Berita yang sangat menggembirakan buat peminat Siti Nurhaliza !!. Sah, Datuk Siti bakal menimang cahayamata, dijangka pada bulan Mac 2018 setelah hari ini dilaporkan menerusi portal berita, penyanyi yang mula popular bersama kumpulan 2by2, sah hamil 4 bulan.

Ramai yang seronok dan merasa gembira dengan berita kehamilan Datuk Siti Nurhaliza ini. Alhamdulillah, Allah S.W.T mengurniakan rezeki yang baik buat Datuk Siti dan suaminya.

Siti Nurhaliza Hamil, Bakal Lahir Anak Mac 2018

Saya secara peribadi, ingin mengucapkan tahniah buat Datuk K dan Datuk Siti, atas berita gembira ini. Bukan satu penantian yang mudah, siapa yang belum mendapat cahayamata setelah lama bernikah, tentu tahu bagaimana perasaannya.

Menurut akhbar tempatan, Datuk Siti Nurhaliza dijadualkan bakal menimang cahaya mata pada Mac 2018. Beliau telah disahkan hamil 4 bulan (ketika post ini ditulis).

Bernikah Lebih 11 Tahun

Sejak pasangan ini bernikah lebih 11 tahun yang lalu, Datuk Siti telah membuat rawatan kesuburan sebagai usaha untuk mendapat cahaya mata. Menurut laporan akhbar, ini merupakan rawatan kali ketiga yang telah dibuat oleh pasangan romantis ini.
Allahu Akbar. Usaha yang akhirnya diterima Allah, dan Allah berikan anugerah kehamilan buat pasangan Datuk K dan Datuk Siti. Memang terasa berbaloi kan? Mereka yang tidak jemu berusaha pasti akan menerima sesuatu, in Sha Allah.
[post_ads]

Usaha Tanpa Jemu

Sebelum ini, Datuk Siti pernah hamil kali pertama pada dua tahun lalu (2015), namun keguguran sewaktu kandungan baru mencecah usia 2 bulan. Berita keguguran ini diwarkan sendiri oleh Datuk Siti menerusi laman sosial Instagram miliknya pada 1 Disember 2015.

[Baca] 4 Tips Mudah Hamil

Walaupun pernah keguguran, Datuk Siti tidak berhenti berusaha bersama Datuk K untuk mendapatkan anak sendiri. Ia sesuatu yang patut dicontohi oleh mana-mana pasangan yang mahukan kehadiran anak sendiri dalam keluarga.

Mari sama-sama doakan kebaikan dan kesihatan yang baik untuk pasangan ini, sehingga selamat lahirnya bayi. Saya pasti, ramai yang nak tahu dan lihat wajah comel bayi pasangan ini apabila lahir kelak.

Video Pengumuman Datuk Siti Hamil

Tahniah Datuk K dan Datuk Siti.

Buat pasangan yang berkahwin, dan masih belum terima cahaya mata, usah berhenti daripada berusaha. Usaha, doa dan berserah pada Allah S.W.T. Jika anda benar-benar mahukannya, mohonlah bersungguh-sungguh pada Allah S.W.T, dan hadapi dengan sabar segala ujian yang akan diberikanNYA.

Doa Mudah Hamil & Untuk Zuriat Yang Baik

Doa Mudah Hamil & Untuk Zuriat Yang Baik

Dapatkan petua lama mahupun rawatan terkini dalam usaha untuk menimang cahayamata.

Saya juga doakan anda agar bakal menerima berita seperti ini.
Datuk Siti Sah Hamil 4 Bulan
[post_ads_2]

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah, tahniah Dato CT. Saya nak tanya, selepas tukar blogspot ke dotcom, iklan google ads saya dah tak keluar. kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena gunakan kod dari akaun Adsense penuh. Tak boleh gunakan kod dari akaun blogspot dah. Jika belum dapat akaun penuh Adsense, kena apply gunakan url blog baru.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement