Nak menjadi seorang yang luarbiasa tak? Aha, hari ini saya nak uji anda. Ada satu latihan simple yang akan tunjukkan samada anda layak atau tidak menjadi seorang manusia yang luar biasa... hehehe...

Untuk menjadi seorang manusia luar biasa, anda mestilah seseorang yang boleh mempergunakan kesemua sel-sel di dalam otak anda. Umum tahu, hanya sikit sahaja bahagian sel di dalam otak ini benar-benar aktif dalam satu-satu masa. Jika nak jadi manusia luar biasa, anda perlu guna kedua-dua bahagian otak - kiri dan kanan secara serentak.

Lakukan Latihan Ini Jika Mahu Jadi Manusia Luarbiasa

Latihan Untuk Tunjukkan Anda Manusia Luarbiasa
Memang magical la kalau kita boleh mempergunakan otak kiri dan kanan kita secara serentak. Bukan mudah ... tapi itulah keunikan otak kita. Tapi, dalam sejarah dunia, ada manusia yang boleh capai kebolehan ini.


Ok sedikit fakta tentang otak kita. Kita semua tahu yang otak sebelah kanan mengawal pergerakkan anggota kanan kita dan bahagian otak sebelah kiri untuk anggota sebelah kiri. Tetapi otak kita ada limit yang tertentu.

Latihan Dengan Jari Untuk Menjadi Manusia Luarbiasa

Lakukan Latihan Ini Jika Mahu Jadi Manusia Luarbiasa
Jadi, untuk menjadi seorang manusia yang luarbiasa, cubalah latihan di bawah ini. Anda boleh cuba buat, saya tak paksa....mungkin ia akan mengiyakan teori di bawah bersandarkan kebolehan anda melakukan latihan ini.

Orait.

Dengan menggunakan jari telunjuk tangan kanan anda buatlah putaran kecil mengikut arah jam di udara. Jangan berhenti dan sambil itu angkat kaki kanan anda dan menggunakan ibu jari kaki kanan anda itu buat putaran kecil mengikut arah lawan jam...

Anda akan dapati yang putaran jari telunjuk tangan kanan anda secara otomatik akan mengikut arah putaran lawan jam seperti kaki anda.

Cuba tak ni? Ala .. senang je ... lihat betul tak apa yang dikatakan dalam teori di atas.

Aha .. tak boleh ye tak? Mesti jari anda akan automatik ikut pergerakan jari kaki. Susah kalau nak buatkan ia berlawanan arah ... huhu.

Adalah mustahil bagi manusia untuk melakukan latihan ini dengan putaran yang berlawanan arah. Jadinya, seandainya anda ... boleh melakukannya; ini bermakna anda adalah seorang manusia yang memang luarbiasa.
[Nak Rezeki Luarbiasa?] Anda Patut Baca Formula Ini ..
Dan jika anda sedang cuba melakukan latihan ini di tempat awam. Orang yang melihat anda mungkin akan berkata; "Apahal mamat tu, gila ke apa !!".... hehehee

Apa Yang Cuba Saya Nak Sampaikan Sebenarnya?...

Cara Menjadi Manusia Luarbiasa
Menjadi luarbiasa memang awesome, namun bukan semua orang boleh terima. Ada orang akan melihat ia satu kepelikan. Tetapi, manusia yang luarbiasa ini ... akan mudah mendapat perhatian dan berjaya di dalam perkara yang orang lain tak mampu nak buat.

Kejayaan seperti ini in Sha Allah akan kekal lama. Lihat sahaja mereka yang berjaya, semuanya berfikiran luarbiasa dan melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan orang lain. Jika anda mahu berjaya, maka carilah luarbiasa ini di dalam diri anda. Ketengahkan ia.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hahahaha. sambil baca sambil buat. memang susah la. hahahha. member sebelah tanya je, ko buat apa tu? hahahha.

    mrejoy.com

    BalasPadam
  2. tengah berusaha untuk mencari elemen luarbiasa dalam diri.

    BalasPadam
  3. Sedang berusaha ke arah menjadi manusia luar biasa.

    In shaa Allah, memerlukan masa jugak ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement