Ya, kalau kita sudah melabur dalam mana-mana saham amanah (unit trust), pastinya akan ada pulangan yang baik. Apatah lagi ia merupakan satu pelaburan yang menguntungkan seperti mana yang disediakan oleh Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).
Kalau Dah Melabur, Boleh Kahwin Dah Kan?
Logik je, kalau anda sudah melabur .. bercita-cita untuk berkahwin. Ia bukan satu perkara yang boleh ditertawakan, malah ia sebenarnya satu aset bernilai untuk diri apabila mahu melamar atau dilamar seseorang. Uhh siapa tak nak kahwin dengan orang yang ada aset dan harta yang mendapat pulangan dua kali setahun?Ya, AHB adalah satu bentuk unit trust yang memberikan pulangan keuntungan sebanyak dua kali dalam setahun. Secara puratanya, setiap tahun sejak AHB diperkenalkan, ia memberikan pulangan keuntungan sebanyak 6% setahun.
Keuntungan ini dikreditkan ke dalam akaun Maybank berasingan dengan akaun pelaburan AHB yang diuruskan oleh Maybank Asset Management. Dan paling penting, keuntungan yang telah dikreditkan adalah bersih, iaitu telahpun diselesaikan zakatnya.
Ok, bersandarkan sejarah pemberian pulangan keuntungan AHB sebanyak 6% setahun ini, pastinya pelaburan yang menjangkau sehingga RM10,000 boleh memberikan pulangan yang agak baik. Tak begitu?
RM600 setahun, jika 5 tahun ... nilai pulangan keuntungan dari pelaburan AHB sudah menjangkau RM3,000 di dalam akaun bank anda. Dengan syarat ianya tidak disentuhlah. Bagaimana pula jika pulangan keuntungan itu dijadikan pelaburan tambahan untuk AHB?
Pastinya nanti, apabila mencapai tempoh lima tahun, pulangan dari AHB itu sudah boleh menyebabkan anda mengambil keputusan untuk berkahwin, ditambah pula dengan apa yang telah sedia ada di dalam akaun pelaburan AHB anda.
[Dah Baca?] Kelebihan Pelaburan Dalam AHB Berbanding ASBAla, tak yah la nak buat grand-grand sangat .... huhu .... kalau nak buat hari perkahwinan yang super-duper hebat, kenalah melabur dalam dana amanah atau unit trust yang lain... haha .. ye tak?
Aha .. orait, sekarang saya kongsikan dari mana dialog "Kalau Dah Melabur, Boleh Kahwin Dah Kan?" ini muncul ....
Untuk menambah tabung kahwin, selain dari AHB, anda bolehlah cuba untuk membuat pelaburan jangka panjang seperti Pelaburan Emas. Tak rugi melabur di dalam sesuatu yang mempunyai nilai tinggi seperti emas ni .. :)
sy melabur di dalam saham koperasi sek. dpt la dividen 10%. tinggi sikit drp AHB.
ReplyDeleteHari tu nak buat pelaburan tambahan AHB, tetapi dah penuh.. Penat jer ambil cuti..
ReplyDeleteHasrat hati nak melabur tapi semua duit melebur jer... uwaaaaa, opps dah kawin x yah melabur lg la he he he, melabur untuk anak2 plak, simpan target..
ReplyDeleteboleh cuba ni =)
ReplyDeleteMelabur di tempat yang betul okey lah... jangan melebur jer
ReplyDeleteblom lg mencuba..
ReplyDeleteok juga utk dicuba kan
ReplyDeleteBagus untuk pelaburan masa jangka panjang ni
ReplyDeletebagus juga kan
ReplyDeleteNice article, thank you for the sharing
ReplyDeleteneelofa ni kalau sape2 nak kahwin dgn dia kena ade 'pelaburan' lain lg ni hhehe..wanita sudah independent kuat memilih ni hahaha
ReplyDeleteuntung siapa yang dah melabur nie..
ReplyDeleteMelabur memang bagus..
ReplyDeleteSekarang tengah memikirkan sumber untuk dilaburkan
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.