Pisau adalah salah satu peralatan yang paling banyak digunakan dan penting di dapur. Jika anda seorang surirumah, mungkin anda cuma ketahui beberapa jenis pisau sahaja. Malah, ramai surirumah dan juga House Husband seperti saya yang hanya menggunakan 1-2 jenis pisau sahaja di dapur. Walhal, pisau ada beberapa jenis berdasarkan kepada penggunaannya.

Berbeza pada seorang tukang masak atau chef, mereka selalunya menggunakan jenis pisau yang betul. Ini bermaksud, pisau yang digunakan adalah tepat berdasarkan kepada bahan, tujuan dan jenama.

Ketahui 12 Jenis Pisau dan Kegunaannya Yang Betul

Kenali 12 Jenis Pisau Kegunaan Dapur
Kali ini, saya nak kongsikan kepada anda satu panduan bagi menentukan pisau yang tepat untuk digunakan bagi sesuatu tugas di dapur. Dengan menggunakan jenis pisau yang betul berdasarkan kegunaannya, kerja di dapur akan jadi lebih mudah dan pantas. Ia juga akan memastikan usia dan jangka hayat pisau anda lebih lama kerana menggunakannya secara betul.

Terdapat 12 jenis pisau berdasarkan kepada penggunaannya (rujuk infografik di bawah ini). Jika anda seorang tukang masak atau chef, tentu dah sedia maklum akan jenis-jenis pisau ini.
12 Jenis Pisau

1. Pisau Chef

Pisau yang paling biasa digunakan dan popular. Pisau ini mempunyai bilah yang kuat, berwajaran serta agak berat. Ianya boleh digunakan untuk banyak tugas di dapur seperti mencincang dan menghiris, lalu menjadikan pisau ini sebagai pisau wajib ada di dapur.

2. Pisau Paring

Pisau yang paling sesuai digunakan untuk kerja seharian di dapur. Ia sejenis pisau kecil yang sempurna dengan bilah sempurna, hujung runcing dan bahagian pemotong yang tajam. Pisau jenis ini sering dan sesuai untuk mengupas kentang, buah-buahan, sayur-sayuran dan menjalankan tugas rumit kecil seperti mengupas kulit udang dan menghias serta membentuk buah-buahan.

3. Pisau Boning

Pisau Boning atau Boning Knives mempunyai bilah yang kurus, melengkung dengan hujung pijau yang melurus. Ia memberi kelebihan untuk memudahkan memotong dan mengasingkan daging dari bahagian tulang. Terdapat dalam versi fleksibel yang lebih sesuai untuk digunakan pada ikan dan ayam.

4. Pisau Fillet

Ia sejenis pisau yang mempunyai bilah yang panjang serta lansing. Selalu digunakan di dapur untuk kerja-kerja menyiang ikan, dan menghiris daging. Bentuk mata pisau yang lebih fleksibel memudahkan pergerakan dalam menghasilkan hirisan yang nipis, lalu menjadikan tugas sedemikian lebih pantas dan mudah.

5. Pisau Utiliti

Pisau Utiliti sangat serba boleh dan multi-fungsi. Rekabentuk pisau ini sesuai untuk memotong dan menghiris buah, sayur-sayuran dan potongan daging kecil. Biasanya mempunyai bilah yang kecil dan runcing untuk ketahanan tambahan.


6. Pisau Pemotong

Biasa disebut Choppers, bentuknya sama macam pisau Cleavers, cuma bahagian pemotongnya lebih nipis. Walaupun namanya pisau pemotong, tetapi hakikatnya pisau ini lebih kepada tugas-tugas menghiris daging ke hirisan kecil sahaja. Tidak boleh digunakan untuk potong tulang atau daging beku.

7. Pisau Cleavers

Ini adalah pisau pemotong sebenar. Ia mempunyai bilah besar bersegi empat tepat yang agak berat dan tebal. Ketebalan bahagian pemotong menjadikan ia sangat sesuai untuk tugasan berat seperti memotong bahagian daging yang besar, memotong tulang rangka dan seumpamanya. Kebanyakan penjual daging dan ayam akan gunakan pisau jenis ini. Ciri paling jelas mengenai pisau ini ialah ia mempunyai lubang pada hujung bahagian pisau - samada pangkal atau hujung bilah.

8. Pisau Santoku

Sejenis pisau yang paling sesuai untuk memotong dan penyediaan daging, ikan dan sayuran. Ia mempunyai bilah yang lebar, membolehkannya angkat bahan atau makanan yang telah dipotong. Ia juga sedikit melengkung pada hujungnya supaya pemotongan secara berterusan dapat dibuat. Ia pisau yang paling biasa dijumpai di dalam dapur surirumah Malaysia.

Nak cari pisau berkualiti pada harga diskaun? Terus ke sini - Shopping Online Pisau Untuk Dapur Anda

9. Pisau Roti

Bilah pisau jenis ini selalunya bergerigi halus pada bahagian tajam pemotong. Bilahnya panjang dan kuat. Ia dapat membelah dengan rapi potongan roti tanpa buatkan roti tercerai atau terlerai. Ia juga sesuai digunakan untuk memotong bahan atau makanan lebih lembut seperti buah tomato.

10. Pisau Pallete

Tak ramai guna pisau ni, terutama para surirumah di Malaysia. Ia adalah pisau yang dikhaskan untuk memasak telur goreng atau omelettes serta pancake. Ia berbilah tumpul, yang memudahkan ia untuk menyelit antara makanan dan kuali.

11. Pisau Pengukir

Satu lagi jenis pisau yang jarang ditemui di dalam dapur seorang surirumah. Ia adalah sejenis pisau  yang berbilah nipis dan meruncing pada hujungnya. Ciri-ciri ini sangat sesuai untuk membuat hirisan lebih nipis dan halus. Selalunya digunakan selepas makanan dimasak, untuk memotong roti, makanan dipanggang, daging dan ikan bakar.

12. Pisau Pencincang

Pisau yang tidak punya hujung, tetapi ada dua pangkal. Bilahnya sangat tajam, nipis dan melengkung. Jika sekali lihat, ia berbentuk seperti sabit. Ia digunakan untuk mencincang dengan cara menekan hujung kiri dan kanan secara selang-seli. Sangat jarang ditemui di dalam dapur seorang surirumah.

Jenis Pisau Berdasarkan Mata Pisau dan Material

Jenis Pisau Berdasarkan Bilah dan Material
Pisau juga dikategorikan dengan jenis bilah pemotong iaitu lurus, bergerigi dan beralun. Terdapat 4 material utama digunakan untuk hasilkan bilah sesuatu pisau tu, iaitu:
  1. Stainless Steel
  2. Carbon Steel
  3. Damascus Steel
  4. Titanium
Semoga anda sudah ada pengetahuan tambahan berkaitan pisau.

Rujukan dan Kredit: Know Your Knife


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. igt ade satu masa pisau ala2 utiliti tu..pisau rambo semua boleh buat potong sayur siap ade gergaji gerigi2 kat bahagian atas

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement