Maira, seingat saya tak ada pengalaman beri makan pada baby lagi. Yelah, sebelum ni dialah anak paling bongsu, sekarang dah ada adik .. huhu.
Maira Dah Pandai Suapkan Makan Najmi
Baru-baru ini, sengaja isteri saya minta tolong Maira untuk beri makan pada Najmi. Nampaknya, Maira tak ada masalah, malah suka diberikan tanggungjawab tu.Hmm selepas diberikan tunjuk-ajar dan dah banyak kali lihat isteri saya beri makan pada Najmi, kali ini Maira diberikan peluang untuk pastikan yang Najmi kenyang makan bubur nasi yang disediakan oleh isteri saya.
Bubur Nasi Masak Sendiri
Bubur Nasi Najmi dibuat sendiri oleh isteri saya menggunakan beras yang direndam, sebelum dikisar dan direbus. Dimasukkan sedikit sayur selalunya sawi dan sedikit ikan. Sayur sawi dan ikan juga dikisar supaya menjadi halus, agar mudah dimakan dan dihadam Najmi yang sudah berusia lebih 6 bulan.Seronok saya lihat gelagat dua beradik, Maira dan Najmi. Najmi pula elok je tak ada banyak masalah bila disuap makan oleh kakaknya. Elok je diammm .... samada dia seronok kakaknya melayan makannya atau sebab bubur nasi tu sangat sedap .. huhu.
Ajar Maira Untuk Rasa Bertanggungjawab
Saya beri kebenaran untuk Maira menyuapkan bubur nasi untuk ajar dia bertanggungjawab pada adiknya, selain nak memupuk rasa sayang dan cintanya pada Najmi. Biar mereka berdua jadi erat, sebab jarak umur mereka agak jauh.Ini adalah rahsia eratkan hubungan kekeluargaan, malah ianya boleh melatih anak untuk lebih bijak berhadapan dengan situasi - menjaga seseorang yang lebih kecil atau lebih muda.
Cuma nak ingatkan, jika nak benarkan aktiviti ini, pastikan anda berada dekat dan berhampiran untuk supervise. Tak boleh tinggalkan sendirian ... :)
Hmm bila dah kenyang, aha .. apalagi .. Najmi pun leh la tidur dengan lenanya .. :) syabas Maira.
ala pandainya dia
BalasPadampandainya naira.. dah mmg kaklong ni. lepas ni bolehlah harap jaga adik
BalasPadamcomelnya dua-dua beradik ni
BalasPadamsedapnya, sampai terlena adik
BalasPadamalhamdulillah...pandainya..
BalasPadamcute sangat dua beradik ni :D
BalasPadamSeronok ada Anak kecik..
BalasPadamTapi masa kecik tu sangat cepat berlalu..
Tak terasa dah boleh jalan Sendiri..
Maira Kakak yang baik.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.