Tapi, sebagai seorang lelaki yang tak ada ilmu memasak macam chef ni, tentu sahaja resepi dan menu yang saya masak adalah menu simple sahaja. Suami memasak tak perlu rumit-rumit, kalau dah boleh masak resepi mudah pun dah cukup mengagumkan dah buat si isteri dan anak-anak.
Menu Simple Bila Suami Memasak
Ada banyak menu dan resepi simple yang boleh si suami sediakan. Kalau nak senaraikan satu persatu memang panjang. Menu yang mudah macam ni tak perlu kepakaran apa pun, bak kata anak jiran sebelah rumah mak sedara saya sebelah dua pupu saya ... main campak-campak je... hehehe.Namun, macam saya ... perlu jugalah rujukan kalau nak cari idea ringkas nak memasak ni. Selalunya saya akan rujuk blog resepi rakan blogger saya di SINI. Blog resepi di situ ada banyak pilihan dan mudah nak saya ikut. Walaupun tak menjadi seperti mana gambar yang disertakan, in Sha Allah .. menu resepi tu boleh dijamah dengan berselera.
Jadi, agak-agak apa menu simple yang seorang suami macam saya buat dan sediakan untuk isteri dan anak-anak?
- Ikan dan ayam goreng
- Ikan masin goreng bersambal
- Telur masin
- Telur goreng
- Tumis sambal ikan bilis
- Sayur tumis dengan ikan bilis atau udang
- Sayur masak air (tak perlu tumis)
- Sup - beraneka sup dari sup ikan hinggalah sup tulang
- Ikan masak taucu
- Gulai
- Ikan masak asam
- Tomyam
Untuk bahan asas, macam nak menumis tu dalam resepi masak gulai lemak, kari, sup ... semuanya serupa je. Macam saya ni ... nak tumis saya gunakan bahan-bahan berikut:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
Kalau nak pedas, saya sediakan sendiri pes cabai kering yang telah dimasak dan dimesin sehingga lumat. Bila nak masak benda pedas macam ikan masak sambal, masukkan je dalam resepi.
Tak susah nak memasak ni kalau benda dan bahan asas kita dah tahu dan biasa. Soal rasa tu boleh diolah dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Lagi rajin anda memasak, in Sha Allah, resepi yang anda masak akan diperbaharui dan menjadi semakin baik.
Menu-menu macam sup dan tomyam, dah ada kiub, dah ada bunjut boleh guna. Masukkan benda yang selalu digunakan untuk tumis, masukkan air dan kiub .. dah siap. Mudah je kot. Cuba tengok resepi ni - Resepi Sup Ikan Merah Sedap
Buat si suami, sesekali masaklah untuk isteri dan anak-anak. Syok bila tengok mereka habiskan apa yang kita masak tu. Rasa bahagiaaa sekali.
Uish..yang macam ni simple? kalau yang bukan simple yang macam mana plak HH?
ReplyDeleteOho .. yang bukan simple tu, mestilah yang susah bangat .. macam contohnya:
Delete1- Rendang Ayam Pedas
2- Rendang Tok
3- Lontong
4- Masak asam pedas
5- Sweet sour atau 3 rasa
..
yang gitu2 tu .. hat ni susah bagi saya. Tak pernah menjadi .. hahaha
ini kira dah tahap pandai memasak ni HH kalau ikut level penilaian saya :D
ReplyDeletesimple pun nampak sedap
ReplyDeleteKalau bagi saya, simple2 saya tahap maggi Indo mee je.. huhu
ReplyDeletesimple pun kalah goreng telor nieh
ReplyDeletememang dah official mr mama gini ni hehe
ReplyDeleteSeromoknya masak jika ada bahan..
ReplyDeleteLebih seronok kalau ada duit untuk membeli bahan bahan tersebut..
Kalau dah kering juga masak apa yang ada..
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.