Toyota C-HR 2017 di Toyota Gazoo Racing Malaysia, Batu Kawan, Penang. Dah tengok model kereta baru Toyota C-HR 2017? Ia merupakan sebuah kereta sedan yang bakal bersaing dengan model kereta Honda H-RV dan juga Mazda CX-3.

Pertama kali diperkenalkan di showroom Toyota , Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor pada 4-8 Ogos 2017, kini ia muncul untuk tatapan orang awam di Toyota Gazoo Racing Malaysia (TGR) yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bermula 12 - 13 Ogos 2017.

Toyota C-HR 2017 di Toyota Gazoo Racing Malaysia Batu Kawan

Toyota C-HR 2017 di Toyota Gazoo Racing Malaysia, Batu Kawan, Penang
Saya telah maklum akan event ini sejak seminggu yang lalu, tetapi belum ada kesempatan untuk ke sini lagi. Tak jauh pun lokasi event ni dari kediaman saya.

Teringin juga nak tengok rupabentuk luar dan dalam Toyota C-HR ini dari dekat, apatah lagi model ini masih belum dirasmikan dari segi spesifikasi dan juga harga sebenar. Pun begitu, daripada beberapa video dan laporan blog-blog automotif, secara amnya model kereta Toyota C-HR 2017 untuk Malaysia ini bakal menggunakan enjin 1.8liter.

Toyota C-HR - Model Crossover

Model Toyota C-HR ini adalah model crossover. Jadi, banyak ciri-ciri kereta ini terutama dari segi spesifikasi akan pernah anda nampak atau ketahui.
Foto Toyota C-HR 2017 Malaysia
Antara yang menarik pada rekabentuk model kereta baru Toyota ini ialah handle pintu seat belakang. Kalau yang dah biasa dengan kereta biasa, tentu tercari-cari mana handle nak buka pintu belakang... haha. Ia terletak di bahagian atas, dan bukan tengah pintu seperti kebiasaan sebuah kereta sedan/hatchback.
[Pernah Baca?] 10 Ciri Menarik Patut Tahu Mengenai Model Toyota Sienta
Pada saya, rekabentuk pintu untuk seat belakang ni tak praktikal untuk sebuah famili. Memang susah anak-anak kecil nak masuk ke dalam kereta, terpaksa tunggu ayah atau ibu tolong bukakan. Mungkin segmentasi pasaran model ini adalah untuk mereka yang tidak mempunyai anak atau golongan bujang yang moden.

Design overall. Hmm sekali pandang memang nampak seksi dan futuristik. Sebuah kereta yang pasti mencuri perhatian ramai orang. Ianya sporty... terutama jika dilihat dari belakang dan sisi.
Gambar Bahagian Dalaman Toyota C-HR 2017
Bahagian dalaman Toyota C-HR 2017 tak banyak dapat diceritakan selagi spefisikasi rasmi tidak dikeluarkan. Pun begitu, daripada beberapa review, saya dapati kereta ini tidak begitu mesra untuk penumpang belakang.

  • Penumpang belakang perlu tunduk untuk masuk ke dalam kereta.
  • Penglihatan terhad kerana bentuk cermin belakang yang menirus.
  • Tiada lubang air-cond untuk penumpang belakang.

Hmm.. nampak benar ia bukan sebuah kereta untuk golongan berkeluarga seperti saya ni .. haha. Memang tak sesuai gitu.

Walaupun tidak mesra ciri keluarga, aspek keselamatan pada kereta model baru Toyota C-HR ini dipercayai sangat baik, malah dibina untuk berada pada tahap optima. Sekali lagi, ia belum lagi diketahui secara rasmi.


Harga Toyota C-HR 2017 Malaysia

Harga kereta Toyota C-HR 2017 juga masih tak diketahui lagi. Saya tak pasti samada ia sudah diumumkan di event Toyota Gazoo Racing Malaysia Batu Kawan. Ada yang mengatakan harga kereta ini akan bermula dari RM140,000 dengan varian 6 warna termasuk duo-tona.

Orait.

Bagaimana rupanya kereta model baru Toyota ni kan? Orait, beberapa gambar Toyota C-HR 2017 untuk anda tatapi.
Toyota C-HR 2017 di Toyota Gazoo Racing Malaysia, Batu Kawan, Penang
Toyota C-HR 2017 di Toyota Gazoo Racing Malaysia, Batu Kawan, Penang
Toyota C-HR 2017 di Toyota Gazoo Racing Malaysia, Batu Kawan, Penang
Toyota C-HR 2017 belum lagi dibuka untuk tempahan, tetapi ia dibuka untuk Pendaftaran Minat. Jika anda minat dengan rekabentuk dan ciri am kereta model baru Toyota C-HR ini, boleh buat pendaftaran awal menerusi link INI.

Anda mungkin menjadi yang pertama untuk memandu uji Toyota C-HR 2017 ini kelak di Malaysia.



1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. huhuhu....kalau anak² kecik yg ramai mcm kita ni..mmg tak sesuai bebeno lah..terjengket² bebudak nak bukak pintu belakang tu...hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement