Yeah. Jaranglah saya dan isteri untuk miss jualan online yang ada diskaun ni. Kali ini, kami terpanggil untuk shopping kaw-kaw sekali lagi di Lazada Malaysia. Target utama ialah untuk dapatkan 'pampers' untuk baby Najmi yang semakin membesar.

Masa untuk shopping kaw-kaw dengan Lazada. Sekarang sedang ada promosi untuk kempen Shopping 9.9 Kaw-Kaw di Lazada. Kalau anda tengah cari barang nak beli dengan harga murah serta dengan diskaun lebih, maka inilah masanya.

Jom Shopping Kaw-Kaw di Lazada Malaysia

Shopping Kaw-Kaw di Lazada Malaysia
Tanpa berlengah, kami terus ke online shopping mall Lazada Malaysia untuk cari barangan untuk baby. Banyak betul tawaran harga menarik dan diskaun menerusi kempen Shopping 9.9 Kaw Kaw ni. Rambang mata jugalah ... haha.

Tapi kami cuma target untuk barangan bayi je. Tak mahulah over-spend sebab bajet bulanan sekarang dah makin ketat disebabkan harga petrol di pasaran dalam minggu ni dah naik sehingga harganya dah lebih RM2 seliter.

Salah Satu Cara Nak Berjimat

Lagipun, saya tengah nak praktik tips untuk dapat simpan RM1000 sebulan ni .. hoho .. nak try ikut? Boleh dapatkan panduannya di SINI.

Disebabkan tu juga, kami pilih untuk shopping secara online untuk barang-barang terpilih. Lagipun, selain tak perlu keluar rumah, harga ditawarkan jauh lebih murah daripada apa yang ada di luar sana.

Pastu, dengan kempen ni yang tempohnya pendek, iaitu dari 7 September hingga 9 September .... banyak diskaun sehingga 80 peratus ditawarkan. Harga lagi murah daripada kebiasaan di Lazada tu. Bila tempoh pendek ni, selalunya diskaun diberikan memang tinggi.

Nak nak lagi, ada banyak produk dan barangan yang dijual tak dikenakan caj penghantaran. Ahaaaa .. kan dah double jimat tu. Kalau orang bijak macam saya ni .. memang tak perlu nak buat kira-kira dah .. hahaha .. sebab dah sah-sah dapat dua kelebihan - harga jimat, kos penghantaran percuma.

Kami Beli Pet Pet Jumbo Pek (M50) Day Pants

Kami dah beli apa yang kami nak.
Shopping Beli Pet Pet Harga Diskaun Secara Online
Shopping Pet Pet Harga Diskaun di Lazada Malaysia
Seperti biasa, kami beli lampin pakai buang jenama Pet Pet saiz M untuk baby Najmi. Sebelum ini dah beli dah, cuma kali ini beli lagi sebab guna kod diskaun diberikan, maka dapat harga lagi murah .. dan tak ada caj penghantaran dikenakan.

Tambahkan stok sebab memang lampin macam ni banyak digunakan.

Kami beli Pek Jumbo Pet Pet (4 Pek M50) Day Pants, cuma bayar RM68.85 sahaja termasuk GST. Harga asal di Lazada Malaysia adalah RM72 - harga ni pun dah jimat dah. Dengan gunakan kod baucer diberikan, dapat jimat lagi dengan potongan tambahan.

Tempoh kempen ni terhad. Jadi, kalau anda dah ada bajet tu dan nak jimat lagi, baik shopping sekarang menerusi kempen Lazada Shopping 9.9 Kaw Kaw ni.

Errr kalau ada antara anda nak beli iPhone 6 harga rendah ke, Samsung Note terbaru ke, inilah masanya tu .. jeng jeng jeng .. itupun kalau memang dah ada bajet dan duit la ... huhuhu.

In Sha Allah, tak rugi dan anda pasti lega sebab cara ini akan dapat bantu anda untuk simpan lebih banyak wang daripada berbelanja. :)

Kalau anda nak shopping dengan harga diskaun, cepat-cepat jenguk laman web Lazada. Klik banner Lazada yang ada tawaran diskaun tu atau terus sahaja ke SINI.



5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Jom shopping online di Lazada sekarang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah beli beberapa benda lain ni .. woot woot .. best best ... murah murah

      Padam
  2. Semua pun kaw kaw sekarang ni tagline gitew!!

    BalasPadam
  3. Nak beli iPhone tapi tak mampu. Hehehe. Tapi tertarik dgn offer Lazada buat untuk phone lain.

    BalasPadam
  4. memang best tarikh 9.9 ni..
    bukan lazada jer.. banyak lagi marketplace seperti shopee juga buat sales

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement