Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan serta kepandaian tersendiri. Memang terdapat beberapa kajian yang mengenal-pasti tanda-tanda seorang anak bijak sejak kecil. Pada peringkat adanya tanda-tanda ini, ibubapa seharusnya melakukan yang terbaik bagi membantu perkembangan positif anak.
11 Petanda Awal Menunjukkan Anak Anda Adalah Seorang Anak Yang Bijak
Kepandaian dan kebijaksanaan anak boleh dikesan seawal usia 2-3 tahun jika sebagai ibubapa dapat fokus memerhatikan tindak-tanduk dan tingkah-laku anak. Kadangkala ia berlaku pada keadaan yang ibubapa tidak sedari.
Mengikut kajian, terdapat 11 tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anak kecil seorang anak yang bijak dan mempunyai akal yang cerdas.
Jom ... mari sama-sama lihat satu persatu apakah tanda-tanda anak bijak ini:
1. Anak Anda Mudah Ingat Sesuatu Perkara
Satu cara mudah untuk mengetahui sama ada anak anda itu genius atau tidak adalah dengan melihat kebolehan dirinya untuk mengingat sesuatu.Menurut pakar dari New Kid’s Center, jika anak anda mudah untuk mengingat di mana dia letakkan mainan, kenal wajah orang lain dengan mudah, atau ingat sesuatu tempat yang dia pernah pergi, itu adalah petanda yang si kecil anda itu bijak orangnya.
Cuba anda uji ingatan anak anda. Lakukan permainan mudah atau aktiviti berdasarkan memori. Dengan cara ini, bukan sahaja anda boleh melihat samaada anak anda mempunyai kepandaian sejak kecil, malah dapat membantu menguatkan lagi daya ingatannya.
2. Anak Anda Suka Termenung
Pernah tak anda perasan yang si kecil anda suka termenung? Jika ya, ada kemungkinan besar yang pada ketika itu, dia sedang berfikir dalam-dalam dan memfokuskan dirinya pada sesuatu perkara.Dr. Deborah L. Ruf, seorang konsultan akademik menerangkan anak yang pintar suka melihat dan memberikan penumpuan pada sesuatu sedari usia muda!
Sudah tentu, sebagai kanak-kanak, renungan itu mungkin juga renungan yang kosong. Tetapi, ada ketikanya, dia bukan termenung tanpa berfikir. Boleh jadi dia sedang berfikir secara mendalam dan sedang mempelajari sesuatu. Ketika ini, kalau anda panggil anak anda, mungkin anak anda akan buat tak tahu sahaja, dan buat tak endah apa yang anda minta atau suruh.
3. Anak Anda Dapat Membuat Kesimpulan Mengenai Sesuatu Perkara
Kemahiran anak anda untuk berfikir dan membuat rumusan tentang sesuatu hal juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu adalah seorang yang bijak orangnya.
Contohnya, apabila dia melihat seseorang sedang membuat roti bakar, dia pasti boleh merumuskan bahawa orang itu sedang lapar dan akan makan roti tersebut.
Cuba anda ingat, ada tak anak kecil anda tanyakan kepada anda ....contohnya begini:
"Abah masak apa tu? Abah lapar ye?"
Menurut pakar dari What to Expect When You’re Expecting, kemampuan anak kecil untuk membuat hubungan antara satu perbuatan dengan perbuatan lain dan memberikan rumusan berdasarkan pemerhatian adalah satu tanda kepandaian. Aha .. macamana? Anak anda ada tanda ini tak?
4. Anak Suka Bermain Dengan Kanak-Kanak Lebih Dewasa
Jika anak anda gemar bermain dengan kanak-kanak yang lebih berusia darinya, maka itu juga boleh menjadi petanda bahawa anak anda seorang anak yang bijak.
Lyn Kendall, seorang konsultant dari British Mensa berkata yang kanak-kanak bijak suka bergaul dengan orang lebih berusia darinya. Mereka bukan sahaja matang, malah dapat belajar dari kanak-kanak yang lebih tua atau dewasa. Malah, kemahiran berfikir juga mampu berkembang pesat jika dia terus bergaul dengan cara ini.
5. Anak Petah Bercakap
Kanak-kanak yang petah bercakap dan pandai bersembang pada usia muda juga dikatakan lebih bijak dari kanak-kanak yang seusia dengannya. Orang tua-tua dahulu memang suka dengan kanak-kanak yang petah bercakap, pastinya kerana mereka tahu bahawa anak itu mempunyai kebijaksanannya tersendiri.Menurut Institut Davidson, kemahiran bahasa yang tinggi adalah antara ciri yang selalu ada pada kanak-kanak genius. Pada anda, mungkin anak kecil anda itu bak 'burung murai', asyik nak bercakapppp je ... tapi sebenarnya, ia adalah keupayaannya dalam mengekspresikan pemikiran dan perasaannya! Maka, kalau anak anda betah berkata-kata, elok dibiarkan atau layan dia dengan baik.
6. Anak Susah Untuk Tidur
Ini lagi satu petanda yang anak anda itu seorang yang bijak. Mungkin pada anda, ia adalah satu masalah kanak-kanak. Tetapi sebenarnya, anak yang bijak memang sukar untuk lena! Ada je benda yang dibuat atau dilakukan, atau sedang lakukan.
Menurut Dr. Ruf, ini adalah kerana otaknya sedang ligat berfikir, sehinggakan dia tidak mampu untuk lena dek pemikiran tanpa henti itu. Maka, jangan risau sangat kalau anak anda itu susah betul nak masuk tidur awal. Mereka mungkin akan jadi seorang yang hebat satu hari kelak!
7. Anak Gemar Bersosial
Ada kanak-kanak pemalu sifatnya. Ada juga pendiam dan tidak pandai bermain dengan kanak-kanak lain. Tapi, kalau anak anda suka berkawan dan tidak suka duduk diam bila berjumpa dengan rakan sebaya dengannya, maka ini juga salah satu daripada petanda yang anak anda itu bakal menjadi seorang insan yang pandai dan cerdik.Lyn Kendall dari Mensa menerangkan yang sifat suka bermain, bergurau dan bersosial adalah ciri yang ada pada kanak-kanak bijak. Jadi, jika anak anda memeriahkan suasana anda ketika berkawan, ketahuilah bahawa anak anda itu ada bakat istimewa.
8. Anak Menunjukkan Pelbagai Emosi
Kemahiran untuk meluahkan pelbagai perasaan juga adalah antara ciri yang ada pada kanak-kanak yang mempunyai akal yang bijak. Cara memproses sesuatu emosi pada peringkat awal usia ini menunjukkan bahawa otak dan emosi sedang berinteraksi.Dr. David Palmer, seorang ahli psikologi menjelaskan kepada Psychology Today bahawa anak yang bijak itu lebih beremosi dari kanak-kanak biasa. Sesuatu yang saya sendiri tidak jangkakan. Agak berlainan dengan kepercayaan saya selama ini.
[Baca] Petua Lahirkan Anak Yang Bijak
Menurut pakar ini lagi, anak kecil yang bijak adalah sensitif dan mampu menunjukkan rasa simpati dan empati pada orang lain. Jadi, jika anda perasan yang anak anda sering berubah emosinya, ketahuilah bahawa dia sedang meningkatkan kemahiran emosi serta kognitifnya.
9. Anak Sentiasa Banyak Tenaga
Banyak bergerak, bermain serta mempunyai tenaga yang tinggi bukanlah ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak hiperaktif semata-mata. Tetapi, ia juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu bijak orangnya.
Dr. Hillary Hettinger Steiner dan Dr. Martha Carr menjelaskan yang stimulasi mental serta fizikal adalah tanda kepandaian pada seorang kanak-kanak! Maka, janganlah kita sebagai ibu bapa nak melolong marahkan anak kerana asyik bermain tanpa henti - memang itu sifat mereka yang ada kelebihan ini.
10. Anak Minat Pada Sesuatu Perkara dari Usia Kecil
Kanak-kanak gemar serta sering bertukar minat. Tapi, kalau anak anda sukakan sesuatu perkara untuk masa yang lama, ini adalah tanda kebijaksanaan.
Contohnya, walaupun anak anda masih kecil, tapi dia sudah ada hobi tersendiri – contohnya melukis gambar kartun yang diminatinya atau suka menyimpan kad gambar atau mainan yang unik.
Menurut Baby Center, anak anda mungkin berbakat jika dia mahir dalam sesuatu aktiviti, contohnya seni, sukan atau pandai bermain dengan nombor.
11. Anak Anda Sukakan Buku
Bukan semua kanak-kanak gemarkan buku. Hanya yang istimewa sahaja tertarik dengan buku – menyelak setiap halaman, melihat gambar dan membacanya![Baca] Tips Untuk Didik Anak Agar Suka Membaca
Jika anda perasan dari awal yang si kecil anda gemarkan buku, berbanding alat mainan lain, maka, ketahuilah bahawa anak anda mungkin seorang yang cerdik. Menurut New York Parenting, kanak-kanak yang pandai selalu menunjukkan minat dalam membaca sebelum mereka masuk ke alam persekolahan lagi!
Aha .. jadi bagaimana? Anda sudah tahu 11 tanda seorang anak yang bijak. Adakah anak-anak anda ada semua tanda-tanda dinyatakan di atas? Atau mungkin sebahagian dari petanda tersebut? Jika ya, alhamdulillah .. anak anda mungkin salah seorang manusia yang punyai kepandaian dan kebijaksanaan tersendiri.
Sila amati dan perhatikan anak anda. Bila dapat kenal-pasti, gunakan kesempatan dan kelebihan itu untuk asuh dan didik mereka menjadi lebih baik dan sempurna. Paling penting, gunakan peluang untuk bentuk diri mereka yang punyai tanda kebijaksanaan ini untuk menjadi insan yang berguna dan bermanfaat pada manusia lain.
Olahan dari sumber: my.theasianparent.com dan majalah Pa&Ma.
Ada jg sangkut pada anak2 sini tu sifu HH..terima kasih ya
ReplyDeleteAlhamdulillah mudah-mudahan anak-anak kita semua menjadi anak yang bijak soleh dan solehah.
ReplyDeleteInsyaAllah, semua anak² ni memang bijak. Cuma parents kena kenalpasti kelebihan anak² dan kecenderungan mereka
ReplyDeleteYa betul tu. Zaman sekarang, ada ibu bapa yang tidak ambil kesah lalu lepaskan tanggungjawab pada pembantu rumah dan juga tadika/taska.
DeleteWhh syukur byk yg kebetulan.. perasan anak xsuka cmpur budak2 sebaya dia klu msin lari2 sbb dia memilih. Mula2 risau jugak..tp die suka pergi dkt kakak2 yg suka wat keje skolah..tu la yg dia duduk nk tgk org blaja.. mungkin sbb gigirl kot sopan xlasak.hehe.. usia 1thn 11bln dah bole bole ngaji.. skrg dah 2thn 2bln dah hafal 1-10.. memori ingt sedangkn sy cuma praktikkn hari2 nk turun tangga..
ReplyDeleteAlhamdulillah, Allah dah kurniakan kepada kita anak-anak yang memang bijak, cuma kita sebagai ibu bapa kena perhati dan didik ikut acuan yang betul
Deleteinsyallah...setiap anak2 ada kelebihnanya..apa2 pun mereka tetap bijak di mata kita
ReplyDeleteSemua ciri2 ini ada pada anak gua.. terutama part tidur lambat.. kenkadang kul 2 pagi baru tidur, esok pagi g sekolah hahah.
ReplyDeletePatutla says bijak..
ReplyDeleteTulah ciri ciri yang ada pada saya zaman kecik dulu..
Sekarang macam dah kurang la pulak
Hihihihi tq for the tips yaaa !
ReplyDeletebagus tips ni...tapi anak bijak ni kekdg payah jugak sampai kita pulak rasa kurang bijak..hheeee
ReplyDeleteHahaa.. betul.
Deletetanda yg pertama tu ada pada anak kedua sy, usia bru msk 2tahun..cpt ingat sesuatu
ReplyDeletekadang kadang rasa terpanggil apa yang menjadikan kanak kanak dari negara luar lebih cepat matang hehe..
ReplyDeletesupaya boleh diadaptasi kepada anak sendiri
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.