Pernah tak anda rasa telinga anda tetiba rasa berdesing? Tahukah anda bahawa ia ada kaitan dengan beberapa faktor berkaitan kesihatan apabila telinga anda rasa berdesing? Aha .. kali ini saya nak kongsikan 8 faktor penyebab kenapa telinga anda berdesing.

Oh ya, ada satu petua lama yang popular berkaitan tanda telinga berdesing. Kata orang tua-tua, jika telinga kita secara tiba-tiba berdesing, ia membawa makna atau petanda sesuatu kejadian akan berlaku. Itu petua orang lamalah, dari sudut kesihatan, telinga berdesing ini ada puncanya ...

8 Sebab dan Punca Kenapa Telinga Berdesing

Sebab dan Punca Kenapa Telinga Berdesing
Sesuatu kejadian yang dapat dirasa mesti ada punca, betul tak? Ia jarang berlaku tanpa sebab. Tetapi tak ramai yang tahu punca-punca sebenar ianya berlaku. Begitulah halnya dengan keadaan telinga berdesing.

Dari sudut kesihatan, sebenarnya ada beberapa penyebab kenapa telinga kita berdesing. Mari lihat satu persatu ...
Sebab dan Punca Kenapa Telinga Berdesing

Korek Telinga!

Setiap hari, akan terhasil sejenis cecair lekit di dalam telinga dan semakin hari kalau tidak dibersihkan ia akan semakin bertambah membuatkan telinga tersumbat sehingga menggangu pendengaran normal seseorang. Anda akan berasa telinga anda berdesing kerana faktor ini.

Kecederaan Pada Kepala

Haa kemungkinan kepala anda terhantuk sehingga mencederakan fungsi dalaman kepala (gegaran). Antara simptom gegaran otak atau kepala adalah seperti pening, sakit kepala dan loya. Jadi, sila pakai peranti keselamatan seperti topi keledar mahupun pelindung kepala ketika bermain sukan ekstrem atau ketika melakukan aktiviti di tempat-tempat berisiko contohnya di tapak pembinaan.

Kerosakan Saraf Rahang

TMJ atau “temperomandibular joint” adalah sejenis masalah saraf yang berlaku pada bahagian rahang yang bersambung kepada tengkorak seseorang manusia. Ianya bukanlah di dalam telinga tetapi pesakit kebiasaannya akan mendengar secara tidak normal.

Pengambilan Pil Ubat-Ubatan

Adakalanya pengambilan sesetengah pil ubat-ubatan akan menyebabkan telinga berdesing atau nama saintifiknya digelar “tinnitus”. Antara ubat yang sering dikaitkan dengan punca telinga berdesing adalah antibiotik, pil anti-kemurungan serta ubat tahan sakit yang diambil secara berlebihan.

Terlampau Stress

Kenapa Telinga Berdesing Secara Tiba-Tiba
Terlalu stress juga boleh menyebabkan telinga berdesing tau! Kalau emosi anda terganggu, malah masalah itu terus berlarutan, kemungkinan ia akan menyebabkan “tinnitus”.

Pertumbuhan Tulang Dalam Telinga

Terdapat bahagian tulang di dalam telinga akan tumbuh yang dikenali sebagai “otosclerosis”. Selalunya ia berlaku pada individu yang berusia pertengahan 30an. Pertumbuhan tulang abnormal itu lah yang menyebabkan telinga berdesing malah dalam kes-kes lain, telinga juga boleh menjadi pekak.

Berhubung Kait Dengan Penyakit Lain

Lekas berjumpa doktor jika telinga anda berdesing, ia mungkin petanda kepada kewujudan penyakit-penyakit lain yang anda tidak tahu. Antara penyakit yang berhubung kait dengan masalah telinga berdesing adalah tekanan darah tinggi, ketumbuhan bukan kanser, alergik serta kencing manis.

Sering Mendengar Sesuatu Dengan Kuat

Punca Telinga Rasa Desing
Ia biasanya akan berlaku kepada individu yang suka mendengar secara kuat seperti mendengar radio secara kuat. Elak mendengar muzik secara kuat, beringat untuk perlahankan suara earphone atau headphone anda tu okay?

Sekarang, anda sudah tahu mengenai lapan punca yang boleh menyebabkan telinga anda rasa berdesing. Jangan diabaikan, bila rasa telinga berdesing, dan ada kesakitan di dalam telinga .. cepat-cepat bertemu dengan pakar kesihatan.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih .. ramai gak yang cari info berkaitan telinga berdesing ni.

    ReplyDelete
  2. Tu la bknble sbb owg dok mengata jee.. tp petua owg tua2 ni kadang2 blh memecah belahkan manusia.. ada yg blh digunapakai ada yg tidak. Maaf sekadar perkongsian pendapat

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement