MTI ini baru sahaja ditubuhkan, dan ia merupakan sebuah ma'ahad tahfiz yang serba lengkap dan moden. Pengambilan pelajar tingkatan satu untuk sesi 2018 baru sahaja dibuka awal September lalu, dan ia mendapat sambutan menggalakan dari kalangan ibu bapa yang anaknya mengambil peperiksaan UPSR 2017.
Cara Mohon Ma'ahad Tahfiz Ismail Puncak Alam
Walaupun ramai ibu bapa yang teringin dan mahu memohon kemasukan tingkatan satu ke MTI, ada yang masih tidak tahu cara untuk memohon yang betul. Saya terlihat masih ramai di kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya bagaimana caranya mereka untuk memohon masuk ke MTI ini.Untuk membantu ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak mereka masuk ke tingkatan satu Ma'ahad Tahfiz Ismail ini, saya telah sediakan langkah-langkah di bawah. Hanya perlu ikut sahaja.
Langkah Memohon Masuk Ma'ahad Tahfiz Ismail - Kemasukan Sesi 2018 Tingkatan 1
- Muat turun borang permohonan masuk ke Ma'ahad Tahfiz Ismail.
- Cetak borang permohonan.
- Isi borang tersebut dengan lengkap.
- Hantar samada menerusi pos ke alamat Ma'ahad Tahfiz Ismail, atau terus ke pejabat pengurusan di Masjid Puncak Alam, atau boleh menghantar menerusi email admin@mti.my
- Jika mahu menghantar borang permohonan menerusi email, pastikan anda telah isi borang yang dicetak dengan lengkap, dan kemudian scan sebelum attach di dalam email.
- Untuk hantar menerusi pos, gunakan alamat seperti tertera pada kepala borang permohonan.
Syarat Kemasukan Ma'ahad Tahfiz Ismail
- Pelajar lelaki tamat pengajian tahun 6 (umur 13 tahun pada 2018)
- Boleh membaca al-Quran dengan baik dan lancar.
- Pelajar sendiri amat berminat untuk menjadi hafiz.
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik.
- Mampu menulis jawi.
- Lulus temuduga yang bakal diadakan.
- Bersedia untuk tinggal di asrama yang disediakan.
Borang Permohonan Masuk MTI
Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon masuk ke Ma'ahad Tahfiz Ismail (MTI), borang permohonan boleh dimuat-turun (download) di bawah ini. Klik kekotak kecil di penjuru untuk muat-turun atau cetak terus menerusi komputer anda.Yuran Pengajian
Setakat ini, pihak Ma'ahad tidak menetapkan yuran khusus untuk belajar di sini. Ia bergantung kepada kemampuan ibu bapa pelajar berkenaan. Pun begitu, setakat yang saya tahu ... yuran pengajian di MTI adalah sangat mampu dan ianya diberikan percuma untuk anak-anak asnaf yang layak atas pertimbangan pihak pengurusan.Setakat artikel ini ditulis, semua anak-anak yang kini belajar di Ma'ahad Tahfiz Ismail adalah dibiayai sepenuhnya tanpa perlu membayar apa-apa yuran pengajian, termasuklah yuran asrama dan juga yuran makan-minum di asrama.
Kemudahan Asrama
Kemudahan asrama di MTI memang antara yang terbaik dan moden. MTI mempunyai (setakat ini) 4 buah blok asrama yang hanya menempatkan pelajar lelaki sahaja. Asrama dilengkapi dengan kemudahan berikut:- Katil
- Almari
- Cadar, Sarung Bantal & Selimut
- Air Cooler
- Gayung dan Baldi
- Water Dispenser
- Lain-lain Keperluan & Peralatan
Info Mengenai Ma'ahad Tahfiz Ismail Puncak Alam
Okay, sedikit info penting mengenai Ma'ahad Tahfiz Ismail yang perlu diketahui.Ma'ahad Tahfiz Ismail (MTI) Puncak Alam telah ditubuhkan pada 2016, bermula dengan cetusan idea oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail (kini CEO SYABAS) pada tahun 2011 sewaktu beliau mula-mula bercadang untuk membina Masjid Puncak Alam.
Pada 10 Julai 2015, Puncak Niaga di bawah Tan Sri telah mewakafkan Kompleks Masjid dan seluruh pentadbirannya beserta tanah kepada Perbadanan Wakaf Selangor.
Bermula dari itulah, Ma'ahad Tahfiz Ismail mula beroperasi pada 16 Januari 2016 dengan kapasiti pelajar seramai 30 orang bagi pengambilan pertama bagi sesi tahun 2016. Manakala, Masjid Puncak Alam dan Perbadanan Wakaf Selangor telah bersetuju supaya Corporate Line Sdn Bhd membiayai segala perbelanjaan mengurus dan mentadbir Ma'ahad Tahfiz Ismail tersebut.
Carta Alir Pengajian di Ma'ahad Tahfiz
Mungkin ada ibu bapa yang tertanya-tanya, bagaimana keadaannya masa depan anak-anak mereka jika belajar di sebuah maahad tahfiz seperti MTI ini? Ok, jika itu adalah persoalannya ... boleh lihat carta alir di bawah ini sebagai panduan am.Nampak? tak jauh bezanya pun dengan sekolah menengah yang lain, malahan anak anda akan ada kelebihan iaitu menjadi seorang yang boleh menghafaz dan membaca Al Quran dengan baik, selain boleh kuasai bahasa asing terutamanya bahasa Arab.
Anak anda akan tetap hadapi PT3 dan juga SPM, dan belajar subjek-subjek teras lain sepertimana pelajar menengah lain. Jadi, tak perlu risau. Patutnya bangga dan rasa syukur andai anak anda diterima belajar di sebuah sekolah agama atau ma'ahad tahfiz seperti Ma'ahad Tahfiz Ismail ini.
Untuk maklumat lanjut boleh refer pada banner iklan kemasukan yang saya lampirkan dalam artikel ini, atau boleh terus ke laman web rasmi Ma'ahad Tahfiz Ismail.
Laman Web Rasmi - http://mti.my/Semoga bermanfaat dan selamat berjaya membuat permohonan masuk ke MTI.
bagus ni.. kemas.. boleh war2 kan pd sahabat2
BalasPadamMaahad baru, pastu diuruskn secara pro, memang nampak kemaslah. Best betul asrama dia, jika anaak saya tgk ni .. sura nak minta masuk sini.
PadamAlhamdulillah. Rasa sejuk mata memandang.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.