Dalam rekod, Design Village atau juga dikenali sebagai Premium Brands Outlet (PBO) Penang telah dibuka pada November 2016. Walaupun ketika pembukaan ini banyak kedai dan ruang masih belum terisi sepenuhnya, namun semasa saya dan keluarga ke PBO baru-baru ini, banyak jenama terkenal telah pun membuka outletnya di sini.
50 Jenama (Brands) Diketahui Ada di Design Village, Bandar Cassia, Penang
Kalau ikutkan, sebelum saya menulis post ini .... sudah 3 kali kami sekeluarga ke Design Village Bandar Cassia ini. Dan sekitar akhir Julai 2017, kami datang sekali lagi semata-mata untuk mencari barangan dan produk untuk baby Najmi, dan juga untuk shopping baju untuk keperluan Hari Raya.
Saya dah pernah ceritakan beberapa siri pengalaman menarik kami bershopping (lebih window shopping je) di sini, malah turut berkongsi beberapa tips dan informasi penting jika anda 'tersesat' ke sini.
Pun begitu, ada ramai yang masih tertanya, brands atau jenama apakah yang membuka outlets di sini. Tentu nak tahu kan?
Senarai 50+ Jenama Terkenal Yang Buka Outlet di Design Village (PBO)
Okay. Untuk post kali ini, saya akan senaraikan sebanyak mungkin brands atau jenama-jenama terkenal yang boleh anda jumpa di Design Village atau PBO ini.- Aldo
- Bata
- Bonia
- Bratpack
- Camel Active
- Carlo Rino
- Clarks
- Coach
- Converse
- Cosas United
- Everlast
- Geox
- Hush Puppies
- Hypergear
- Kipling
- Kutsu Kutsu
- Leathermade
- Moodboard
- Multi.tude
- Obermain
- Pierre Cardin
- Samsonite
- Skechers
- Adidas
- Arnold Parmer
- Body Glove
- BVO
- Brooks
- Cotton On
- Dapper
- DC Tribe
- Ed Hardy
- Edwin
- Esprit
- Felancy
- G2000
- Guess
- Levi's
- Padini
- Poney
- Puma
- Reebok
- Timberland
- Rip Curl
- RC Signature
- Akemi
- Chester London
- Miniso
- The Kitchen Shop
- Itskin
- Sasa
Kalau ke sini, anda memang takkan kecewa kerana anda pasti akan berbelanja dan bershopping. Mana taknya, hampir setiap hari anda akan nampak angka 70-60-50% diskaun dipaparkan pada setiap outlet yang ada.
Tawaran seperti 'beli satu percuma satu', 'beli dua percuma satu', 'beli satu percuma dua', 'beli dua dengan satu harga' dan banyak tawaran melelehkan akan membuatkan anda rasa macam nak sedekahkan baju lama anda yang dah bersusun di dalam almari...huhu. Serius ni.
Uhh kalau banyak bajet, memang berbaloi shopping sakan di Design Village ni.
Kawasannya yang luas memang agak selesa untuk para pengunjung. Kemudahan yang ada pun agak bagus, malah ada ruang rehat berhawa dingin disediakan khas untuk pengunjung.. siap ada minuman percuma lak tu .. aha .. ni tentu ramai tak tahu ni.
[Dah Baca?] Baju Kurung, Blouse, Tudung Harga MurahMalah, anda boleh gunakan komputer dengan akses internet untuk cetak beberapa baucer diskaun percuma dari laman web rasmi online beberapa jenama yang buka outlet di PBO ini. Lagi banyak anda explore apa yang ada di Design Village, lebih jimat, lebih untung anda akan dapat bila shopping di sini.
Untuk itu, sewajarnya saya ingatkan kepada anda ... berbelanjalah dengan berhemah. Bila anda ke sini, memang anda akan berperang dengan nafsu nak membeli-belah. Semua nampak menarik dan menggoda. Kalau tidak, masakan saya sendiri dah berulang datang ke Design Village ini walaupun terpaksa membayar tol untuk ke sini... huhu
[Dah Baca?] 4 Tempat Shopping Dengan Harga Jimat di Bandung, IndonesiaNak belanja di sini, gunakan sepenuhnya kad debit atau tunai, jangan mudah terjerat dengan tawaran yang ada sehingga anda ringan tangan hulur kad kredit anda.
Semoga sedikit informasi mengenai jenama atau brands yang ada di Design Village yang saya kongsikan akan bantu anda sedikit sebanyak.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.