Kami telah berkesempatan untuk tengok-tengok lokasi muzium ini, yang rupanya tak jauh daripada Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang (RPP Penang), antara lokasi penginapan yang pernah kami tempah online di SBBPH.
Muzium Kolonial Pulau Pinang
Kami sebenarnya tak rancang pun untuk pergi ke muzium ini. Saya dapat tahu pun setelah melihat banner iklan tepi jalan sepanjang menuju ke Pulau Tikus. Tak sangka ada sebuah muzium yang sebenarnya dikendalikan oleh pasangan berbangsa Cina yang sudah agak tua usianya.Mereka memiliki sebuah bangunan lama dengan tanah cukup lapang yang dijadikan sebuah lokasi tarikan destinasi pelancongan di Pulau Pinang. Saya difahamkan muzium ini dianggap antara 10 muzium terbaik di Malaysia menerusi TripAdvisor 2017.
Memang luas kawasan sekitar bangunan utama Muzium Kolonial ini. Malah, di satu kawasan tu ... ada rumah pokok atau ran yang dibina atas sebuah pokok besar yang nampak sudah berusia ratusan tahun. Di kelilingi pula dengan struktur tegak batang kayu yang saya tak pasti apa tujuannya .. agak mistik di situ .. huhu... serammm... haha.
Saya dan famili sebenarnya tak berkesempatan untuk masuk ke dalam muzium memandangkan bajet kami tak berapa nak cukup ketika itu. Takkan nak cari bank untuk keluarkan duit pastu masuk semula? Huhuhu .. segannnn pakcikkkk .... hahahaha...
Yang menariknya, pasangan tu beriya-iya suruh saya masuk ke dalam muzium. Uhh sampai pujuk saya kat kereta gitu ...
"Adik masuk tak apa ... kita kasik diskaun ... " kata uncle tu.
Saya yang dah masuk dalam kereta, dan start enjin jadi terkejut dengan 'rayuan' uncle tu.
"Sorry uncle, lain kali ... tak cukup duit ... " kata saya terus terang.
Anak-anak saya melihatkan gelagat owner tempat tu macam tu .. terus jadi takut ... siap minta saya tutup pintu dan beredar dengan cepat.. hahaha...
Tapi, sekali pandang .. dan saya dah tengok booklet yang ada .. nampak macam isi bangunan yang dinamakan Muzium Kolonial Pulau Pinang ni nampak menarik sekali.
Mungkin kali ini saya dan keluarga tak ada kesempatan untuk masuk dan lihat apa yang ada di dalam muzium, in Sha Allah .. di lain waktu, muzium ini akan dimasukkan dalam senarai must visit ... :)
Ishh ! seriuslah ada muzium macam ni... tak pernah tau pun.. hukhukhuk
ReplyDeleteMuzium ni baru je lagi
DeleteMungkin kita boleh buat rombongan bersama.. heh heh heh
ReplyDeleteWahh bestnya . Saya suka tempat muzium2 ni.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.