Aha, ini peluang untuk usahawan homestay di Malaysia kembangkan bisnes ke peringkat antarabangsa. Menerusi Airbnb ini, anda boleh letakkan iklan homestay milik anda ini dan mendapat perhatian daripada pelancong asing.
Panduan Iklankan Homestay Menerusi Airbnb
Tentu anda tertanya, bagaimana nak senaraikan homestay milik anda di Airbnb ini? Ok. Sekarang dah ada satu panduan yang cukup lengkap, langkah demi langkah untuk anda iklankan homestay anda di Airbnb ini.Panduan ini ditulis oleh seorang usahawan homestay Malaysia dan telah pun berjaya mendapat tetamu atau pelanggan dari luar negara untuk homestaynya yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Menariknya ialah, beliau dapat jana pendapatan berlipat kali ganda kerana bayaran sewaan homestay adalah dalam matawang USD!
Uhh tak best ke?
Dalam keadaan ekonomi dan kedudukan matawang Malaysia berbanding USD ni, tentu ia satu peluang keemasan untuk tingkatkan pendapatan menerusi homestay anda.
Panduan Lengkap Beritahu Cara Nak Buat Duit Dengan Airbnb
Panduan tersebut bukan sekadar akan tunjukkan cara nak daftarkan homestay untuk dimuatkan dalam direktori Airbnb ini, malah ada beberapa tips and tricks yang akan didedahkan kepada anda supaya homestay anda mudah mendapat pelanggan dari oversea ini.Tak kisahlah homestay anda letak di mana-mana pun, anda boleh letakkan dalam Airbnb ini. Mungkin homestay di Dungun, mungkin anda nak senaraikan homestay dekat Batu Berendam, atau nak letakkan homestay rumah dua tingkat di Kuantan atau apartment di Cameron Highlands yang dah anda beli sejak berkurun lama.
Oh ya, dalam Airbnb ni ... anda bukan sahaja boleh letakkan senarai rumah homestay, tetapi juga apartment, dan bilik untuk disewakan kepada pelancong asing.
Cuba lihat contoh-contoh di bawah ini...
Ok, panduan ini ditulis dalam Bahasa Malaysia, dan in Sha Allah .. ia sesuai untuk semua pemilik homestay dan mereka yang mungkin teringin nak buat bisnes homestay di Malaysia yang nak tahu cara nak jana income lebih menerusi listing di Airbnb ini.
Jika nak tahu lebih lagi mengenai panduan ini, terus sahaja ke SINI.
Dengan panduan ini nanti, bolehlah anda dapat customer dari luar negara .. silap-silap income bulanan daripada sewaan homestay ni nanti boleh cover duit bayar bulanan pinjaman bank - andai kiranya rumah homestay tu masih dalam bentuk pinjaman perumahan dari bank.
Cubalah dapatkan panduan ini ye. Ilmu berguna ni untuk kembangkan bisnes homestay anda.
macam-macam panduan ada... antara nak ikut dengan tak nak jer kan
BalasPadamGood info untuk pengusaha baru homestay di seluruh malaysia.
BalasPadamSekarang ni best. Banyak app2 yang boleh memudahkan usahawan2 yang ingin mulakan perniagaan.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.