Nampaknya, tak lama lagi semua orang akan memberikan tumpuan kepada pembentangan Bajet 2018. Pembentangan Bajet 2018 dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib pada 27 Oktober 2017. Yang menarik perhatian saya ialah, menurut beberapa laporan akhbar tempatan, ada khabar gembira bakal diterima oleh penjawat atau kakitangan awam Malaysia menerusi pembentangan bajet tersebut.

Mereka yang bekerja di sektor awam pasti ternanti-nanti, apakah yang dimaksudkan dengan perkhabaran berita gembira tersebut. Ada yang sudah mula membuat congakan dan mula berandaian. Dek kerana 'teaser' ini, kakitangan awam di Malaysia seperti tidak sabar menantikan pembentangan Bajet 2018.

Kakitangan Awam Bakal Terima Berita Gembira Dalam Bajet 2018?

Kakitangan Awam Terima Berita Gembira Bajet 2018
Menurut akhbar Sinar Harian, Datuk Seri Najib dilaporkan berkata - "Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu,” pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 di PICC, Putrajaya.
Kakitangan Awam Bakal Terima Berita Gembira Bajet 2018
Kenyataan itu lantas diberikan tepukan gemuruh oleh lebih 5,000 orang penjawat awam yang hadir ke majlis itu. Lalu, membayangkan bahawa, akan terdapat beberapa berita menarik dalam pembentangan Bajet 2018 yang khusus untuk kakitangan dan penjawat awam di negara ini.

Di majlis itu, Perdana Menteri juga berkata pihak kerajaan amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para penjawat awam yang sekian lama bersama pentadbiran kerajaan, saling ganding-berganding, lengkap-melengkapi dan dukung-mendukungi.

Tersenyum nampaknya anda yang telah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam ini ye ...

Kerajaan Telah Banyak Tambah-Baik Kepentingan Kakitangan Sektor Awam

Ya, sejak lebih lapan tahun kebelakangan ini, pihak kerajaan telah banyak melaksanakan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan demi membela kepentingan dan menjaga kebajikan penjawat awam. Bukan sahaja buat mereka yang masih berkhidmat, tetapi juga kepada mereka yang telah meninggalkan perjawatan di dalam sektor perkhidmatan awam (pencen).

Emak saya antara mereka yang telah mendapat manfaat ini - kenaikan pencen, dan juga pemberian insentif khas dalam pembentangan bajet sebelum ini. Alhamdulillah.

Saya akui, memang banyak perkara kerajaan telah buat untuk menjaga kebajikan kakitangan awam ini. Mahu disenaraikan, memang tak mampulah.

Kita dapat lihat sebelum ini, antara manfaat terbanyak diberikan oleh pihak kerajaan adalah penambahbaikan dari segi struktur tangga gaji dalam perkhidmatan,  selain beberapa penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat awam seperti menaikkan imbuhan tetap perumahan serta skim pemilikan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M); diantaranyalah.

Disebabkan itu, saya juga menjangkakan akan ada beberapa berita menarik yang pastinya akan menggembirakan kakitangan awam dalam Bajet 2018. Apa kata anda?

Bonus Kakitangan Awam?

Mungkinkah pada Bajet 2018, Datuk Seri Najib akan umumkan bonus untuk kakitangan awam? Yelah, sejak 2013, tiada sebarang pemberian bonus untuk kakitangan awam di dalam bajet tahunan Malaysia. Yang ada cuma pemberian khas, bantuan khas dan sebagainya. Jika kakitangan awam diumumkan Perdana Menteri akan terima bonus sebulan - dua bulan gaji, pastinya akan ramai yang melompat keriangan dan senyum lebar ... huhu....

Kita tunggu dan lihat apa yang bakal dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 nanti ye .. :)

Semoga apa yang diharapkan ramai ni akan tertunai, dan tiadalah ada yang cuba nak ambil kesempatan seandainya benar ada berita yang betul-betul menceriakan lebih 1.6 juta penjawat awam di Malaysia ini nanti.

p.s: Saya suka je bila ada orang lain yang akan berasa gembira, janji jangan lupa pada yang sebenar-benarnya memberikan rezeki, iaitu Tuhan.





5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement