Saya tak tahu nak nyatakan kenapa "kosong" sebab tak nampak sebarang keistimewaan pun, tapi ....gambar seorang budak berpakaian baju sekolah rendah menjunjung kerusi di atas kepalanya itu telah menarik nostalgia lama saya ketika kecil dahulu.
Saya Dulu Budak Kelas Belakang
Don't Judge A Book by It's Cover. Percaya atau tidak, buku yang ditulis oleh Kaizan Nazlan ini telah mengingatkan saya ketika zaman mula saya bersekolah di SRKPT, Kem Batu 10, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang. Ia satu tempoh atau jangkawaktu yang telah banyak melakar sesuatu dalam ingatan saya.Buku yang awalnya saya anggap kosong ini, rupanya ada nilai yang cukup dekat dengan hati dan jiwa.
Ketika mula bersekolah itulah, saya kenal secara dekat dengan rakan-rakan dari pelbagai latar, bangsa dan etnik serta agama. Zaman naif yang tak tahu membeza.
Di usia seawal 7 tahun itu, saya ada kawan dari bangsa Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Singh termasuklah seseorang yang saya kenal dari Orang Asli. Saya juga dapat berkawan dengan rakan dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Melaka, Johor ... uhh macam-macam.
Saya Dulu Budak Kelas Tercorot
Ya, saya dulu budak kelas belakang. Sepertimana diceritakan dalam buku ini, saya dulu adalah seorang murid yang boleh dikatakan tercorot. Saya pernah merasa berada top 3 dari bawah dari keseluruhan kelas semasa di darjah 1. Saya tak pernah pun lepasi top 10 dari bawah selama 3 tahun di sekolah tersebut.Kalau anda semua nak tahu, selama 3 tahun saya ditempatkan di kelas paling belakang iaitu Kelas 'T'. Kelas 'T' ini macam kelas budak-budak yang kurang pandailah. Tahap pandai cuma tang kenakalan dan suka bermain masa sebelum mula kelas, masa rehat .. dan waktu akhir kelas... haha.
Tapi, seperti satu keajaiban, saya berjaya mendapat tempat nombor satu dalam kelas semasa di darjah 4. Pencapaian yang tak pernah diimpikan itu membuatkan kedua ibu bapa saya sangat bangga sehingga arwah ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada saya!
Bukan setakat basikal, saya dapat colour pencil paling mahal, beg sekolah paling canggih ketika itu ... yang selama ini tak pernah pun saya nak minta.
Yelah, mana tak terkejut .. asyik bawa report card dengan banyak warna merah selama 3 tahun, tetiba peperiksaan akhir darjah 4, saya jadi antara pelajar terbaik di sekolah. Terkejut la ibu bapa saya .. haha.
Buku Ini Ada 'Cerita' Saya Yang Tidak Dirungkaikan
Buku Budak Kelas Belakang banyak rungkaikan perkara yang selama ini saya hanya fikirkan dalam diri. Tak dicerita dan diluahkan macam apa yang terkandung di dalam buku ini.Sebagai salah seorang bekas pelajar dalam sistem KBSR dan KBSM Kementerian Pelajaran Malaysia .... saya boleh anggap generasi saya ketika itu adalah seperti 'tikus eksperimen' dalam sistem pendidikan negara.
Betul ni. Ketika itulah sistem pendidikan memulakan langkah drastik untuk memodenkan sistem pengajaran dan pendidikan formal negara. Peperiksaan darjah lima dimansuhkan dan digantikan dengan UPSR. Corak pengajaran di dalam kelas juga berlainan, buku teks pula mempunyai silabus yang jauh berbeza dengan sebelumnya.
Rentak Santai Dengan Nada Bercerita
Dalam buku yang disampaikan dalam rentak santai ini, saya disedarkan banyak perkara terutama tentang ilmu keusahawan dan perniagaan serta tips membina keupayaan serta kekuatan diri.Ia sebuah buku yang ada isi motivasi, ada isi keagamaan, ada isi menyentuh isu, ada fakta, ada ayat Al Quran, ada Hadith ... ada cerita sejarah, ada tips dan panduan yang anda tidak sangka boleh diperoleh dari sebuah buku yang di depannya hanya meletakkan gambar seorang budak sekolah menjunjung kerusi di atas kepala.
Yang bestnya tentang isi kandungan buku ini ialah ia adalah sebuah garapan hasil pengalaman penulis dan mungkin serba sedikit daripada pembacaan dan pengaruh persekitaran berealiti sebenar - bukan rekaan fantasi yang tak berlandaskan fakta.
Terkena Batang Hidung Sendiri
Anda pasti akan tersentak apabila ada sebahagian cerita terkena batang hidung sendiri, atau setidaknya ia sesuatu perkara yang benar berlaku di sekeliling yang rapat dengan anda. Anda akan belajar sesuatu dari buku ini, PASTI!Saya kongsikan intisari buku ini untuk anda ye .. anda boleh teka apa yang cuba nak disampaikan ikut pemahaman anda ...
- Apabila Anak Murid Ditanya Mengenai Cita-Cita Mereka
- Universiti Kehidupan
- Kelemahan Sistem Pendidikan
- Sekolah Bukan Penjara
- Mendidik atau Sekadar Menjaga Prestasi?
- Budak Kelas Belakang Sebenarnya Berpontensi
- Kejayaan dan Kegagalan Adalah Satu Pembelajaran
- Jenayah Paling Kejam
- Kisah Nasi di Pagi Hari
- Kehilangan yang Dirindukan
- Bukan Sekadar Biskut Coklat
- Abang Mana Susu Anak Kita?
- Lima Pesanan Buat Graduan Muda
- ..
- ...
- ....
- ...
- Manusia Jalanan
- Kisah Ketam di Pasar Chow Kit
- Melayu dan Keusahawan
- Ular dan Merak
- ....
- .....
- Bajet Kahwin Kami vs Bajet Mertua Kami
- Tie dan Lebai Bermentaliti Jamban
- Penunggang Agama
- ...
- ...
- ...
- Kemewahan dengan Hutang
- ...
- ...
- ...
- ...
- Hutang Puaka
- Artis atau Kawan?
- ..
- ...
Kalau anda lihat pada intisari tajuk-tajuk di atas tu, anda boleh jangka bahawa buku ini tiada golongan sasaran khas. Ini menjadikan ia sebuah buku yang boleh dibaca oleh hampir semua orang. Jika anda ada jiwa untuk perubahan dan merangka hidup lebih baik, maka buku ini mesti anda baca.
Ada Virus Yang Akan Buat Anda Ulang Baca
Anda takkan tahu apa yang bakal anda dapat bila habis membaca buku ini, tetapi percayalah ... seperti diri saya sendiri, anda akan mengulang baca beberapa tajuk kecil untuk anda jadikan sesuatu motivasi, tips mahupun panduan untuk kehidupan yang lebih bermakna.[Promo] Promosi Senyap Diskaun Best di Lazada oleh HasrulHassan.comJika anda ada terdetik di dalam hati untuk baca buku ini, maka saya syorkan anda dapatkan segera di kedai-kedai buku berhampiran. Saya dapat tahu, buku 'Budak Kelas Belakang - Langkahnya Panjang' boleh didapati menerusi MPH Online dan Popular Book Store ...
Anda juga boleh follow penulis, saudara Kaizan Nazlan di sini - https://www.facebook.com/kaizannaz.penapadi
p.s: Walaupun banyak review kata buku ini elok dibaca untuk mereka yang nak jadi usahawan dan jutawan, tapi bagi saya .. buku ini elok dibaca kalau mahu jadi manusia yang ada guna - walaupun dulu pernah dianggap manusia yang tak ada guna/masa depan.
normal kehidupan..
BalasPadamada masa diatas dan selalunya juga dibawah
Macam best. Nak beli nak baca.
BalasPadamTak pernah jumpa lagi buku ni. Ada masa and kesempatan nanti nak cuba baca jugak.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.