Ada banyak bukti dan contoh. Kalau anda ada akaun Instagram, anda boleh lihat betapa ramai usahawan di situ yang pasarkan produk mereka sendiri, kebanyakkannya adalah produk kosmetik dan juga kecantikan. Ada juga yang pasarkan produk kesihatan dengan jenama sendiri walaupun jenama tu belum ada nama yang gah macam Vida Beauty, Almas, D'Herbs dan sebagainya.
Panduan Jadi Pemilik Produk Komestik Jenama Sendiri
Aha, tak teringin ke nak menjadi pemilik dan pengasas atau produk owner macam mereka? Tak teringin ke nak ada produk dengan jenama sendiri? Tak mahu ke nak jadi kaya berjaya ... miliki harta juta-juta seperti pemilik dan pengasas produk lain di Malaysia ni?
Anda mungkin dah rasa sangat best jadi agen kepada mereka jual produk yang dah ada nama. Tapi fikirkan, bagaimana seandainya ada peluang untuk anda jadi agen untuk produk anda sendiri. Komisen dan untung 100% milik anda.
Sebenarnya dah ada panduan disediakan untuk anda ikuti, yang boleh bantu anda daripada A sampai Z untuk menjadi seorang pemilik dan pengasas produk. Tak susah kalau anda panduan, malah ia sebenarnya tak susah untuk menjadi owner produk ni.
Susah Ke Nak Jadi Produk Owner Ni?
- Anda mungkin fikir nak menjadi seorang pemilik produk ni kena ada modal besar, aha .. sebenarnya tak adalah besar sangat pun. Kalau tak percaya, mengapa ada pemilik produk yang hebat-hebat mula berniaga pada usia seawal 17 tahun!
- Saya kerap skodeng Instagram pemilik-pemilik produk jenama kecil-kecil ni. Ada tu umur tak lepas sekolah menengah lagi, tapi dah jual produk kosmetik dengan jenama sendiri. Macam tak percaya je, tapi itulah realitinya. Mereka tahu caranya, mereka tahu lubuknya, mereka ikut panduan yang diberikan oleh usahawan yang dah berjaya lakukan.
Mesti Ada Ilmu dan Panduan
- Usahawan atau bakal usahawan yang nak berjaya perlu ada ilmu. Tak boleh main masuk ke dalam dunia keusahawan tanpa ada panduan serta ilmu. Kalau begitulah caranya, maka nanti akan cepat melingkuplah .. silap-silap dikelilingi hutang sana sini, sampaikan ada Ah Long yang simbah cat merah depan pintu. Nak meniaga, tapi ilmu tak ada .... uhh mana boleh begitu
- Mahu kecapi sesuatu kejayaan perlukan ilmu. Mahu menjadi seorang produk owner berjaya kena ada panduan dan rujukan. Bukan sebarang panduan dan rujukan, tetapi panduan yang betul-betul lengkap dari A sampai Z, supaya anda tidak perlu lagi keluarkan modal yang tidak perlu.Modal ilmu ni akan bertahan lama. Sekali anda dah dapat ilmu yang betul bagaimana nak jadi produk owner, sampai bila-bila anda tak akan ada masalah untuk hasilkan produk baru dalam pasaran.
Ya, bila sebut macam mudahnya nak jadi produk owner ni kan? Tetapi di sebalik mudah tu .. memang ada susahnya, tapi in Sha Allah .. seperti saya katakan tadi, mestilah ada panduan yang boleh anda ikuti langkah-demi-langkah agar ianya jadi mudah.
Orait.
Saya tanya anda kembali - kepada mereka yang dah baca sampai ke ayat ini ...
Adakah anda teringin dan mahu menjadi seorang product's owner? Mahu jadi pemilik dan pengasas produk berjaya? Nak ada jenama produk yang meletup di pasaran sehingga disebut-sebut orang? Mahu bersaing dengan pemilik produk lain dan jadi berjaya seperti mereka atau lebih?
Ebook Panduan Menjadi Pengasas Produk Kosmetik Jenama Sendiri
Panduan di atas adalah dalam bentuk ebook (pdf), anda boleh muat turun dan baca menerusi komputer, laptop, tablet mahupun smartphone anda. Anda juga boleh cetak untuk dijadikan dalam bentuk buku, andai rasa anda tak selesa nak baca menerusi gajet pilihan anda.
Isi Kandungan Ebook Panduan Jadi Produk Owner
- Kata penulis ebook
- Apa yang saya perlu tahu sebelum menjadi owner produk?
- Untuk pembeli ebook
- Statistik berkaitan produk
- Kenapa saya perlu menjual dan menjadi ejen produk orang lain?
- Selepas saya tahu menjual dan menjadi ejen produk orang lain, apa yang saya perlu tahu dan buat?
- Apa yang saya perlu buat sekarang? Saya dah bersedia untuk membuat produk sendiri.
- Apa langkah-langkah untuk saya mulakan bila saya sudah bersedia?
- Apa itu produk oem?
- Kenapa saya perlu memilih produk oem?
- Bagaimana saya nak tahu kilang oem yang bagus?
- Apakah jenis produk yang boleh saya buat?
- Apakah produk kosmetik dan kesihatan yang biasa dibuat?
- Produk apa yang ada permintaan?
- Produk semua dah ada dan kebanyakkan sama, macam mana saya nak jual?
- Boleh tak saya nak buat produk homemade?
- Apabila saya nak buat produk, ada apa-apa perkara atau dokumentasi yang saya perlu tahu?
- Apakah langkah-langkah yang saya perlu buat bila saya dah selesaikan perkara asas dan memahami beberapa istilah dalam pembuatan produk?
- Bagaimana saya nak cari idea buat design produk?
- Bagaimana untuk memilih botol dan pembungkusan?
- Bagaimana tetapkan harga produk?
- Apakah startegi menjadikan produk sentiasa orang beli?
- Bagaimana cara pemasaran produk?
- Dimana perlu iklankan produk?
- Perlu atau tidak saya mempunyai office sebagai permulaan?
- Adakah saya memerlukan staff untuk uruskan perniagaan produk saya?
- Ada tak sistem yang digunakan untuk permudahkan perniagaan produk?
- Apa soalan yang kerap ditanya pelanggan dan perlu bersedia?
- Ada tak sistem kod keselamatan produk?
- Kenapa perlu masuk expo antarabangsa?
- Apa web info berkaitan produk kosmetik dan kesihatan?
- Jawab 3 soalan ini dahulu sebelum anda nak buat produk
- Nasihat dari beberapa owner produk
- Jika saya buat kesalahan, apa tindakan yang saya kena?
- Kata penggunaan yang dilarang
- Perkara yang tidak boleh diiklankan
- Badan yang mengawal periklanan
- Analisis yang dibuat oleh Forensic Lab
- Panduan Perancangan produk OEM
- Senarai 219 kilang yang mempunyai GMP
- Undang-Undang kawalan dadah dan kosmetik
- Ebook panduan langkah-langkah memulakan produk sendiri - 56 muka surat.
- Template perancangan strategi bertulis dimana anda perlu cetak/print dan tulis - 12 muka surat.
- 219 senarai Kilang OEM terkini yang berdaftar dengan KKM - 12 muka surat.
- Ebook Undang-Undang Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 - 19 muka surat.
Sekiranya anda bercadang untuk mengeluarkan produk jenama sendiri, saya amat syorkan anda untuk mendapatkan panduan ini.
Anda tentu sedar kan? Semakin hari semakin ramai orang buat produk sendiri sampai jadi jutawan. Tapi tahu tak yang ramai juga kecundang dan rugi ratusan ribu ringgit?
Cara Anda Elak Rugi Ribuan Ringgit
Sebab apa? Sebab tak ada ilmu dan panduan cara nak buat produk sendiri macam saya dok cakap dari awal tadi. Ada duit, dan tiru saja orang yang buat produk. Orang tu sukses, kita yang termenung. Gagal sebab main handookkk je. Dah terkena baru rasa nak kesal sesal.Jadi sebelum anda nak buat produk sendiri, nak jadi owner produk, nak jadi pengasas jenama hebat, apa kata anda baca panduan ni - Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk. Sebelum anda rugi ribu ribu ringgit buat produk tanpa ilmu, hadam ilmu dalam ebook ni yang harganya tak sampai RM200 pun.
Panduan ini akan selesaikan masalah-masalah di bawah yang mungkin anda hadapi:
- Tak tahu bagaimana cara nak bermula?
- Tak tahu macam mana nak buat?
- Tak tahu dimana nak buat?
- Tak tahu kilang OEM dimana?
- Tiada ilmu dalam menghasilkan produk sendiri?
- Tak tahu berapa modal?
- Tak tahu nak buat design bagaimana?
- Tak tahu nak pakai botol macam mana?
- Tak tahu nak guna sistem menjual produk?
- Tak tahu undang-undang produk?
- Tak tahu macam mana nak pasarkan produk?
- Tak tahu tentang sijil-sijil yang diperlukan?
- Tak tahu jabatan kementerian mana terlibat?
Jadi, saya boleh kata anda tak rugi mendapatkan panduan ini, terutama bagi mereka yang ada cita-cita untuk buat produk jenama sendiri. Paling tidak anda akan dapat tahu mana senarai pengilang dan juga beberapa ilmu berkaitan teknik pemasaran produk jenama sendiri.
Semoga panduan dan perkongsian ini membantu, jangan lupa untuk klik butang share di bawah ini supaya dapat bantu orang lain capai impian ini.
Terbaik ni. Saya selalu terfikir untuk keluarkan produk sendiri. Tapi belum tahu apa produknya :D
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.