'duit minyak' .. hehehe...

Andai rasa macam tak berbaloi nak bayar untuk gantian MyKad rosak secara online, boleh je anda pergi ke kaunter JPN yang berdekatan.

Info Tambahan Jika Buat Gantian MyKad Secara Online

Ok, sebagai maklumat tambahan apabila anda dah buat permohonan ganti MyKad tadi guna MyEG... bila boleh kutip MyKad yang baru?
 
  • Kutipan di ibu pejabat JPN wilayah persekutuan Putrajaya, 24 jam selepas transaksi dalam talian berjaya.
  • Kutipan di cawangan JPN semenanjung Malaysia, 10 hari bekerja selepas transaksi dalam talian berjaya.
  • Kutipan di cawangan JPN Sabah dan Serawak, 30 hari bekerja selepas transaksi dalam talian berjaya. 

Kalau rasa nak tahu sangat-sangat mengenai permohonan dan pengesahan dah siap ke belum, saya nasihatkan untuk menyemak status permohonan pada laman web JPN di www.jpn.gov.my sebelum kutipan dibuat di pejabat JPN.
Bukan apa, kang nanti pergi nak kutip tetiba pegawai kata tak siap lagi, ahhhhaaaa ..kecewa lak nanti, pastu marah .. pastu viral .. huhuuhu... jadi elak dengan pengetahuan yang saya kongsikan ini ye.

Semoga bermanfaat. Kongsikan pada yang lain ye. Sokong penulisan saya ni dengan klik LIKE atau SHARE di bawah... :)

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pun nak tukar kp baru. Nak tukar alamat pada kp tu sekali. Boleh ke tak ye? Klu boleh, senanglah..tak perlu tunggu lama di kaunter. Buat online je

    BalasPadam
  2. wah...info baru ni...mykad saya pun kena tukar rasanya...sistem susah nak baca

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement