Ramai antara kita yang pernah hilang telefon, samada dicuri atau tak sengaja terhilangkannya kat mana-mana. Kadang kita terlupa di mana kita letak handphone kita tu, sehingga terpaksa minta orang lain buat miscalled .. adeh. Anda mesti pernah buat macam ni kan kan? Ecehh ....

Ada cara untuk elak telefon - tak kiralah handphone cikai ke, smartphone ke .... dari hilang. Saya ada kongsikan salah satu cara atau teknik yang in Sha Allah, akan memastikan telefon anda itu tidak hilang dengan mudah. Anda boleh tengok di sini - Elak Handphone Kena Curik!

Bahana Tertinggal Handphone, Ketahui Apa Yang Berlaku dari Kisah Ini

Kali ini, saya nak kongsikan satu kisah. Ia memang ada kaitan dengan kehilangan telefon atau tersalah letak telefon. Bayangkan jika ianya berlaku pada anda .. hahaha .. ini memang kes naya ni.

Ini mungkin antara akibat yang bakal berlaku jika tak jaga telefon dengan baik, atau ambil mudah di mana kita letak telefon kita. Kisah di bawah ini kalau ikutkan bukan satu kes jenayah, tapi mana nak tahu kan .. kalau-kalau ada yang suka nak pedajal ... haha. Meh baca...

Kisah Apabila Telefon Tak Tahu Siapa Yang Punya ..

Bahana Tertinggal Telefon, Kisah Ini Patut Anda Baca
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eksklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut ...

"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua blok dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma RM1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2016 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma RM280,000 ... "

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road"

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi... "

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan... . pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

"Berapa harga yang mereka minta?"

"Cuma RM740,000... Ok kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga RM700,000. Ok?"

"Ok, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too... "

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup handphone ... sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut.

"Hello guys, ada sesiapa tahu handphone ni siapa yang punya? "

Aha ... jadi, silalah jaga telefon anda dengan baik ye. Nanti kalau jadi macam kes di atas, tak ke naya tu ... hahahaa...

Sumber: Laman Komuniti VF

13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. takutnya kalau terjadi mcm ni. mahu bankrap jadinya!

    ReplyDelete
  2. Hahahaha menarik juga cerita nie..

    Takut pula selepas telefon hilang ..Isteri yang menghilang diri

    ReplyDelete
  3. Macam pernah baca kisah ini.. tapi memang klakar hahaha

    ReplyDelete
  4. tak pasal-pasal je kan. banyak lagi bahana yang bakal menimpa kalau hilang handphone ni.huhu

    ReplyDelete
  5. cerita ni sebijik macam iklan la... sebab penah tengok iklan yang macam ni.. hahaha betul-betul terkena la sekali.

    ReplyDelete
  6. Pernah jugak tercicir handphone. Mujurla takde orang tolong jawab macam tu,ahaha..

    ReplyDelete
  7. haha.. naya lahh siapa yg malang tu

    ReplyDelete
  8. sungguh mengerikan peristiwa ini LOL

    ReplyDelete
  9. hahaha...naya sungguh. nasib la suami die nti

    ReplyDelete
  10. terkejut sakan la si suami nanti tengok akaun simpanannya.. naya sungguh.. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement