Kali ini, saya nak kongsikan sedikit pengalaman menginap di salah sebuah hotel apartment baru - Tropics 8 Suites yang terletak di Jalan Gottlieb, Pulau Pinang. Ada yang kata hotel ini bertaraf 4 bintang, dengan menawarkan harga penginapan semalam bermula dari RM400 untuk bilik standard suites king.
Pengalaman Penginapan di Tropics 8 Family Suites, Penang
Kami sebenarnya tak tahu pun hotel jenis apartment ini adalah bertaraf bintang di Penang. Kami sekadar mahu mencuba selepas mengetahui bahawa hotel ini merupakan hotel baru dibuka sekitar Januari 2017.Haha ... Samalah juga alasannya mengapa sebelum ini kami menginap di Hotel Neo Plus, Penang yang juga sebuah hotel baru berciri moden.
Tak sangka Penang yang dah nampak tepu ni masih ada hotel baru. Ini menunjukkan bahawa industri pelancongan atau tourism sedang berkembang dengan baik di negeri bergelar Pulau Mutiara ini.
Kami telah menempah penginapan di hotel ini secara online menerusi laman web tempahan dengan harga diskaun. Sekarang ni dah mudah nak tempah hotel, ada banyak laman web tempahan online yang boleh anda pilih, antaranya Agoda, Hotels.com, AirBnb, Traveloka, Booking.com, Expedia dan banyak lagi. Kesemuanya menawarkan harga-harga menarik dan mampu tempah.
Macam percutian singkat ini, kami tempah penginapan di Tropics 8 Suites untuk bilik standard suites dengan harga cuma RM132.32 sahaja. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di laman web rasmi Tropics 8 Suites itu.
Harga Penginapan (Published Rate) Tropics 8 Suites
Berikut adalah antara harga penginapan di Tropics 8 Suites seperti tertera di laman web rasmi:Harga di atas tu adalah untuk bilik-bilik di bawah harga RM600 semalam. Paling mahal yang saya dapat lihat adalah RM900 semalam untuk jenis bilik 2 bedroom Suites Queen.
Aha, itu sebablah kami tak teragak-agak nak menempah bila dapat harga penginapan jauh lebih murah seperti yang ditunjukkan tu.
Nah, bukti di bawah ... murah tu ...
Kalau anda nampak ada promosi penginapan kat mana-mana, jangan segan-segan untuk check-it-out. Seratus peratus saya yakin harganya jauh lebih murah daripada apa yang dinyatakan di hotel tersebut. In Sha Allah, saya turut kongsikan beberapa promosi menarik penginapan dengan harga murah di blog ini seperti saya buat pada percutian awal tahun 2017 hari tu.
Andai anda follow mesti tak terlepas promosi-promosi menarik yang saya kongsikan tu.
Orait, berbalik pada kisah penginapan di Tropics 8 Suites ini.
Anda tentu nak tahu, di mana letaknya lokasi hotel ini kan? Ia terletak betul-betul di hadapan sebuah sekolah - SMJK Perempuan China dan simpang ke Mount Erskine. Kalau anda nak gunakan Waze, anda perlu memasukkan New Bob Plaza, Jalan Gottlieb.
Tak berapa pasti lokasi hotel ini? Lihat pada Google Map di bawah ni ...
Orait, sekarang anda dah tahu lokasi hotel penginapan Tropics 8 Suites ini, sekarang saya nak tunjukkan pula gambar bilik yang kami menginap tempoh hari. Minta maaflah kalau gambar tak berapa nak cantik sangat ... saya cuma gunakan kamera Oppo R9s.
Bilik penginapan Family Suites Tropics Eight memang luas dan selesa. Ada dapur lengkap dengan pinggan mangkuk, kuali, sudip, sudu ... serta meja kaunter. Dan paling best, ia ada peti ais dua pintu dan dapur memasak elekrik!
Manakala, ruang tamu lengkap dengan sofa serta tv flat screen yang dimuatkan dengan siaran digital MyFreeview TV.
Nampak luas kan? Memang sesuai untuk percutian keluarga. Sekarang, mari tengok bilik tidur dan bilik air di standard suites ini ...
Alhamdulillah, kami memang menjangkakan bahawa keadaan bilik dan juga bahagian dalam bilik air adalah terbaik. Yelah, hotel baru ... mestilah keadaannya tip top, ye tak? Bilik tidur selesa, bilik air bersih .. dan tak nampak cacat cela.
Secara keseluruhan, penginapan di hotel ini sangat memuaskan. Kemudahan di dalam bilik yang ada memang puas hati cuma ada beberapa perkara yang mungkin akan menyebabkan anda berfikir untuk menginap di sini.
Ianya Mungkin Tidak Sesuai Untuk Anda ...
Hotel Tropics 8 Suites ini tidak mempunyai kemudahan kolam renang. Ia cuma ada satu gimnasium mini untuk riadah. Dan anda juga agak sukar untuk mendapatkan makanan di hotel ini, memandangkan tiada restoran di dalam hotel, mahupun sekitarnya.Nak makan .. anda perlu memandu keluar ke lokasi berdekatan.
Oh ya, kemudahan parking juga agak sukar. Kalau anda tiba di hotel ini, anda mungkin ada masalah untuk bawa barang atau beg anda masuk ke dalam hotel. Anda perlu naik tangga dari kawasan letak kereta, dan tiada ruangan menunggu yang sebenar di kawasan hotel.
Ini adalah kerana asal bangunan yang menempatkan hotel adalah bangunan pejabat sebelum ditukarkan atau diubah-suai menjadi sebuah hotel. Jadi, fasiliti untuk kemudahan pelanggan hotel itu agak terhad.
Mungkin di masa akan datang, akan ada perubahan dan penambahan... itu saya tak pasti. Tapi, kalau anda mencari sebuah tempat penginapan yang selesa, Tropics 8 Suites Penang ini mungkin sesuai.
Oh ya, sedikit video yang saya rakam semasa menginap di situ .. enjoy ye, dan jangan lupa untuk LIKE!
Tak sangka, dari bangunan pejabat boleh ubahsuai jadi benda lain pula :)
BalasPadamSatu-satunya hotel aprtment di tgh bandar Georgetown ..
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.