Mee Rebus Mastan Ghani memang terkenal di kalangan penduduk setempat. Kalau anda nak tahu, terdapat lebih daripada 3 buah restoran Mastan Ghani jual mee rebus di bandar Teluk Intan ni. Aha .. begitulah popularnya nama Mastan Ghani ini.
Mee Rebus Mastan Ghani Pekat Dengan Rasa Udang Kering
Baru-baru ini, semasa saya dan keluarga dalam perjalanan ke Sabak Bernam, isteri saya telah mencadangkan untuk singgah makan mee rebus di Teluk Intan. Jika ikut cadangan asalnya, isteri saya nak merasa Mee Rebus Pak Din.Asalnya Mencari Mee Rebus Pak Din
Aha, Mee Rebus Pak Din adalah antara mee rebus yang paling best di Teluk Intan. Kedainya kecil tak semacam restoran Mastan Ghani. Selain mee rebus, restoran Pak Din ada jual laksa. Yang unik dan menariknya Warung Pak Din ini ialah harga menu makanannya yang sangat-sangat murah. Anda boleh makan dengan sangat kenyang hanya dengan harga RM2.00 - mee rebus termasuklah air.Malangnya, ketika saya dan keluarga sampai ke Warung Mee Rebus Pak Din, ianya ditutup selama beberapa hari. Uhh kecewa betul ... terliur dibuatnya.
[Dah Baca?] Bersantai di Firefly Park Resort Kuala Selangor - Ada Kolam Mandi BesarJadi, untuk hilangkan rasa terliur nak makan mee rebus yang sedap, saya cadangkan untuk makan mee rebus Mastan Ghani yang popular di Teluk Intan.
Ada beberapa lokasi restoran Mee Rebus Mastan Ghani ni, dua darinya berada berdekatan ... dan terletak berhadapan dengan Menara Jam Condong Teluk Intan. Salah satu lagi lokasi adalah berdekatan stesen bas Teluk Intan. Ada dua lagi lokasi lain kalau tak silap saya ... yang juga tak jauh daripada tiga lokasi restoran Mastan Ghani yang saya sebutkan.
Pesan 3 Pinggan Mee Rebus Mastan Ghani
Ok ... bila dah jumpa restoran Mastan Ghani, kami pun pesan 3 pinggan. Bukan apa, takut rasa mee rebus tak kena dengan selera anak-anak. Mereka dah terbiasa dengan rasa Mee Rebus Balak Inn di Parit Buntar, yang 360 darjah lain daripada apa yang terhidang di depan mereka.Mee Rebus Mastan Ghani berkuah agak pekat. Kuah mee rebusnya sarat dan pekat dengan rasa udang kering. Jika anda seorang yang gemar makan mee rebus yang penuh rasa udang kering, memang mee rebus Mastan Ghani terbaik untuk selera anda.
Tak ada rencah lain dalam mee rebus Mastan Ghani ni, cuma ada beberapa tauhu dan cucur. Tak ada udang besar, tak ada daging cincang. Tapi ada telur rebus ... :). Lepas tu, ada cili hijau dan hirisan limau nipis.
Pada saya, mee rebus Mastan Ghani memang mengenyangkan. Puas makan disebabkan kuahnya yang pekat. Pekena perahan limau nipis .. perghh memang bestlah. Alhamdulillah, saya berjaya habiskan sepinggan selain tolong habiskan suku pinggan kepunyaan isteri saya.
Alamak .. ooppsss ..
Bukan Selera Semua Orang
Isteri saya tak berapa nak go dengan rasa mee rebus Mastan Ghani. Bukan citarasa dia .. pasrah je... hehehe...Manakala Amri yang memang suka makan mee rebus, katanya .. rasa mee rebus ni tak boleh nak lawan dengan rasa mee rebus yang pernah dimakannya sebelum ini. Mungkin sebab mee rebus Mastan Ghani tak ada rencah macam udang segar atau daging.
Apapun, alhamdulillah ... hajat berjaya dipenuhi untuk merasa mee rebus di Teluk Intan. Dapat pula merasa sendiri kesedapan yang ada pada mee rebus Mastan Ghani yang selalu diperkatakan orang.
Pengalaman makan mee rebus Mastan Ghani Teluk Intan, terus imbau kenangan lama saya termasuk isteri semasa bersekolah di sini. Banyak betul nostalgia, hahaha .. siap beritahu kat anak-anak ... tempat ni tempat apa .. situ tempat apa .. apa yang kami buat semasa masih sekolah menengah di Teluk Intan... dan macam-macam lagilah.
Memandangkan hasrat awal nak makan mee rebus sedap di Warung Pak Din tak tercapai, mungkin satu hari lain kami akan ke sini lagi, in Sha Allah andai nyawa masih dikandung badan.
Akak buat saya laparrrr. hahaha
ReplyDeletekat Ipoh pun ada buka cawangannya..tapi tak tahu nak bezakan sedap ke tak sebab kt Teluk intan punya belum penah makan
ReplyDeleteperghhh..meleleh liuq tggkkk
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.