Kontest SMS dan Menang untuk Pemilik Perodua Myvi. Berita baik untuk pemilik kenderaan Perodua Myvi, ada satu kontest menarik yang tawarkan hadiah lumayan berupa 3 buah kereta Myvi, selain hadiah wang tunai dan baucer bernilai keseluruhan lebih RM120,000 untuk dimenangi.

Saya dah sertai kontest mudah ini selepas saya buat servis penyelenggaraan kereta Perodua Axia isteri saya baru-baru ini. Cara nak sertai memang senang sangat, asalkan tepati syarat yang dinyatakan.

SMS & Win Contest - MYVI 12 ICONIC YEARS ANNIVERSARY

Kontest Lumayan Untuk Pemilik Kenderaan Perodua
Jika anda memiliki sebuah kereta Perodua Myvi, maka rebut peluang ini untuk ke mana-mana pusat servis Perodua berdaftar bagi melayakkan anda untuk memenangi hadiah lumayan yang disediakan dalam kontest SMS dan Menang Myvi 12 Iconic Years Anniversary ni.

Malah, jika anda belum memiliki Myvi, boleh juga menyertai kontest ini dengan pergi ke mana-mana showroom Perodua dan buat tempahan memiliki sebuah kereta Myvi yang menjadi kesayangan rakyat Malaysia ini.

Saya dapat peluang untuk sertai kontest ini selepas pergi ke Pusat Servis Perodua untuk servis berkala Perodua Axia. Dengan nilai servis berjumlah lebih RM300, maka saya telah layak sebagai pemilik kenderaan Perodua untuk join kontest ini.

Jika anda servis kereta Myvi, peluang ini akan digandakan secara automatik. Jadi, ia memang satu kontest yang sangat lumayan untuk pemilik Perodua Myvi.

Cara Penyertaan

Bagaimana nak sertai kontest ini?
Cara Penyertaan
Anda perlu samada:
  1. Beli kereta Perodua
  2. Servis kereta Perodua dengan minima RM300
  3. Trade-in apa juga kenderaan lama anda dengan Perodua

Jika anda memilih Perodua Myvi, maka peluang akan ditambah dan digandakan.

Setelah anda buat mana-mana 3 perkara di atas tu, maka seterusnya anda perlu menjawab satu soalan mudah. Jawapan kepada soalan ini perlu anda berikan menerusi SMS, yang disertakan dengan butiran nombor pendaftaran kenderaan Perodua anda, kod transaksi (samada 1,2,3 di atas) dan nombor kad pengenalan anda.

Senang je kan? Saya siap telah diminta oleh staff Perodua tu selepas habis servis kereta untuk terus hantar SMS. Dia yang tunjukkan cara bagaimana nak hantar SMS ikut format dalam pamplet yang saya ambil di kaunter.

Kontest ini berlansung dari bulan Ogos hingga Oktober iaitu selama 3 bulan. Ia adalah sempena hari ulangtahun ke 12 kereta Perodua Myvi.

Hadiah Kontest

Kontest Lumayan Untuk Pemilik Kenderaan Perodua Myvi
Hadiah memang lumayan. Selain 3 buah kereta Myvi baru sebagai hadiah utama untuk 3 pemenang, hadiah lain yang turut ditawarkan adalah:

  • Tempat pertama - Wang tunai RM12,000 (1x) setiap bulan
  • Tempat kedua - Wang tunai RM5,000 (1x) setiap bulan
  • Tempat ketiga - Wang tunai RM3,00 (1x) setiap bulan
  • Hadiah saguhari - Baucer Perodua bernilai RM1,200 (12x) setiap bulan


Jomlah sertai peraduan ni. Jika anda pemilik kenderaan Perodua macam isteri saya, boleh terus ke mana-mana pusat servis Perodua dan buat servis untuk layak menyertai kontest ini. Kalau tak pun, trade-in je kereta Perodua lama anda dengan Perodua Myvi baru...huhu... atau beli je sebuah Myvi baru .. hehehehe...
[Dah Baca?] Masalah Perodua Axia Baru Beli
Harapnya penyertaan saya ni boleh bawa tuah. Dah lama tak menang hadiah apa-apa peraduan ni .. amin aminn, moga menanglah sesuatu .. ekekeke.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement