Adakah anda salah seorang peminjam PTPTN? Mahu cara mudah untuk buat bayaran bulanan hutang pinjaman PTPTN anda tak? Apakata anda gunakan tatacara autodebit supaya anda tidak ketinggalan membayar hutang pinjaman pendidikan anda. Ia cara yang paling mudah, selain memberikan impak positif untuk laporan CCRIS anda.

Jika anda belum membuat autodebit, maka bolehlah membuat permohonan secara online. Urusan pendaftaran secara online untuk autodebit bayaran pinjaman PTPTN tidak sampai pun lima minit. Jika berminat nak tahu, boleh ikuti tatacara yang saya kongsikan di bawah ini.

Tatacara Membuat Bayaran PTPTN Secara Autodebit Bank

Tatacara Membuat Bayaran PTPTN Secara Autodebit Bank
Ok. Sebelum anda memulakan langkah pertama untuk mendaftarkan autodebit bank bagi pembayaran bulanan pinjaman PTPTN anda, terlebih dahulu anda perlu semak status pinjaman PTPTN anda. Ia penting untuk mengetahui dengan jelas dan betul jumlah yang perlu dibayar balik kepada pihak PTPTN.
Tatacara Bayar PTPTN Guna Autodebit Bank
Dalam PTPTN, ada dua jenis bentuk pinjaman iaitu konvensional dan juga islamik. Anda harus tahu perkara ini supaya anda membuat pembayaran balik mengikut kaedah yang betul, lebih-lebih lagi kaedah islamik. Pemahaman ini perlu kerana pembiayaan pinjaman secara islamik ada kaedahnya yang khusus.

Langkah pertama - semak akaun pinjaman PTPTN anda di sini - https://www.ptptn.gov.my/penyatapinjaman/index.html

Anda dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan anda (tanpa sengkang), dan klik 'Semak'. Jika anda pertama kali menggunakan sistem, anda mungkin (saya tak berapa pasti) akan dipaparkan dengan dua kaedah berikut:
  1. Penyata Kira-Kira Pinjaman Konvensional
  2. Penyata Kira-Kira Pembiayaan Ujrah
Klik kepada mana-mana pilihan atau pilihan yang diberikan. Dalam contoh di bawah ini, peminjam telah mengesahkan pinjaman dalam bentuk Pembiayaan Ujrah (Islamik).

Atau anda boleh terus login menerusi laman web berikut - http://www.ptptn.gov.my/direct_debit.html
[Dah Baca?] Tips dan Cara Selesaikan Hutang Pinjaman PTPTN Dalam Tempoh 5 Tahun
Anda kemudiannya diminta untuk login ke akaun PTPTN anda seperti ditunjukkan di bawah ini. Sepeti dinyatakan, masukkan nombor kad pengenalan (tanpa sengkang) dan juga kata laluan. Klik 'Log masuk'. Jika terlupa kata laluan, klik 'Terlupa kata laluan?'. Kata laluan baru akan dihantar ke alamat email anda yang didaftarkan dalam sistem PTPTN. Jadi, pastikan akaun email anda aktif.
Tatacara Buat Autodebit Bayaran PTPTN
Apabila berjaya login ke sistem, paparan di bawah akan muncul. Ia akan paparkan butiran mengenai jenis pinjaman anda.

Langkah seterusnya ialah dengan klik pada bahagian menu tertera 'Penyata Baki'.
Butiran lengkap mengenai pinjaman PTPTN anda akan dipaparkan. Ia akan tunjukkan baki pinjaman, jumlah yang telah dibayar, berapa kos pentadbiran yang telah dikenakan serta beberapa maklumat penting yang lain.

Di dalam penyata tersebut, anda akan nampak satu menu kecil tertulis 'Pendaftaran Untuk Direct Debit' di sebelah logo direct-debit yang comel. Klik menu tersebut.

Satu paparan tertulis 'Permohonan Direct Debit Online' akan muncul di skrin anda. Klik pada kekotak 'Permohonan Baru'. Jika anda pernah memohon sebelum ini, ia akan paparkan status permohonan anda. Jika tidak, ia akan paparkan rekod pinjaman PTPTN anda dengan satu butang tertulis 'Mohon'.

Apabila anda klik sahaja butang 'Mohon', paparan berbentuk borang akan tertera seperti ditunjukkan di bawah ini.
Tatacara Buat Autodebit Bayaran PTPTN

Masukkan nombor telefon bimbit dan email peribadi yang aktif anda. Pastikan bahawa nombor telefon bimbit juga adalah nombor telefon yang aktif. Ini penting kerana dua maklumat ini akan digunakan untuk sebarang makluman berkaitan pembayaran balik yang telah anda buat secara autodebit.

Jumlah bayaran atau potongan akan automatik terpapar. Pun begitu, anda boleh juga menukar jumlahnya kepada satu jumlah lain yang mampu anda bayar, atau dengan persetujuan pihak PTPTN dalam pelarasan. Anda juga boleh membayar dalam nilai amaun yang lebih daripada apa yang dipaparkan.

Jika anda letakkan jumlah yang lebih besar daripada apa yang dipaparkan, ini bermakna tempoh untuk anda langsaikan hutang PTPTN akan jadi cepat, dan mengurangkan kos pentadbiran yang dikenakan kepada anda.

Setelah itu, sila tick dua kotak yang tertera di akhir borang permohonan online autodebit tersebut. Klik butang 'Simpan'. Paparan untuk pengesahan akan muncul seperti di bawah:
Tatacara Buat Autodebit Bayaran PTPTN
Anda diminta untuk membuat semakan terutama dari segi jumlah bayaran yang perlu dibuat. Jika semuanya betul, anda bolehlah terus ke langkah berikutnya iaitu klik pada butang pengesahan maklumat akaun bank.

Sebaik sahaja anda klik pada butang tersebut, anda akan diminta untuk membuat bayaran pendaftaran autodebit sebanyak RM1 menerusi portal PTPTN Online Payment Getaway - FPX.

Anda diminta untuk pilih bank untuk autodebit daripada senarai bank yang disediakan dalam kekotak tertera. Anda juga diminta untuk masukkan email anda. Pastikan email anda adalah sama dengan email daftar PTPTN supaya mudah untuk anda tracking jumlah bayaran yang dibuat.

Selepas itu, anda klik butang 'Bayar dengan FPX'.

Satu tetingkap baru akan muncul (pastikan anda tidak sekat popup) yang paparkan portal pembayaran menerusi bank pilihan anda tadi. Buat pembayaran yang diminta, iaitu bayaran pendaftaran sebanyak RM1.

Pada waktu ini, akan muncul beberapa kali tetingkap amaran minta anda sahkan maklumat akaun bank anda. Abaikan sahaja, sehingga anda selesai buat pembayaran pendaftaran.

Setelah pembayaran dibuat dan disahkan, paparan-paparan di bawah akan muncul secara automatik.
Tatacara Buat Autodebit Bayaran PTPTN
Tatacara Buat Autodebit Bayaran PTPTN
Sekarang, pendaftaran untuk pembayaran balik PTPTN secara autodebit bank telah selesai. Tugas anda cuma kena pastikan akaun bank anda ada jumlah yang mencukupi untuk setiap kali autodebit dilakukan.

Semoga perkongsian ini dimanfaatkan sebaiknya.

Oh ya, jika anda sudah berkeluarga dan punyai anak, saya syorkan untuk anda daftarkan anak-anak anda untuk menyimpan menerusi SSPN-i dan SSPN-i Plus di bawah PTPTN. Anda bukan sahaja dapat pengecualian cukai sehingga RM12K tetapi boleh turut serta dalam cabutan yang melayakkan anda menang wang tunai sehingga RM10,000 setiap bulan, dengan simpanan pelaburan minima RM50 sahaja.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh terus ke sini - Promosi SSPN-i dan SSPN-i Plus 2017

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thanks for this HH.

    Nak SHARE kat kawan yang liat nak bayar. Moga bila ada panduan Auto-Debit ni dia bayar jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement