Baru-baru ini, bosan tak buat apa-apa di rumah dengan Zikri disebabkan dapat cuti kerana peperiksaan UPSR 2017, saya ajak anak kedua saya ni untuk pergi memancing di Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak; berdekatan dengan pekan Tanjung Piandang.

Lama betul tak memancing di Ban Pecah ni. Ban Pecah pun dah banyak berubah sejak kali terakhir saya dan keluarga berkelah dan memancing di sini. Kalau anda nak tahu, Ban Pecah antara lokasi memancing yang menjadi tumpuan sekitar daerah Kerian dan juga Seberang Perai Selatan.

Hasil Memancing Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak

Hasil Memancing Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak
Hasil Memancing Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak
Ban Pecah memang antara lokasi memancing tepi laut yang digemari kebanyakkan kaki pancing. Ada banyak spesies ikan di sini yang boleh dinaikkan antara Siakap, Pari, Jenahak, Siakap Merah (MJ), Senangin, Semilang, beberapa jenis ikan Gelama dan juga ikan Kerapu.

Kalau anda seorang kaki casting laut, Ban Pecah memang patut menjadi antara lokasi yang patut dicuba. Ramai kalangan kaki pancing teknik casting yang datang ke sini. Tempat ini adalah salah satu port casting bagi angler yang ingin memburu spesies Siakap dan MJ , ikan Bulan (Tarpon), dan Kerapu.
[post_ads]
Saya pernah menaikkan beberapa spesies ikan yang disebutkan tu, tetapi saiznya tidaklah besar. Antara ikan pancingan di Ban Pecah yang biasanya saya bawa pulang ialah Gelama Pisang, Gelama Tikus, Kerapu Bintik/Batu, Semilang, Tetuka (Pari kecil), Tetanda (Jenahak kecil) .... dan paling terbaru saya berjaya naikkan ikan spesies Giant Trevally (GT) bersaiz kecil, atau saiz pasar ...

Teknik Memancing Digunakan

Saya dan Zikri pergi memancing pada satu pagi Khamis, bermula dari jam 9 pagi hinggalah tengahari, sebelum kami pulang untuk ambil Maira pulang dari sekolah. Kami menggunakan umpan udang mati yang saya beli dari pasar basah Parit Buntar.

Disebabkan air laut agak berombak, maka saya gunakan batu ladung agak besar, dan mata kail saiz kecil. Target ikan saya tentulah Gelama kerana ia spesies paling mudah untuk dijerat di Ban Pecah. Manakala Zikri menggunakan teknik memancing Kerapu celah batu, gunakan batu ladung tirus dan bersaiz kecil. Begitu juga dengan mata kail, Zikri gunakan mata kail saiz kecil yang biasanya digunakan untuk memancing ikan Puyu.

Dalam masa 3 jam berada di batuan Ban Pecah ini, ada beberapa kali joran disentap ikan. Akhirnya, balingan saya berjaya menaikkan ikan ... alhamdulillah, rezeki saya pagi itu berjaya naikkan seekor ikan GT dan juga ikan Kerapu.

Zikri pula dapat seekor ketam, tetapi dilepaskan semula ke laut.

Cuaca pagi itu agak redup, jadi tak adalah kami anak beranak berpanas. Angin yang bertiup menyejukan sedikit suasana.
Hasil Memancing Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak
Tak ramai orang ketika itu, al maklumlah kami memancing di hari bekerja ... waktu pagi pula tu. Cuma ada kelihatan beberapa pemancing tempatan kaki casting berhampiran lokasi kami memancing.

Umpan yang saya beli habis sepenuhnya sebelum jam 12 tengahari. Umpan cepat habis sebab Zikri banyak gunakan untuk menjerat Kerapu tepian dan celahan batu. Agak sukar nak menjerat Kerapu celah batuan di Ban Pecah ini, apatah lagi ada pemangsa seperti Ketam. Lagipun struktur batuan di Ban Pecah banyak berubah selepas diletakkan batuan kontrit.
[post_ads_2]
Ban Pecah dah tak macam dulu dah, banyak yang dah berubah. Saya dapat tahu, sudah ada bahagian di Ban Pecah yang dijadikan tempat mandi manda ... uhh dah ada kawasan pantai! Jika dulu, nak dapatkan kawasan berpasir ni memang susahlah ... kecuali ketika air surut. Itupun, terpaksa hadap sampah sarah yang banyak hanyut ke tepian.

Video Pantai Ban Pecah

Saya belum lagi lihat kawasan berpantai yang dimaksudkan, tetapi anda boleh tonton video di bawah ini untuk amati sendiri. Nampak menarik tak?

In Sha Allah, di lain waktu saya akan datang lagi bersama anak saya, si Zikri untuk mencuba spesis lain pula. Pengalaman menaikkan ikan GT di Ban Pecah kali ini, adalah pengalaman pertama saya menaikkan spesies ini di Ban Pecah. Nyata amat seronok melayan tarikan ikan GT yang memang terkenal dengan kelajuannya di dalam air.

Target akan datang ialah cuba nak bawa balik ikan Siakap pula, terutama Siakap Merah yang sering disebut-sebut banyak terdapat di sini oleh kaki casting.
Hasil Memancing Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak
Andai anda ke Perak, lebih-lebih lagi sekitar Parit Buntar ini, bolehlah pergi ke arah Tanjung Piandang atau Kuala Kurau untuk cuba memancing ikan di Ban Pecah. Selain memancing, ada beberapa tempat makan yang viral di sini, termasuklah Parit 30 yang terkenal dengan Mee Udang. Boleh juga melepak hadap laut yang terbentang, dan menghirup udara bayu segar.

Aha .. sekarang mungkin anda boleh berkelah tepi pantai binaan manusia tu ..... :)

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum HH...wah !! Bestnya tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'alaikumsalam ... tempat ni memang dikenali penduduk tempatan, dulu pernah buat pertandingan GP Joran kat sini.

      Delete
  2. Kampung saya nie..orang Kuala Kurau. Memang seronok bila ada pantai, boleh main air.. Masa saya kecil dulu, siap boleh kumpul kulit siput..macam-macam jenis..sekarang dah takde..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement