Ahhh sudah... sekali Zikri minta saya masakkan Steak. Ini semua gara-gara mulut saya yang dok kata yang saya boleh masak Steak lagi sedap dari apa yang dia makan di restoran tempoh hari. Aduhh ... jadi kenalah masak Steak ni di rumah ni.

Kalau ikutkan tak susah pun nak masak Steak ni. Dua bahan utama yang penting iaitu daging lembu dan juga sos lada hitam.

Steak Masak di Rumah

Steak Masak di Rumah
Steak Masak di Rumah
Nasib baik saya ada beli dua ketul daging lembu Australia. Daging ini memang ditulis untuk masak Steak. Alhamdulillah, nampaknya memang rezeki si Zikri, anak saya yang nombor dua untuk merasa menu resepi Steak di rumah daripada abah dia yang kacak ini .. hahaha.

Bahan Utama Masak Steak di Rumah

Ok. Bahan utama nak masak Steak seperti awal saya sebutkan ialah daging dan juga sos. Daging yang saya gunakan ialah daging lembut tanpa urat, daging lembu Australia yang saya beli di Mydin Parit Buntar.

Kalau anda nak tahu, daging Steak memang mahal. Ia adalah kerana ia adalah bahagian daging terbaik. Daging ini tak ada urat. Jadi, memang mudahlah kalau nak masak. Tak perlu ambil masa lama untuk empuk.
Steak Masak di Rumah
Daging Steak yang saya sediakan cuma perlu diperap dengan garam dan sedikit kicap manis. Dan kemudian saya tambah sedikit madu.

Lepas dah diperam selama 20-30 minit, saya masukkan dalam microwave untuk memasak. Saya bakar selama 45 minit. Untuk pastikan ia masak elok, saya kelar-kelar bahagian daging tersebut.

Sos Untuk Steak

Untuk sos pula, saya cuma gunakan sos lada hitam, sos cili, sos tomato dan sedikit kicap manis.

Saya tumiskan dulu dengan bawang besar, bawang putih dan sedikit halia yang telah saya hiriskan dengan halus, menggunakan pengisar Tupperware. Bila dah naik bau, barulah saya masukan sos-sos tadi ikut suka hati .. hahaha .. tak ada sukatan.

Saya gaul dan biarkan sehingga ia mendidih. Dan setelah mendidih, saya akan rasa. Jika rasa tak kena, saya akan tambah mana-mana sos atau kicap manis.

Bila dah puas hati dengan rasa sos. Saya terus hidangkan bersama daging tadi.
Sos Untuk Steak
Fuh... alhamdulillah, dua orang anak saya ... Zikri dan Maira sukakan Steak yang saya masak. Saya hidangkan bersama buah pear.

Tak susah kan nak masak Steak di rumah ni. Ia sebenarnya resepi simple je. Bakar daging, dan sediakan sos lada hitam .. itu je.

Cubalah masak Steak di rumah ni, alaaa .. tak ikut resepi saya pun tak mengapa, main cuba ikut suka je pun boleh. Katakan daging Steak tu tak habis dimakan, anda boleh jadikan rencah untuk masak mee goreng atau bihun goreng .. aha, apa ada hal ...

Ok. Selamat mencuba.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement