Ini bukan cerita saja nak buat dan disensasikan. Tetapi merupakan satu kisah benar pengalaman saya yang mengejutkan. Tak sangka hampir 14 tahun saya bernikah dengan isteri saya, rupa-rupanya surat atau sijil nikah dalam simpanan kami berdua boleh tidak sahlaku.
Saya Terkejut Diberitahu Sijil Nikah Tak Sah
Seperti biasa, sebaik sahaja anak keempat saya dilahirkan, perkara pertama dari segi undang-undang Malaysia ialah mendaftarkan kelahiran anak dan mendapatkan MyKid. Ia perlu dilakukan dalam masa 60 hari bekerja selepas anak itu disahkan lahir di kaunter pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan.Maka, apabila isteri dan anak saya yang baru lahir didiscaj daripada wad bersalin hospital, jururawat akan berikan dua borang. Borang yang saya maksudkan ini adalah Borang Daftar Kelahiran JPNLM01 dan juga Borang Pengesahan Kelahiran.
Dua borang atau dokumen itu adalah dokumen penting dan wajib ada apabila nak membuat pendaftaran anak yang baru lahir untuk mendapatkan MyKid. Selain daripada borang-borang tersebut, termasuklah kad pengenalan ibu dan ayah .. salah satu dokumen yang penting untuk daftarkan kelahiran anak ialah sijil nikah ibu dan bapa.
Lalu nak dijadikan cerita ...
Saya pun ke Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Parit Buntar, Perak dengan segala dokumen yang diperlukan untuk daftarkan anak keempat saya iaitu Hasif Najmi. Saya buat ni lebih kurang 2 minggu selepas anak saya dilahirkan di Hospital Taiping.
Datang awal petang ke JPN sebab saya fikir ketika itu tentu tak ramai orang di situ. Alhamdulillah, memang tak ramai orang yang berurusan dengan JPN ketika saya datang ke kaunter hadapan untuk ambil nombor giliran.
Pegawai di situ, siap periksa dahulu segala dokumen yang saya bawa sepintas lalu.
Pantas Betul Urusan di JPN Parit Buntar
Tak sampai 30 minit, nombor giliran saya terpapar dan diumumkan. Saya pun terus ke kaunter pendaftaran kelahiran dan MyKid, membawa semua dokumen yang diperlukan termasuklah salinan sijil nikah saya dan isteri berserta salinan asalnya.[Panduan Mesti Baca] Ketahui Cara Untuk Didik Anak Seawal 3 Tahun Membaca dan Jadi Pintar
Saya nampak Pegawai JPN semak dan periksa borang-borang yang telah diisikan dengan lengkap. Angguk-angguk je Pegawai JPN tu sambil melihat skrin dan menekan kekunci pada keyboard.
Dalam hati saya ... tak ada apa-apa kerisauan pun.
"Nama apa anak?" tanya Pegawai JPN.
"Hasif Najmi" jawab saya dengan tenang.
Kemudian, Pegawai JPN tu buat muka berkerut sambil di tangannya adalah salinan asal sijil nikah saya. Dia hulur pada saya .. dan kata ...
Sijil Nikah Encik Tak Sah Sebab ....
"Encik, sijil nikah encik ni leh tak sah ni ... " kata dia."Ehh kenapa? Dah lama saya kahwin encik, sebelum ni tak ada masalah pun. Ni anak keempat saya encik" jawab saya dengan yakin dan sedikit keliru.
"Dokumen rasmi tak boleh ada liquid paper" kata Pegawai JPN tu sambil tunjukkan tempat di mana ada tulisan dipadamkan dengan pemadam pen cecair warna putih. Bahagian saksi di dalam salinan asal sijil nikah saya tersebut ada kesan pemadaman tu.
Alamak. Terus dalam hati saya jadi risau. Takkan ada masalah kot kali ni? Takkan sijil nikah saya tak sah nak daftarkan anak saya yang keempat?
"Isteri punya pun macam ni jugak ke?" tanya Pegawai JPN tu untuk kepastian.
"Ya, sama je. Ini ada salinan .. " saya tunjukkan.
"Encik kena pergi berhubung dengan Pejabat Majlis Agama Perak ni .. minta mereka keluarkan sijil nikah yang lain .. yang ni boleh dikira tak sah ni." kata dia.
"Kali ni tak apa, tapi takut lepas ni ada masalah lain .. liquid paper ni tak boleh ni .. dokumen rasmi tak boleh ada ni .. kena minta sijil baru .. " kata dia lagi menegaskan kepada saya.
"Haa yang ni pun ada silap lagi ni .. kalau potong ni, kena ada tandatangan kecil kat tepi ni .. " sambil pegawai tu tunjukkan satu lagi tempat yang boleh menyebabkan dokumen pengesahan pernikahan saya jadi tidak sah.
Adui. Banyak masalah rupanya pada sijil nikah saya ni. Uhh dah hampir 14 tahun baru perkara ni timbul. Dan selepas anak keempat nak didaftarkan baru ada Pegawai JPN yang beritahu saya bahawa sijil nikah asli saya ni boleh jadi tak sah kerana ada pemadaman dengan liquid paper.
Takkan Kena Buat Sijil Nikah Yang Baru? Nikah Sekali Lagi Ke?
Tetiba dalam hati saya jadi risau.Pegawai JPN tu kata kena buat baru. Jadi, kena cari saksi nikah dulu ni nak tandatangan balik ke sijil ni? Uhh masalah besar tu sebab kedua-dua saksi nikah sudah pun kembali mengadap Illahi .. ater? Camner? Takkan kena nikah balik buat sijil nikah lain? Aduh... duh duhhh ..
Saya dah terbayang masalah lain yang bakal timbul nanti bila mengadap Pejabat Jabatan Agama Islam Perak dengan sijil nikah saya dan isteri yang dah berusia lebih 14 tahun ni.
[Dah Baca?] Teknik Halus Pikat Lelaki
Alhamdulillah, proses pendaftaran dapat juga dibuat dengan baik walaupun timbul masalah sijil nikah tadi. Tapi itulah, Pegawai JPN nasihatkan saya untuk pergi ke Pejabat Agama Islam Perak untuk selesaikan isu liquid paper pada sijil nikah saya tu.. takut di masa akan datang akan jadi apa-apa perkara yang tidak diingini.
Sehingga post ini ditulis, saya masih belum pergi ke Pejabat Agama mahupun Pejabat Kadi lagi. In Sha Allah, kalau ada tindakan susulan dari saya untuk isu ini, saya akan ceritakan di dalam blog sebagai panduan dan pedoman.
Alhamdulillah, bila lahir anak keempat ini, saya dilayani oleh seorang Pegawai JPN yang cekap dan bertanggungjawab. Mujur dia beritahu kalau tak ...hmmm .
[Dah Baca?] Cara Menyemak Status Permohonan MyKid Dengan Internet
Inti penting apa yang nak saya sampaikan dalam blog post saya ini ialah:
- Kena semak sijil nikah atau apa-apa jua dokumen rasmi agar tiada tanda pemadaman liquid paper.
- Liquid paper ditegah digunakan untuk padam kesilapan dalam dokumen rasmi, ia perlu digariskan dan ditandatangani.
- Carilah tok kadi, jurunikah yang muda-muda supaya boleh tulis dengan elok butiran yang ada dalam sijil nikah kita ..huhu..
- Semak sijil nikah sebaik sahaja diterima atau ketika tok kadi menyerahkannya kepada anda, jangan terlalu excited lepas dah disah nikah.
Semoga bermanfaat buat anda semua, in Sha Allah.
dokumen rasmi memang gitu, takleh liquid. if cross kena counter sign. pejabat agama kadang tak teliti benda ni. something they need to improve
BalasPadamItulah, dulu excited nak nikah.. tak semak sijil ni. Aduh
Padamyer betul x boleh ada tanda222 memadam atau menconteng, saya udah kena sijil kelahiran saya semasa nak buat Kad Pengenalan, terus kena buat baru masa tu Ayah masih ada lagi - alhamdullillah settle dengan baik
BalasPadamkad pengenalan ok lagi, leh buat senang sbb tak perlu tandatangan saksi, tok kadi. Hat ni .. parah la kalau kena ada benda tu semua balik, sbb mana nak ada dah orang2nya tu, semua dah kembali ke rahmatullah.
PadamMungkin dulu 'potong dan initial' ni tak diamalkan. Sekarang ni memang mane2 dokumen rasmi xboleh liquid dah..
BalasPadamTula ... rasanya pihak berwajib kena buat kursus semula ni ...
PadamTok Kadi ni dah meninggal dunia pun. Al fatihah.
liquid tu mcm benda yg sudah di edit tu yg tak sah surat hehe
BalasPadamdokumen rasmi memang tak boleh menggunakan liquid paper. sekiranya ada potong bahagian yang salah perlu di initial kecil disebelahnya.
BalasPadamTu la... zaman nikah saya dulu mungkin tak diberitahu kot pasal benda ni, tu pasal leh ubah macam tu .. aduhhh ... susah saya nampaknya ni.
Padamhmm, waktu daftar anak pertama hingga ketiga, takda masalah pulak ek? rasanya mereka pun baru perasan ni. hehehe
BalasPadammrejoy.com
Bahayanya.. kerana liquid paper blh jadi bgini
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.