Saya ada ceritakan mengenai bisnes air balang ini sebelum ramadhan tempoh hari. Tujuan saya ialah supaya ada rakan-rakan pembaca yang ambil peluang untuk tambah pendapatan sampingan sempena bulan puasa. Al maklumlah, bulan puasa memang laku keras jual air minuman macam ni.
Bisnes Air Balang
Seronoknya berbisnes air ini ialah, ia satu perniagaan evergreen. Ini bermaksud, tak kira waktu dan masa, tak kira musim ... ia sentiasa ada pelanggan. Anda boleh lihat sendiri ....ramai yang buat bisnes jual air ni... macam-macam pulak tu. Ada yang jual air kopi pracampuran, ada jual air tonik, ada yang jual air kotak, ada yang jual air jus kesihatan dan macam-macam lagi.Bisnes air balang adalah antara bisnes air yang menggunakan modal rendah.
Ok, anda mungkin takkan percaya kalau tidak dikongsikan fakta mengenainya kan?
Baiklah, untuk tidak menghampakan, disini saya kongsikan anggaran kos secara kasar untuk memulakan perniagaan air balang!
Anggaran Kos Permulaan Bisnes Air Balang
Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..- 1 unit kanopi 10 x10 - RM150
- 1 set meja pasar malam - RM100 (maksima)
- 3-4 balang air - RM120 hingga RM130 (per balang)
- 2 kerusi - RM10 hingga RM20
- 1 alas meja - RM30 hingga RM40
- 1 senduk air gula - RM10 (maksima)
- 1 unit bekas duit - Guna tin milo/susu/Tupperware - percuma
- 1 unit bekas air gula - RM5 hingga RM10
- 1 pek plastik pembungkus air saiz 7x10 atau 8x12 - RM4 – RM8 (per pack)
- Tali pengikat air/getah pengikat - (RM5)
- 4 senduk/penceduk air balang - (RM6 - RM10 per unit/percuma jika beli sekali dengan balang)
- 1 dozen straw: RM5 hingga RM6
- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)
Jadi, anda boleh congak. Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan memulakan bisnes air balang ini adalah sekitar RM1,000. Agak rendah ye tak? Kalau anda nak buat bisnes jual air kopi pracampuran pun, modalnya lebih kurang dalam RM5,000 termasuk upah untuk buat label pembungkusan.
Itu sebab ramai peniaga pasar malam, peniaga pasar pagi, peniaga pekan hari, dan peniaga di bazar ramadhan yang berniaga menjual air balang ni. Paling tidak pun, selain jual makanan .. mesti ada satu balang dengan dua konten jenis air berbeza dijual di sebelahnya.
Ketahui cara nak lebih untung, dengan beli peralatan dari lubuk INI (klik) !!
Memang untung banyak jual air balang ni. Kalau bulan ramadhan tu, siap ada yang lelong air balang ni tanpa ada rasa menyesal sedikit pun.... sebab mereka dah pun buat untung berganda-ganda.Tadi, saya kongsikan mengenai modal berkaitan barang keperluan untuk memulakan bisnes ini. Bagaimana pula dengan modal pusingan harian?
Modal Pusingan Harian
Modal yang saya maksudkan ialah kos untuk membuat atau menyediakan air.Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual!
Ini fakta menarik yang saya sendiri pernah buat semasa belajar di USM dulu - Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10. Anda buat je pati air soya tu sendiri ... serius ni memang untung.
[Baca Dah?] 12 Sebab Nasi Kukus Faizal Jadi PilihanDah sebut pasal untung, mari kita buat kira-kira kasar sedikit ye.
Potensi Jualan dan Untung
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari, ketika bulan puasa. Saya ambil bulan puasa sebab ketika ini jualan air balang adalah berpotensi paling tinggi boleh dapat untung.Orait ...
Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.
Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405
Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305
Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar. Tolak 5 hari untuk kira hari kita nak cuti atau hari hujan.
RM305 X 25hari = RM7,625
Untung = RM7,000 weihhh sebulan!
Amacam? Menarik bukan? Logik tak apa yang saya kongsikan di atas tu? Ini bukan benda yang direka-reka, dah ada pun yang tunjukkan bukti bahawa income seperti ini boleh dapat.
Ada banyak lagi benda yang penting untuk anda ketahui kalau nak berniaga air balang ni, jika nak tahu lagi, boleh terus ke laman web di bawah ini:
[klik] Panduan Bisnes Air BalangSemoga anda dapat tambah pendapatan dengan memulakan bisnes air balang ini nanti, in Sha Allah.
Nice sharing HH...
BalasPadamHihi....
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.