Hormatilah hak orang lain. Saya berpesan pada diri sendiri, bahawasanya setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini ada hak masing-masing. Pun begitu, hak tersebut perlu tidak melampaui batas atau berlebih-lebih. Hidup ada peraturannya supaya batasan ini tidak dilewati.

Ramai antara kita sering bercakap soal hal orang lain, tetapi sebenarnya tak berapa nak faham hak yang sepatutnya ada. Mereka kata ini hak mereka, tetapi sebenarnya tidak.

Hormatilah Hak Orang Lain Jika Mahu Murah Rezeki

Hormati Hak Orang Lain
Hormati Hak Orang Lain
Salah satu formula untuk rezeki merapat setiap hari ialah menghormati hak yang ada pada orang lain. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita menjaga perhubungan sesama manusia, sepertimana kita menjaga hubungan kita dengan Tuhan. Andai hubungan itu baik, maka kita akan menjauhkan sifat buruk dalam diri seperti dengki khianat, sombong, takbur dan bongkak.

Menghormati hak orang lain juga adalah tanda kita syukur akan apa yang dikurniakan kepada kita. Orang yang tidak menghormati hak orang lain akan merasakan bahawa apa yang orang tu terima, kita patut terima walhal sebenarnya tak layak pun.

Apabila kita tidak hormat orang lain, kita akan berasakan bahawa pendapat dan tingkah-laku kita adalah yang betul. Paling buruk, kita lontarkan kata-kata kesat yang berbau kebencian.

Mungkin, ada yang kata .. "niatku baik, mahu tegur..."

Ya, saya pun selalu berfikiran dan ada niat begitu. Tapi tak siapa nampak niat tersebut kerana ia apa yang terbenam di dalam hati. Jadi, agak sukar sebenarnya untuk diketahui niat itu melainkan anda pandai menyusun kata seperti puisi, gurindam dan pantun seloka yang boleh cerminkan keikhlasan niat anda.

Saya biasa juga ditegur oleh mereka yang prihatin. Ada yang menghamburkan teguran secara direct, ada pula yang mengambil langkah untuk lebih bersopan - dengan telefon, sms, whatsapp atau menghantar mesej peribadi menerusi media sosial.

Ada yang boleh diterima, ada pula yang seperti terkena tikaman halimunan ke hati sanubari.

Di mana-mana saya lihat ada sahaja golongan yang kurang faham erti menghormati hak orang lain. Tetapi, apabila hak mereka diambil, mereka marah-marah sehingga bergegar tiang rumah makcik jiran sebelah ....

Contoh paling mudah ialah hak meletak kenderaan untuk OKU dan ibu hamil. Ada yang seolah buta mata dan buta huruf. Ramai yang seperti ini.
Kadang tu saya rasa sangat geram ... sampai rasa nak melakukan sesuatu yang bodoh sebagai tindakan balas atas kegeraman saya terhadap mereka yang tak pandai menghormati hak orang lain ini.

Formula Murah Rezeki

Jom nasihat diri sendiri dan orang sekeliling kita supaya menghormati hak orang lain terutama sekali hak orang yang kurang kemampuan dari kita. Jika boleh bantu semana ada yang boleh. Inilah yang akan membenarkan rezeki mudah masuk, dan kehidupan kita akan murah dengan rezeki yang baik.
Dapatkan buku Formula Tarik Rezeki di SINI untuk lebih banyak tips yang akan menusuk jiwa anda, mungkin anda tidak suka dinasihati secara lansung, maka bacalah buku ini untuk mendapat nasihat, tips dan petua secara tidak lansung.



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement