Dalam blog post lepas, saya ada beritahu secara ringkas yang saya sekeluarga telah bercuti dan menginap di sebuah hotel paling besar dan tinggi di Seri Iskandar, iaitu D'Hotel Seri Iskandar. Hotel ini adalah hotel yang terletak dan bersebelahan (satu bangunan) dengan pasaraya Billion Seri Iskandar.

Sebenarnya, percutian ini adalah percutian add-on dengan apa yang perlu isteri saya lakukan di Seri Iskandar. Isteri saya perlu mengendalikan kursus. Jadi, dah terlanjur ada kesempatan untuk menginap di hotel ini, maka kami telah mendapatkan sebuah bilik standar dengan dua katil.

Isteri Kerja, Kami Lepak Santai di D'Hotel Seri Iskandar

Review D'Hotel Seri Iskandar
Review Blogger Mengenai D'Hotel Seri Iskandar
Buat saya, inilah pertama kali menginap di D'Hotel Seri Iskandar, manakala isteri saya pula ia merupakan penginapan bermalam buat kali kedua. Disebabkan baby Najmi masih menyusu badan, dan tugasan isteri saya ini pula dilakukan di luar daerah, nak tak nak .. memang kena angkut semua sekali termasuk dua anak saya yang masih bersekolah.

Puas Pujuk Anak Untuk Ponteng Sekolah

Jadi, secara tak rasmi .. dua anak saya dan kami sendiri telah memulakan percutian penggal pertengahan sekolah lebih awal daripada sepatutnya. Agak susah juga nak pujuk dua anak saya iaitu Zikri dan Maira untuk ponteng kelas. Lebih-lebih Zikri yang telah dipilih oleh pihak sekolah untuk mewakili dalam pertandingan mewarna peringkat daerah. Kebetulan, tarikh pertandingan jatuh pada hari sama dengan kerja isteri di Seri Iskandar... uh.

Haha .. ibu bapa lain nak anak sentiasa pergi sekolah, tapi kami lak .. minta anak untuk ponteng ... uhh jangan ikut tips kekeluargaan ni ye, tak bagus sebenarnya. Tapi apa nak buat, keadaan kami memaksa. Nak tak nak, terpaksa inform kat guru kelas mereka ...

Tak Sabar Nak Tengok Keadaan D'Hotel Seri Iskandar

Maka, bergeraklah kami semua ke Seri Iskandar, dan saya tak sabar nak tengok bagaimana keadaan hotel ini yang mendapat review yang baik daripada isteri saya sebelum ini.

Sampai di hotel ....

Hmm .. bilik yang kami menginap agak selesa dan ia memang saiz bilik standard sesebuah hotel. Tak ada benda yang boleh saya complaint, semuanya ok bagi saya dan anak-anak.

Tempat tidur dalam keadaan bersih. Katil dan tilam memang selesa. Anak-anak pun gembira je. Banyak masa kami - saya dan anak-anak, semuanya bersantai dan berehat di dalam bilik sahaja. Lebih suka melayan karenah baby Najmi yang dah semakin bijak dan cerdik.
Cuti Santai D'Hotel Tapi Isteri Bekerja
Aha .. kalau bercuti santai macam ni, dan isteri saya pula perlu 'bertugas' ... kolam renang adalah kemudahan paling penting yang perlu ada, apatah lagi kalau bersama anak-anak ni ...

Alhamdulillah, D'Hotel ada dua kolam renang yang cukup besar, baik untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Disebabkan percutian kami di tengah-tengah minggu, maka kolam renang memang menjadi 'hak-milik' dua beradik Zikri dan Maira lah .. haha

Perkara pertama bila sampai hotel ni, adalah mencari di mana letaknya kolam renang hotel.

Nah ... ini dia gambar keadaan kolam renang D'Hotel Seri Iskandar.
Nampak tak tu? Kosong tak ada orang ... saya tak dapat nak join anak-anak saya ni sebab perlu jaga si kecil. Nak terjun sekali dengan Najmi, tak bawa pula pelampong .. malah pakaian mandi pun saya tak bawa .. haha.

Kolam renang memang tak ada orang jaga, tapi ada CCTV. Ia terletak di bahagian atas hotel tanpa bumbung. Di sebelah kolam renang adalah dewan makan, yang ada tangga untuk akses ke dewan seminar selain ke pasaraya Billion.

Memang puaslah dua beradik, Zikri dan Maira layan mandi kolam renang.
Kolam renang D'Hotel Seri Iskandar

Lepak Santai di D'Hotel Seri Iskandar
Kolam renang D'Hotel Seri Iskandar

Lokasi Hotel Memang Strategik

Lokasi hotel ini agak strategik juga. Ia berdekatan dengan banyak kedai makan. Malah, depan hotel ini ada deretan gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Jadi. soal makan tidak jadi masalah.

Nak shopping? Tengok wayang? Leh je pergi ke pasaraya Billion yang terletak bersebelahan. Nak shopping benda lagi best ...errrr macam kain ela, karpet, kain langsir dan perabot .. boleh ke 'Nilai 3' Seri Iskandar.

Saya difahamkan hotel ini selalu jadi tumpuan untuk kakitangan kerajaan buat kursus, dan juga syarikat swasta yang mahu perkenalkan bisnes. Kerana apa? Sebab lokasi hotel ini berdekatan dengan beberapa pejabat kerajaan, selain penempatan perumahan, selain UiTM, IKBN dan UTP.

Harga Penginapan di D'Hotel Seri Iskandar

Harga penginapan di hotel ini adalah seperti ditunjukkan di bawah ini.
Harga Penginapan di D'Hotel Seri Iskandar
Tetapi, jika anda nak cari harga tawaran menarik boleh cuba jenguk Agoda atau Trivago. Dalam Booking.com pun ada nama hotel ni.

Oh ya, anak sulong saya tak ada dalam percutian santai ni sebab tak ada kelepasan untuk keluar asrama. Jadinya, kami sekeluarga termasuk pulang ke kediaman kami sebelum sambung percutian lain.

Nak tahu? Jangan lupa untuk follow blog ini ye.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang best ..dapat berkampung di hotel..

    saya selalu menginap di hotel tetapi tak pandai pulak nak tulis review nie,

    BalasPadam
  2. memang terbaek kalau dapat bermalam di hotel macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagipun sini tak sibuk .. awek IPT ramai .. hahaha

      Padam
  3. Baru 2minggu lepas lalu seri iskandar... Tak perasan pulak hotel ni...

    BalasPadam
  4. hehe.. saya pun next week kene berkursus kat Melaka. Ingt nak angkut semua anak beranak termasuk suami sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada keizinan dan dibolehkan, bawa je .. :) inilah masa si suami tahu apa kerja kita buat .. :P

      Padam
  5. Kolam renang kat D'Hotel ni orang awam pun leh masuk, tapi kena bayar ... petang2 ramailah awek masuk nak mandi kolam renang ni .. awek IPT weihhh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement