Baru-baru ini, isteri saya beli kolam kanak-kanak di laman web shopping online. Kolam ni kecil sahaja dan boleh memuatkan sehingga 3-4 orang kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.
Najmi Didedahkan Aktiviti Air - Mandi Kolam Depan Rumah
Saya dan isteri memang menggalakkan anak-anak bermain dengan air. Itu adalah sebab kenapa kami selalu bawa anak-anak ke kolam renang seperti yang ada di Bukit Merah Laketown Club House dan juga di Spice Aquatic, Penang.Kalau anda ikuti kisah saya sekeluarga bercuti, mesti perasan yang kebanyakkan hotel dan resort tempat kami menginap mesti dan wajib ada kolam renang ni. Dan dalam banyak-banyak resort yang ada kolam renang ni, paling best tentulah kolam mandi private yang ada di Lexis Suites, Penang.
Kat Malaysia ni, memang dah banyak resort yang menukarkan kolam renang mereka menjadi satu taman tema air mini, seperti yang ada di Gold Coast International Malacca. Di Penang, saya syorkan anda untuk pergi bercuti ke Hard Rock Penang, Golden Sands Resort by Shangri-La dan Bayview Beach Resort - hotel dan resort ini memang mempunyai kolam renang dan mandi untuk kanak-kanak yang super best.
Apabila kami dah ada baby baru ni, Hasif Najmi ... maka, kami memang teruja nak perkenalkan aktiviti berkaitan air ini. Seboleh-bolehnya, nak Najmi tahu cara nak apungkan diri dalam kolam air.
Bila Najmi Masuk Kolam Air
Jadi, untuk permulaan, isteri saya dapatkan kolam kanak-kanak yang dibeli dari Lazada Malaysia. Harganya jauh lebih murah daripada apa yang terjual di kedai biasa. Cuma, kalau beli online ni, dengan harga murah .. ia tidak disediakan pam angin. Aha .. jadi kena pam sendirilah.Najmi memang cukup seronok dapat main air. Sebelum ini, semasa percutian di Lexis Suites Penang, ada la cuba masukkan Najmi dalam bath-tub dan juga kolam air dalam bilik tu. Uhhh ... dengan gunakan pelampong untuk bayi tu ...Najmi elok je dalam air dengan kaki mengayuh. Comel je .. huhu...
Tahukah anda? Memang automatik, bayi yang masuk ke dalam air akan menganyuh kakinya? Aha .. jika anda ada bayi kecil, cubalah masukkan dia dalam air, dan tengok apa tindakan semulajadi yang dilakukan. Silap-silap, bayi anda dah pandai apungkan diri sendiri bila berada di dalam air.
Semasa bercuti dan menginap di Zamita Resort di Sabak Bernam, ada kolam renang ... isteri saya masukkan Najmi dengan pelampong ... elok je tersenyum gembira .. haha .. siap dilepaskan lagi dengan pengawasan anak-anak saya yang lain - isteri saya dok tepi kolam je ...:)
[Dah Baca?] Cuti Santai dan Mandi Kolam Besar di Firefly Park Resorts Kuala Selangor
Alhamdulillah, setakat ini ... kesemua anak-anak saya dari Along Amri (13 tahun) sehinggalah Zikri (10), Maira (7) dah ada kemahiran asas untuk berenang... walaupun pak dia tak pandai berenang .. haha. Mereka diajar oleh isteri saya yang memang dulunya (semasa di UM) sering melakukan aktiviti renang ni. Isteri saya dan semua adik-beradik sebelah isteri pandai berenang ... almaklumlah depan rumah ada sungai besar.
Jadi, saya juga mahukan Najmi menjadi seorang anak yang pandai berenang. Pendedahan awal seperti ini, mandi kolam depan rumah .. adalah sebagai permulaan. Lagipun, ia aktiviti yang sangat digalakkan dalam Islam, dan menjadi sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
wah seronoknya dia
BalasPadamsalah satu aktiviti yang baik untuk si comel .
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.